What's Hot

Wednesday 27 September 2017

Kenapa Pakai Makeup Fake Sangat Bahaya?



Assalammualaikum.


Krim muka kilo yang berlambak dipasaran Malaysia, sampai sekarang masih ada yang berani menjualnya walaupun dah tertulis benda tu tak selamat digunapakai. Dan si pembeli pula sanggup memasarkan produk yang tidak tahu asal-usul dan keselamatannya tu pulak kepada pengguna. Kononnya formula buatan sendiri padahal entah dari mana dikutipnya. Yang si pengguna, mudah sangat terpengaruh dengan iklan-iklan, walaupun banyak berita mengenai produk berbahaya di media. Tak cukup dengan skincare, makeup pun di "fake" kan. Haih!

Fake up atau makeup fake ialah produk makeup yang diciplak, selalunya datang daripada negara jiran. Lipstick Kylie RM5, Palette Morphe RM 50.. Dari segi harga pun kita boleh tahu produk itu bukan asli. Tapi kenapa masih membeli? Jawapannya, harga product asal yang mahal menyebabkan pembeli memilih untuk membeli fake up product.

Kenapa product asal lebih mahal:

-Kualiti
-Brand
-Safe
-Cruelty Free

Kenapa product fake lebih murah:

-Kualiti rendah
-Brand ciplak, dari segi packaging ada kekurangan
-Bahan tidak selamat, mengandungi kandungan kimia yang tinggi


Obviously, beza Fake/Not original dengan yang Original usually dari segi bau, texture, effect pada kulit, tahap ketahanan makeup tu. Ada yang mengeringkan kulit, tumbuh biji-biji halus, jerawat, jeragat dan macam-macam lagilah. Sangat lah bahaya, tu belum lagi ada yang terkena kanser kulit sebab product-product tak original ni!


Macam mana nak tahu product tu original atau tak before beli?


 

CREDIT: http://www.mtv.com.au/sites/default/files/styles/image-w-1050-h-1050-scale/public/mtv_au/galleries/large/2016/09/13/mac-bullet-1024x945.jpg?itok=FW-q67Ze

  1. Harga paling nyata ! Mana ada branded items jual murah. Selalunya lebih mahal.
  2. Tempat Dijual. Original dijual di tempat yang boleh dipercayai atau dealer sah. Contoh Watson, Sephora.. Tak kanlah diorang nak jual tak original.
  3. Next , Check dalam internet brand tu wujud tak product tu. Ada setengah tu product tu tak wujud pun. Konon set, padahal tak ada pun.
  4. Penjual sendiri pakai. Kalau dah dia pakai takkanlah dia nak menipu. Lainlah kalau dia memang tak sayang muka.
  5. Review. Kalau beli melalui online boleh lah survey review orang dulu.
However, depends on masing-masing untuk decide , nak beli atau pun tidak. Tak ada yang memaksa, and tak perlu dipaksa haha Tapi kalau nak tengok effect menggunakan fake makeup ni, banyak video-video di Youtube yang boleh korang tengok. Mostly vloggers luar negara yang buat review tentang bahayanya product celup ni ❤

18 comments:

  1. Takut pakai yang fake dekat muka.. Mintak dijauhkan.. Kengkadang fake ngan ori ada yang tak dapat beza.. tu yg susah tu..

    ReplyDelete
  2. Branded memang in wishlist but bila jumpa yang murah, walaupun diorg ckp gred the best ke apa, memang takkan beli.. Takut ada side effect.. Lagi rela tunggu sampai dah mampu, baru beli..

    ReplyDelete
  3. Tadi tengok viral kt fb pasal muka melecur pakai aloe vera tu, actually mai pun pernah nampak kt kedai harga RM9.90, memang meragukan la sbb harga semurah tu... memang kena berhati-hati..

    ada je yg product ori dan murah...jgnlah salah bt pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu , nak sangat pakai branded sampai sanggup amik risk.

      Delete
  4. pernah beli lip balm dekat uptown. Pakai sekali je sebab rasa panas pedih2. Better beli lip ice dekat watson/guardian. 3 tahun pakai bibir cantik je terjaga

    ReplyDelete
  5. anis pun tak pernah beli apa2 makeup yg jual kat pasar malam smua tu, sbb kulit sensitif sikit, walaupun dah pakai yang berjenama pun kadang-kadang kulit tak suka jugak -.-

    ReplyDelete
  6. done click your nuffnang.. thanks for guide. mmg dah nak terbeli da fake makeup ni.. tapi tengok gak testimoni org yg da guna. boleh nampak ketara beza dengan ori. kalau ori mekap sikit da cantik tapi yg fake ni kalau da blend color pun tak berapa nampak cantik. mane taknye. yg ori mahaiii. hehe. kena beli satu-satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes pastu rasa kering bila pakai. hehe nak beli ori mahal, pastu nak pakai pun sayang lol

      Delete
  7. betul tu kak melya! raizah selalu je nampak kat ig yang jual fake kylie. dahla murah lagi tak masuk akal bila dia jual foundation kylie padahal setahu raiza kylie tak pernah keluarkan foundation --"

    ReplyDelete
  8. dulu2 masa xde ilmu lagi pasal mekap ni, mmg pernah jugak beli kat pasar mlm..skrg mmg dah x berani dah.. sbb pernah rosak muka berjerawat teruk..huhu

    ReplyDelete
  9. mmg takut sngt skrng ni produk fake merata2.. tp ramai sngt skrng ni suka beli produk yg murah.. huhu.. biarlah mahal asalkan selamat digunakan..

    ReplyDelete
  10. susah nak bezakan yang original & fake..biasa beli kat watson
    JanjiKita

    ReplyDelete
  11. Tak perlu pakai make up imitation, risau dapat kesan sampingan..
    Alah membeli, menang memakai..

    ReplyDelete
  12. Biasa cri produk makeup kt watson or guardian je..xberani beli dkat pasar mlm tu.. permntaan tinggi, sbbtu masih ramai yg jual..sy ada kawan yg tegar beli kt pasar mlm..muka dia mmg habis jerawat..tp xberani nk advise takut kecik hati kn..mungkin juga ada yg x mampu..erm.. pilihan msg2.

    ReplyDelete
  13. produk fake ni berisiko kalau pakai..murah memang lah murah tapi kena fikirkan soal keselamatan juga.

    ReplyDelete
  14. Yang paling meyedihkan lagi kalau pakai produk mahal, tapi rupanya fake jgak. Huhu sebab tu kalau nak selamat beli kat Guardian and Watson je. Hehe

    ReplyDelete
  15. tak berani dah nak pakai produk yang berjual di pasar malam sebab pernah muka naik jerawat gara2 terpakai produk tu dari pasar malam..

    ReplyDelete