What's Hot

Tuesday, 15 May 2018

Berbuka Puasa Turun Menurun 101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan @Vistana Hotel Penang


Assalammualaikum.

Hi semua, mencari tempat berbuka yang murah tapi banyak juadah pilihan? Bermula 16 May hingga 13 June 2018, Vistana Hotel akan mengadakan buffet Ramadan dengan bertemakan 101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan Nikmati Juadah Berbuka Puasa Turun Temurun. Baru-baru ni Mellya sempat singgah ke Food Review mereka untuk Ramadan kali ini. Meriah sungguh sebab diorang buat buffet Ramadan di Grand Ballroom Vistana Hotel Bukit Jambul.
Sempena Ramadan ini, Vistana bakal mengetengahkan menu tradisi turun temurun, buffet Ramadan khas untuk mereka yang menyambut bulan puasa ini. Lokasi buffet ini yang strategik dan kemudahan parking yang memudahkan tetamu yang datang mungkin akan menjadi salah satu sebab korang perlu datang ke sini. Dan paling utama, semestinya lah hidangan yang tersedia disini semuanya sedap-sedap belaka. Jom tengok antara menu yang ada.
 Rendang Daging
Gulai Lemak Talang Masin
Gulai Kawah
Ikan Bakar Air Asam & Udang Masak Lemak
 Sambal Tempe Ikan Bilis & Ayam
Asin Asin Labu Masak Lemak & Siew Pak Choy Dengan Kulit Tauhu dan Sos Cendawan Enoki
Makanan tradisi semestinya ada ulam-ulaman dan ikan kering kan. Kat sini ada pelbagai jenis ulam dan ikan kering yang sememangnya  mmbangkitkan selera.
Ikan Kering & Ulam-Ulam Kampung 
Selain itu banyak juga stall pelbagai jenis juadah lain yang tersedia. Antaranya ialah satay stall, Kambing stall, Nasi Kerabu, Nasi Ayam, Murtabak, Ais Kacang, Yong Tau Foo, Bubur Lambuk, Aneka Jenis Bubur, Laksadan lain-lain lagi. Banyak sangat sampai rambang mata nak cuba yang mana dulu.
Kambing Golek tak sah kalau tak ada. Disertakan dengan nasi briyani, memang sangat menyelerakan.
Satay juga ada tersedia disini. Yang Mellya rasa satay ayam ni memang sedap sangat.
Bubur Lambuk & Laksa
Ais Kacang, Aiskrim Malaysia & Nasi Ayam
Yong Tau Foo & Aneka Bubur
Selain itu, pencuci mulut pun tak kurang pilihan nya. Rojak buah, Jeruk, Pudding, Agar-agar, Pudding Roti dan lain-lain. Memang semua nya cukup rasa.
Jelly & Agar-agar buah
Pudding Roti dan Kuih-Muih
Buffet Ramadan tak lengkap tanpa persembahan Ghazal.
Mellya sempat merasa kesemua ni, rasa semua padu beb heheh

Best bukan? Bagi yang berminat, Buffet Tradisi Tok Wan ini cuma RM 70 (dewasa) dan RM 30 (kanak-kanak berumur 4-12 tahun) bermula 16 May 2018 hingga 13 June 2018. Tempahan boleh dibuat melalui www.vistanahotels.com atau call Vistana Penang Bukit Jambul, 
04-6468000. Selamat menyambut bulan puasa! ❤



213 Jalan Bukit Gambir, 11950,
Bukit Jambul, Penang, Malaysia
Tel: +60 4 646 8000
Email: vispg@ytlhotels.com.my


2 comments: