What's Hot

Saturday, 20 May 2017

Sayat.me Application Untuk Mengutuk dan Dikutuk?



Assalammualaikum.


credit: http://socialmaharaj.com/wordpress/wp-content/uploads/2017/04/sayatmeMeme.png

Makin lama makin bercambah application-application menarik. haha viral sana-sini. Mellya ni boleh dikatakan kategori tak begitu tahu sangat pasal apps yang tular di social media ni. Haritu FaceApp yang mengubah muka macam-macam tu, Mellya memang tak terjebak.. tapi yang latest Mellya prasan ialah Sayat.me ni.. memang menarik minat Mellya.. Dok heran juga amenda lah sayat.me. 

Sayat.me ialah satu application yang membolehkan orang menulis pendapat peribadi terhadap diri kita. Contoh macam kita sign up application ni, create personal url, nanti orang anonymously akan kritik or memberi pandangan terhadap diri kita melalui application tu. Kira macam kritik la kan? Contoh Mellya, awak ni sombong. hahaha tu kritikan yang tak pedas lah kan. Boleh lagi nak dijadikan contoh. Then korang bacalah yang mana kritikan yang best, yang tak best tu abaikan jela. And segala kritikan tu private, korang boleh pilih untuk share atau tidak ke public. Tapi bagi pandangan korang, adakah application ni bagus untuk digunakan?

Sekadar suka-suka

Application ni kalau digunakan secara suka-suka, rasanya tak ada masalah. Biasalah orang zaman sekarang memang suka mengkritik. Bila ada application ni kalau tak puas hati sangat or nak tegur sangat, guna application ni bagus jugak. Tak perlu lagi nak kritik dekat gambar orang, nak malukan orang segala. Kalau tengok sisi positif, ada juga kebaikan nya.

Cyber bullying

Sayat.me Application Untuk Mengutuk?

Kewujudan application macam ni kadang-kadang boleh menyebabkan cyber bullying. Pagi ni waktu Mellya search tentang application kritik mengkritik ni, muncul satu berita di luar negara, seorang pelajar 15 tahun bunuh diri selepas dibuli dalam application Sayat.me ni >> https://www.thesun.co.uk/news/3598152/george-hessay-suicide-say-at-me-app-yorkshire/. 
Jadi, kesan negatif nya terbukti bila berlaku kes-kes macam ni.

Bagi Mellya, application macam ni tak sesuai untuk yang masih belum boleh berfikiran matang dan yang tak boleh menerima kritikan. Ada baik nya had kan limit umur pengguna. Mungkin pandangan orang berbeza, tak salah nak ikut trend. Dan bukan juga salah founder application ni, diorang pun tak boleh nak control attitude setiap pengguna mereka. Every thing depends on the person itself and humanity ❤

12 comments:

  1. aaaaa.... betullah, mcm mcm apps sekarang ni kan....
    mana2 yang baik tu, boleh guna, yang tak kurang elok, tolak tepi dulu :) .... apps sayat.me ni mcm ok juga, cuma kalau kutuk lebih2 tu, ada pula yang mengamuk nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, mana yang kaki sentap tak payah la nak guna apps macam ni haha

      Delete
  2. Kak ana baru tahu pasal apps ni. Macam2 ye skrg ni. Boleh jadi depress utk org yg tak open minded mcm kes bunuh diri tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula sis, tapi nasib baik kat Malaysia setakat ni tak dala dengar orang bunuh dari pasal apps-apps camni kan.. byk oversea je ^^

      Delete
  3. elsa tak main pun benda nie. haha hanya mampu baca saja kalau siapa yang promote acc diorang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah heheh mellya pun sekadar amik tahu ja. Tak dela kalau orang cakap pasal app ni tau dah la amenda 😂

      Delete
  4. Teruknya sampai bunuh diri. Tu la mai taknak buka peluang untuk 'haters' kutuk secara anon, dan takkan buat macam tu kat orang. Nak cakap apa pun directlah sebut nama dan siapa dan apa yang tak puas hati secara beradap kan...

    Hahahahaha, susah hati sensitip, tak sesuai sign up apps macam ni :P lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah samalah jiwa tak kental. haters gonna hate hate hate...

      Delete
  5. betul sis :D haha especially wechat. aww thanks sis hihi

    ReplyDelete
  6. So scary lah world nowadays. Lot of things happen. Yang tak tahan maki memang matilah.

    I disagree with this app. Yes, it MAY helps you to improvise yourself but like you said, tak semua orang boleh terima kritikan dan teguran secara rasional dan positif (kalau semua orang macam ni, takkkan ada pergaduhan).

    So the developer should be more strict of person yang join. (tapi sekarang ni budak umur 2 bulan pun dah ada handphone sendiri)

    www.blogeyja.com

    ReplyDelete
  7. memang cyber bullying ni mmg teruk jugak kesannya. kena amik serius tentng ni. setuju kena ada had umur

    ReplyDelete
  8. terlalu banyak apps sekarang..alhamdulillah belum lagi terjebak.. harap tak terjebak hendakNya.. sebab dia ada buruk dan baiknya, kalau yang tak pandai memang akan terpengaruh dan memakan diri.

    ReplyDelete