What's Hot

Thursday 29 March 2018

New Mask Collection Review by Aufairy Skincare



Assalammualaikum


Lamakan Mellya tak buat review mask? hehe Padahal Mellya ni memang pantang nampak mask, mesti nak beli and cuba. So setelah sekian lama tak buat review, therefore kalini, Mellya cuba face mask terbaru dari Aufairy Skincare yang boleh didapati di Yoskin dan juga Hermo Malaysia.

Sedikit info tentang Yoskin. Yoskin, dengan tagline "Your skin's bestfriend", Yoskin ialah sebuah web online yang menjual face mask berjenama seperti Mediheal, Cadeau, Muzibed, dan yang terbaru ialah Aufairy Skincare yang Mellya cuba ni. 



"YO symbolizes ‘Young’ and ‘Yogurt’

 while YOSKIN represents a young and healthy skin"


Ada 4 jenis mask dalam collection ni, Bliss Berries (Anti oxidant Brightening), Honey Potion (Nourishing), Pearl Pixies (Whitening), dan juga Mermaid Elixir (Hydrating). Packaging mask ni sememangnya cute, itu antara factor yang menyebabkan Mellya tak sabar nak cuba mask ni. Diperbuat di South Korea, setiap pack mengandungi 25ml.

Bliss Berries (Anti oxidant Brightening) mengandungi 4 jenis extract berries iaitu, blueberry, black mulberry, chinese wolfberry, dan juga strawberry yang membantu mencerahkan dan mengembalikan seri wajah yang kusam.

Honey Potion (Nourishing) mengandungi french provencal black bee propolis, honey dan juga MC-DTOC (anti pollution) yang merawat wajah yang kering tidak bermaya.

Pearl Pixies (Whitening) mengandungi pearl powder, milk protein extract, dan amethyst & nephrite powders yang mencerah kan kulit.

Mermaid Elixir (Hydrating) mengandungi brown seaweed extract, hijiki extract dan juga aloevera extract yang memberi kelembapan dua kali ganda pada kulit wajah.

Dah rupa macam orang minyak dah ni haha

Pakai selepas selesai cleansing dan skincare routine. Pakai 15 hingga 20 minit, pat dry
 (yes, guna jari)

My own testimonial:

Mask ni banyak essence dia, charcoal mask jadi mask ni kaler hitam. Size cover seluruh muka, tak da masalah size tak sama or tak balance macam certain mask yang dijual dekat drugstores ( kena pandai pilih, sometimes ada yang senget benget ukuran dia). Daily face mask meaning that korang boleh pakai mask ni hari-hari and also very suitable for all skin types.

Masa nak pakai, easy to remove the mask from the packet and muat ke wajah dengan baik. Sejuk je bila pakai and lepas pakai, muka rasa lebih licin dan best! Refreshing. And extra essence boleh sapu dekat tangan and kaki ^^

The ratings and Where to get it?

5/5 sebab harga pun murah je hehehe Cuma RM4.90 je tau ! Totally recommended. Korang boleh beli dekat https://www.yoskin.com atau Hermo Malaysia. Actually ada banyak lagi brand-brand lain yang best macam Mediheal dekat yoskin tau. Korang boleh la usyar sana lepas ni especially kaki face mask macam iols.

Btw thanks for reading  Mellya Crayola! ❤

11 comments:

  1. Seram masa pakai tu...tp endingnya kebabommmm meletoppp ha gojes kulit tu.. Jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe parut masih degil tak mau nak hilang

      Delete
  2. mak oiiiii, hitau nya mask ... tak pernah lg cuba mask charcoal ni, maybe lepas stok mask kak pip habis, nak cuba yg ni pula ... sama lah kita suka beli dan pakai mask ...

    ReplyDelete
  3. mellya, cer buat entry kebaikan pakai mask.
    mek sejenis yg noob bab mask.
    rase membazir.
    tolong leraikan kekusutan ini.

    ReplyDelete
  4. patut la kulit mellya flawles jer. rjin pakai mask. 😊 hrga pun boleh tahan murah

    ReplyDelete
  5. wahhhh cm best je..sy mmg suke pakai maskk kalau boleh nak pakai hari2 hahaha cume kekdang je malas

    ReplyDelete
  6. Menarik ni, harga pun sangat berpatutan..

    ReplyDelete
  7. murah...macam best mask ni...nak beli lah nanti

    ReplyDelete
  8. murahnya!!!pastu macam best!!

    ReplyDelete
  9. comel je packaging mask ni. mask sha pun dah kurang stok, boleh la usha usha

    ReplyDelete