What's Hot

Sunday, 17 September 2017

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 (AMBILAN LHDN)



Assalammualaikum.


20 September iaitu hari Rabu semua pemohon jawatan Pegawai Eksekutif Gred 41 Ambilan LHDN akan menghadapi peperiksaan online pada jam 8 malam. Peperiksaan ini dibahagikan kepada 3 section, iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan juga kefahaman bm & bi. Mellya termasuk dalam golongan calon exam ni. haha Sekadar mencuba nasib. InsyaAllah ada rezeki tak kemana, tak salah mencuba.

Manual Pengguna  >> 
http://e-semakanntt.spa.gov.my/pdf/ManualPenggunaPegawaiEksekutifGred41lhdn.pdf

KEPERLUAN ASAS BAGI MEMASUKI PEPERIKSAAN ONLINE: 
• Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet. 
• Paparan boleh dicapai melalui semua browser (Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari) 
• Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet tanpa perlu hadir ke SPA

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE 
1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu. 
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan. 3. Calon dibenarkan mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula. 4. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. 

SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan sistem percukaian negara, dasar-dasar semasa, pentadbiran kerajaan, kenegaraan, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara. 

Masa : 40 minit Soalan : 50 (aneka pilihan) 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkaraperkara berikut:

(i) Kemahiran Logik 
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat. 

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data 
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

 (iii) Konsep Matematik 
Calon diuji dengan konsep Matematik, kemahiran numerik serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif. 

Masa : 50 minit Soalan : 40 (aneka pilihan) 

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
Dalam seksyen ini, calon akan diuji tentang kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kemahiran memindahkan maklumat, tatabahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan. 

Masa : 20 minit Soalan : 20 (aneka pilihan)

Sebagai persediaan, Mellya baca dan buat ulangkaji exam PTD tahun lepas. haha mana la tahu, ada yang sipi-sipi sama dalam bahagian pengetahuan am tu. So good luck guys ! ❤

3 comments: