What's Hot

Sunday, 9 July 2017

Tips Merahkan Bibir Yang Gelap dan Kusam Secara Natural



Assalammualaikum.


Masalah bibir yang gelap dan kusam selalu menghantui mereka yang sering memakai gincu tanpa pembersihan yang sempurna. Banyak juga faktor lain yang menyebabkan bibir gelap. 

Antara faktor penyebab bibir gelap dan kusam :

  • Kesan pancaran matahari berlebihan
  • Reaksi terhadap alahan tertentu
  • Penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti
  • Kesan merokok
  • Tidak mencuci bibir selepas penggunaan kosmetik dengan betul
  • Ketidakseimbangan hormon

Bibir yang gelap dan kusam membuatkan kita rasa tidak selesa bila tidak memakai sebarang pemerah bibir. Jadi apa kata kita cuba beberapa tips ini untuk menangani masalah bibir gelap dan kusam.

Tips Merahkan Bibir Yang Gelap dan Kusam Secara Natural 


1. Sapu campuran madu, lemon dan gliserin/gula kasar pada bibir. Ia bertujuan untuk menyingkir kotoran yang terlekat pada bibir selepas memakai gincu secara sempurna.

2. Gosok bibir dengan berus gigi untuk mengalakkan pembinaan collagen dan buang sel mati. Gunakan berus gigi kanak-kanak untuk memudahkan proses memberus bibir.

3. Gula sebagai scrub. Gaulkan bersama Vaseline untuk kesan yang lebih efektif. 

4. Lip gloss buah-buahan segar. Kisar,tambah sedikit madu dan oleskan ke bibir. 

5. Juskan beet root dan oleskan pada bibir sebelum tidur.

6. Banyakkan minum air kosong untuk penghidratan dan peredaran darah

7. Minyak zaitun pada bibir sebagai pengganti lipstick untuk sementara waktu.

8. Langkah paling mudah, dapatkan lip balm untuk dioles pada bibir. 

Tips Merahkan Bibir Yang Gelap dan Kusam Secara Natural
credit : lifehackable.com

Senangkan ? Mellya pun baru nak cuba. hehe Semoga berjaya ❤


11 comments:

  1. cantik bibir tuh.. btw veghi naiss tips sis!

    ReplyDelete
  2. wahh tip menarik ni... thks mellya.. nak try

    ReplyDelete
  3. Waa, cntik la lepas ni klau amalkan :) bleh pkai liptint je.

    ReplyDelete
  4. Nice sharing ! Lepas ni boleh lah cuba :)

    ReplyDelete
  5. Bagus byk tips ni.. boleh try mana yg senang

    ReplyDelete
  6. lamanya akak x singgah sini.. hehe ingat akak lagi x ? ngeh2..

    ReplyDelete
  7. teringat zman remaja dlu, pakai colgate utk merahkan bibir... ,mmg merah tp kadang2 mcm blh luka kot....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah btoi dulu penah try, pedih la kalau pakai lelama haha tapi memang merah bibir pastu

      Delete
  8. tips yang bagus untuk diamalkan..

    ReplyDelete