What's Hot

Saturday 19 May 2018

Ramadan Buffet Dari Dapur Sunway Selera Utara @Sunway Hotel Seberang Jaya


Assalammualaikum.

Alhamdulillah review terakhir pasal makanan untuk Ramadan ni. Lepas ni kena kembali ke jalan sebenar iaitu beauty blogger sejati. haha Tahun ni agak murah rezeki Mellya dapat kenal rakan-rakan blogger yang banyak berkongsi info dan rezeki dengan Mellya. You know who you are. Back to the main topic, untuk pengetahuan korang Sunway Hotel Seberang Jaya juga ada buffet Ramadan istimewa tahun ni yang berlangsung bermula tarikh 19 May hingga 11 June 2018.

Kali ini Sunway Hotel Seberang Jaya mengetengahkan tema "Dari Dapur Sunway Selera Utara" yang disediakan oleh para chef mengikut citarasa utara. Antara menu utama yang ada korang boleh tengok sendiri yee, serious terangkat sedapnya!
Sunway Hotel terkenal dengan hidangan Kambing Golek nya yang lembut dan sedap. Korang mesti cuba.
 Udang Masak Lemak Cili Padi
 Nasi Briyani Pilau
Ayam Madu
Kepah Masak Lemak Cili Padi, Assorted Kerabu, Kari Kepala Ikan
Ada pelbagai lagi hidangan menarik menanti di bufet Ramadan Sunway Hotel Seberang Jaya tahun ini. Harga untuk dewasa cuma RM88nett, warga emas RM58nett dan kanak-kanak RM48nett sahaja. Berita baik, 500 voucher pertama layak mendapat 20% discount. Pemegang kad Maybank dan HSBC juga layak mendapat 20% tertakluk kepada terma & syarat. ❤

11, Lebuh Tenggiri 2, Pusat Bandar Seberang Jaya,
 13700 Perai, Pulau Pinang
No Tel: 04-3707788
FB: https://www.facebook.com/SunwayHotelSJ
Website: https://seberangjaya.sunwayhotels.com/



5 comments:

  1. Paling menggoda betul la kambing tu.. sedapnya..

    ReplyDelete
  2. tengok siang siang pulak, alahai. patut tengok malam ni. hehe

    ReplyDelete
  3. tengok time siang ni mmg menduga betu la hahaha

    ReplyDelete
  4. sedap-sedap menunya.makan sampai kenyang
    JanjiKita

    ReplyDelete