Featured Post

Assalammualaikum. Everyday is my lazy day. So I think I should just lay down in my room and relax, chilling… and update another r...

Continue reading

Monday, 8 May 2017

Sedap Sangat ke Milo Energy Cube?



Assalammualaikum.


Abaikan tangan lidi and kedut tuh hahah Semalam Mellya singgah GM Klang. Saja niat hati nak menjamu mata. haha GM kan famous jual barang-barang borong nih. Memandangkan balik awal semalam ujian bertulis tu, kami singgah lah ke sini kejap. MasyaAllah, memang ramai haa. Berpusu-pusu manusia. Parking tingkat 8, memang tak pernah parking setinggi tu. Sapa yang drive? Of course abah Mellya, kalau Mellya memang tak sampai ke puncak haa.. haha Memang ramai gila lah manusia semalam dekat GM tu. Entah apa yang di shopping tak pasti. 

So Mellya sempat round satu block je. Sampai ke tingkat bawah sekali. Ternampak Milo Energy Cube yang viral sangat dekat Instagram tu. Sepuluh biji kecil RM 4.70. Perghhhhh mahal gila. Beli la jugak sebab nak rasa, sedap sangat ke sampai viral tu. (Biskut Gery pun Mellya beli sekotak besar tu, yang tu memang dah yakin and pasti sedap gila kalau cicah teh o panas haha).

Milo ni memang banyak yang minat meratah kan? Try makan dengan roti gardenia. Sedap! Kalau bancuh air milo, letak serbuk milo, bubuh susu pekat and kacau. Then letak air panas. Minum. Tapi tak kacau milo yang dekat bawah tu sebab nak meratah. hahaha kalau makan milo saja confirm kena marah ngan mama sebab pertama Milo cepat habis, second kata nya nanti sembelit hahah yeke?


Net weight per cube : 2.75g

Tadaa... comel kan energy cube ni. Tak tahulah dari negara mana energy cube ni datang. tapi dekat packaging tulis from Nigeria. hahaha entah la betul ke idok. 

Sedap Sangat ke Milo Energy Cube?

Okay honestly, Mellya rasa macam tak ada beza pun dengan Milo Nuggets tuu. Cuma Milo energy cube ni dalam bentuk cube and lebih cute. 

Nothing special bagi Mellya. haha entahla maybe Mellya ni tak de perasaan agaknya. But okay la buat orang yang suka meratah milo tu, elok makan energy cube ni. Daripada meratah milo tin tu.

Where to get them?

Lazada, Shopee, 11streetmy, and online shop dekat Instagram memang banyak yang jual Milo Energy Cube ni so kalau nak makan pegi lah cari haha Nak cari kat normal market tak de kot, sebab Energy Cube ni jual dekat negara luar je especially area Africa tuh. Harga pulak, pandai-pandailah korang cari, ada yang RM 40+ sepeket ada lah dalam 100 biji ada jugak mencecah RM 50+. Bila nak shopping online ni kena rajin survey harga lah, tengok mana yang mahal and murah. 

Repurchase?

Tak kot, sebab nothing extraordinary. Kalau nak makan, beli Milo nuggets pun okay. hahaha sama je lebih kurang sama rasa. So no intention to repurchase. 

Tak tahulah kenapa viral, maybe viral sebab diorang memang peminat tegar milo kot. hahaha so soalan kepada sedap sangat ke Milo Energy Cube tu.. my answer is Bolehla... 

So harini kembali ke rutin biasa. And salah satunya, edit blog simple template. ❤

Previous Post
Next Post

About Author

A Penang blogger, currently working as a freelance writer. For collaborations, feel free to contact me via email fhatinameliamusa@gmail.com. Leave some comments too ❤

19 comments:

  1. Kak ana tak rasa lagi tp ramai kata sama mcm makan serbuk milo tu je. Hehe. So tak lah terasa nak sgt belim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula sama ja rasanya haha untung beli 10 bijik jaa ๐Ÿ˜‚

      Delete
  2. Saya orang Klang pun tak pernah lagi pergi GM Klang hehe. Oh Milo cube tu memang rasa macam milo biasa je la hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah slalu camtula.. bila dekat dgn kita rasa x teringin nak pegi sebab anytime v boleh pegi..

      Delete
  3. CR pun baru beli semalam. Tapi mahalll. 5ketul rm4.90. Tapi sebab nak rasa sgt kan beli je la. Tak sedap pun kan. Baik beli milo nuget tuu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uihh mahal heheh 10 bijik mell beli 4.70 je sis.. beli mana tu?

      Delete
  4. tengok jugak milo cube yg viral ni.. tp lepas dengar ramai yg komen rasanya sama jer dgn milo biasa tu so xdela rasa teringin nak beli.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah xyah beli sis ๐Ÿ˜‚ sama je rasanya.. mkn milo tin lagi puas hati hehe

      Delete
  5. airah xrasa lagi.haritu nak terbeli dah tapi tak jadi hahaha

    ReplyDelete
  6. Saya belum try milo cube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan je milo serbuk rasa sama ja hehe

      Delete
  7. Tak pernah lagi cuba milo cube ni! Tapi rasanya sama kan macam milo biasa cuma bentuk dia empat segi hehe. Cantik btw ruangan komen ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sama ! hehe thanks for your compliment :D

      Delete
  8. nampak mcm sedap. hehe belom beli lg milo ni. nanti lah baru try :)

    ReplyDelete
  9. kerassss. makan sebiji je. sedap lagi makan serbuk milo! :3

    ReplyDelete
  10. Selama ni tertanya-tanya jugak rasanya, tenkiu Mellya sebab tolong explain, hahahaha. Viral ni memang, kebanyakan yg viral pun overated sangat, padahal biasa2 ja.

    ReplyDelete
  11. Samalah pada Sha.. Takde yang special pun.. hehehe..
    Best lagi ratah milo..

    ReplyDelete
  12. Beli yg jenis stik.dlm 1stik ada 4cube.beli rm1/stik..beli nk bagi kat anak tp anak x suka sbb keraaasss๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete