Assalammualaikum.
Dah ready nak sambut bulan Ramadan? Mellya Alhamdulillah. Puasa dah ganti, baju raya pun dah beli mana yang patut. hahah beli lah awal nanti nak raya gaji simpan untuk bagi duit raya. Ehhhh.. So memandangkan bulan puasa kali ni, kali kedua Mellya punya gaji sebagai seorang yang dah bekerja, rasanya memang perlu kot cari destinasi untuk berbuka belanja family makan besaq! haha Jadi baru-baru ni Mellya dijemput ke Ixora Hotel untuk melihat dan merasai sendiri juadah berbuka yang mereka bakal ketengahkan berkonsepkan "Citarasa Desa Ala Pak Nas" bulan puasa ni. Jom tengok antara menu yang menarik dekat sini.
Terletak berdekatan dengan Megamall Penang, memang strategic lokasi Ixora ni especially kalau korang pegi shopping dekat sana pastu singgah berbuka di sini kan? Masa sampai kat sini pun mudah, parking banyak and hotel ni juga ada sediakan basement parking kalau tak salah Mellya. Kalau park dekat Megamall pun boleh je, nak jalan ke hotel, sebab dekat sangat ha.
Citarasa Desa Ala Pak Nas @The Straits Cafe, Ixora Hotel
Masuk je The Straits Cafe, wah mood raya terus datang (padahal puasa pun belum lagi lah haha). Dengan hasil dekorasi nya yang ala kekampungan dan dihiasi dengan lampu warna-warni, memang suasana raya sungguh lah! Oh ya, sepanjang Ramadan ini, Ixora Hotel menyediakan lebih 160 hidangan masakan tradisional Melayu sempena buffet berbuka tahun ni, antara menu utama Ramadan yang ada disini ialah ialah Kambing Panggang Golek, Shawarma Ayam, Ayam Kuzi Berempah dengan Kismis, Daging Dendeng Madu, Asam Laksa dan juga nasi Briyani. Antara hidangan yang mencairkan hati Mellya.
Hidangan Utama
Ayam Kuzi Berempah
Kupang Masam Manis
Siput Lala Bercili
1- Daging Dengdeng Madu
2 - Udang Nestum
3 - Sayur Campur Sos Tiram
4 - Masak Lemak Petola, Suhun dan Telur
5 - Tauhu & Tempe Goreng Kacang Panjang
6 - Gulai Ikan Keli Timun Muda Tumis Darat
7 - Pembuka Selera
8 - Nasi Minyak Pelangi
Nasi Putih Kukus
Daging Goreng Kicap Manis
Patin Masak Cili Padi
Gulai Udang Rebung
Kurma Telur
Selain daripada buffet, ada juga live action stall disediakan untuk memastikan korang dapat tengok live chef-chef disini menyediakan hidangan yang super sedap. Waktu Mellya pegi tu ada la stall shawarma, char koay teow, laksa, kambing golek, ais kacang dan juga pasembor. Oh ya sempat juga Mellya merasa bubur lambuk. Memang sempoi.
Warung
Shawarma
Char Koay Teow
Laksa
Ais Kacang & Ais Malaysia
Kambing Golek
Makan yang heavy dah sudah, apa kata minum teh tarik dengan kuih muih serta pencuci mulut?
Juadah Pemanis Mulut
Aneka Kuih Muih
Kuih Raya
Beraneka Kek Pilihan Pastri
Kurma
Puding & Agar-agar
Buah-buahan
Teh Tarik
Amacam ada rasa terliur tak? hehe Harga untuk dewasa cuma RM 86 dan RM 56 untuk kanak-kanak. Good news untuk mereka yang membuat tempahan awal sebelum 25 May 2018, harga buffet untuk dewasa cuma RM 70 sahaja tau, dan setiap pembelian 10 dewasa percuma 1. Selain daripada buffet citarasa desa yang berlangsung di The Straits Cafe, Ixora juga menyediakan buffet Ramadan di dewan Baba & Nyonya , RM 58 untuk dewasa dan RM 45 untuk kanak-kanak. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi contact di bawah ya Full Menu di SINI ❤
Ixora Hotel Prai, Penang
3096 Jalan Baru , Bandar Perai Jaya
13600 Perai, Penang, Malaysia
Email: info@ixorahotel.com /
food.and.beverage@ixorahotel.com
Phone: +60 4 382 8888
Fax: +60 4 382 8800
Wow. This is definitely the cheapest Ramadan buffet that I have encountered for. Menu dia pun macam lain sikit dari Ramadan buffet lain yang saya pernah baca.
ReplyDeleteterliur melihat deretan menu.
ReplyDeleteJanji Kita
yg ada hrga murah tu kita nak. hehehe. lauk nampak sedap semuanya..
ReplyDelete