Assalammualaikum.
Esok puasa?? Cepat gila masa berlalu. Rasa macam baru ja masuk tahun baru haha Esok mula la hari pertama kita puasa kan. Malam ni ramai-ramai kita pegi solat terawih kat masjid (haha harap-harap tahun ni aku pegi la terawih). Tahun lepas Alhamdulillah berjaya puasa penuh, tahun ni kalau boleh nak juga puasa penuh. haha ingat lagi kecik-kecik selalu dapat duit bila puasa penuh, sekarang dah besar, ada lagi ke duit raya ?
Cer tengok cover photo entry ni. hahah itu lah calon PM nanti hihi Kurus? Memang dari kecik lagi Mellya kurus melidi. Tapi sekarang gemuk la sikit, sikit ja.. haa Pertama kali Mellya start puasa masa umur 5 tahun. Biasalah time tu puasa pun nak cakap puasa betul-betul tak sangat. Hahah satgi korek hidunglah.. pi minum air lah.. makan gula-gula seketul la.. haha tapi okay la tu kan? at least belajar jugak nak puasa.
Masa umur 6 tahun tu kira okay sikit la. haha boleh lah puasa memang penuh sebab Abah janji nak bagi duit raya banyak. Nampak kan mata duitan waktu tu. Kecik-kecik dah tau nilai duit. Masa tu jugak Mellya memang jenis suka menabung. So kalau bab duit ni, sanggup buat apa saja.
Pengalaman curi-curi makan tak pernah, tapi curi-curi minum air sejuk dalam peti ais banyak kali haha time tu puasa, cuaca panas yang amat sangat. And Mellya pulak baru balik sekolah. Tak mampu bertahan, bukak peti sejuk, gulp minum. Kakak Mellya yang ternampak kejadian tu ugut-ugut nak bagitau mama and abah Mellya. hahaha
Cukup ragam waktu itu, masa pertama kali puasa ingatkan kentut pun boleh batal puasa. Memang jenoh menahan kentut. Last-last tanya abah, " Kalau posa, tak boleh kentut ke? Macam mana kalau tak tahan? " Adoyai... hahaha soalan apakah yang aku tanya waktu tu...
Time berbuka, Mellya memang orang pertama bersusun ke tempat makan. Hampar newspaper lama atas lantai, hidang makanan terus duduk bersila depan hidangan feveret Mellya iaitu murtabak. Muahaha senang nak capai. Habit Mellya masa awal puasa tu, selalu termakan terus. Waktu kecil la, kalau sekarang macam tu lagi... Mau kena lempang.. Tapi waktu tu tak dela makan sampai kenyang, adala satu suap. Termasuk sesuap tapi selalunya berjaya diselamatkan abah Mellya. hahaha kecoh satu rumah time tu, soh cepat-cepat pegi keluarkan balik. Nampak kan betapa lapar sampai termakan sebelum masuk waktu..
Dulu masa kecik puasa memang best. And suasana puasa tu memang terasa. Sekarang ni tak sangat dah, mungkin sebab dah besar-besar semuanya. And budak zaman sekarang rasanya dah tak kisah sangat sogok dengan wang ringgit. Sogok dengan gajet, lagila effective kot. haha Apa-apa pun, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat rakan-rakan blogger yang membaca hihihi ❤
Salam Ramadhan Kareem Mellya..
ReplyDeleteRindu zaman kanak-kanak.. Rindu zaman kemeriahan puasa dan Hari Raya..
By the way comel Mellya.. 😍
Hahaha. Amboih kemain lagi zaman murtabaknya. Hehe sedapnya murtabak kan. Aihhh terliur ni.
ReplyDeleteSelamat berpuasa!
ReplyDeleteSalam ramadhan kareem Mellya. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga sentiasa sihat. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dr sebelumnya. InsyaAllah.
ReplyDeleteBestkan flashback kenangan dulu2..hihi. Waaaa mellya dh dapat adsense ni.. Congratulations.
ReplyDeleteSelamat berpuasa awak. Mengimbas jugak la kenangan masa kecik-kecik dulu huhu
ReplyDeleteTak ingat bila start umur mula berpuasa. Tapi kecik-kecik dulu kalau puasa ada ganjaran! Heheh $$$
ReplyDeletemurtabak kat rumah ni mmg boleh dikatakan tiap2 hari tp yg beli la hehe..mungkin sedap cukup rasa dan bahan kot dan mengenyangkan...selamat berpuasa Mellya
ReplyDeleterindu masa zaman kecik kecik dulu excited nak buka puasa. sekarang macam okay, jom makan lol
ReplyDeletebtw, blog dah lain. Cantik!
selamat menunaikan ibadah puasa.
ReplyDeleteyes fhatin. suasana puasa masa kekecik memang seronok.
ReplyDeletelelebih kalau adik-beradik ramai.
makan rebut-rebut. da le semua kelaparan ha ha ha...