What's Hot

Wednesday 20 June 2018

Jom Menang Trip ke Negara Team Bola Sepak Kegemaran @ Foodball Fever Pacific West!


Assalammualaikum.


Hi peeps! Sempena menyambut bulan Ramadan, Pacific West dengan kerjasama More by Arang Coffee telah menganjurkan A Get-Together Dinner untuk semua rakan media termasuklah Mellya pada 9 Jun 2018 yang lalu. Selain untuk mengumpul dan memberi peluang kepada para blogger dan influencer berkenalan antara satu sama lain, kami juga telah didedahkan dengan pelbagai menu khas Ramadan yang disediakan oleh pihak More by Arang Coffee menggunakan produk Pacific West sendiri! Antara hidangan yang dihidangkan ialah Crumb Fish Fingers, Tempura Natural Calamari Rings, Popcorn Fish dan Tempura Prawns dengan home-made dip sauce yang disediakan oleh More by Arang Coffee. Nak tahu hidangan apa yang menarik tu, boleh baca sampai habis entry ini,  A Get-Together Dinner With Pacific West @More by Arang Coffee, Penang.

Pacific West 


Pacific West "The taste the world loves" telah menjadi pilihan seisi keluarga sejak dulu lagi dan product nya telah terlibat di beberapa event antarabangsa antara nya ialah Sydney Olympic Games, Wimbledon Tennis Tournaments, Manchester United Football Club, dan World Rugby. Product mereka boleh didapati di lebih 20 buah negara seluruh dunia dan terkini juga boleh didapati di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shang Hai). Memenangi anugerah the "Best Innovative Seafood Product di Asia Halal Brand Awards 2017", anugerah ini dihakimi oleh pihak JAKIM, HDC, MITTI, MATRADE dan juga Entrepreneur Insights sendiri. 

Antara product Pacific West yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia!


Mellya sangat kagum dengan Pacific West yang sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru dari segi pilihan dan rasa selain kualiti product nya yang menepati standard yang ditetapkan. Dahla mudah untuk dimasak, ia juga dijamin HALAL! Oh ya, waktu dinner kami haritu, kami sempat merasa menu yang masih belum masuk pasaran Malaysia, iaitu Kuro Prawn (ada dua jenis, Charcoal dan Red Velvet) yang famous di luar negara, seriously sedap gilos!
Udang ni rasanya sangat fresh, isinya manis dan lembut. Kalau dah dijual di Malaysia mesti akan jadi antara top selling di sini juga. hehe 


Sue memberi keterangan mengenai kempen terbaru mereka selain berkongsi informasi mengenai product mereka yang terkenal di luar negara. 

Oh ya, kami juga berpeluang menikmati menu baru hasil kolaborasi Pacific West X More by Arang Coffee. Semua menu disediakan oleh pihak More by Arang Coffee dengan menggunakan product dari Pacific West! Tak sangka macam-macam menu juga boleh guna bahan dari Pacific West ni hihi
Untuk minuman, kami diberi pilihan untuk mencuba jenis minuman iaitu, Coffee Milosaur, Salted Caramel Latte, Peach Tea dan juga Peppermint Mocha.

Sekarang kita dihangatkan dengan musim FIFA World Cup 2018 yang sedang berlangsung, Pacific West tidak ketinggalan untuk mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyambut demam bola dengan menganjurkan kempen terbaru mereka iaitu " FOODball Fever" yang telah bermula sejak 16th April yang lalu dan bakal berakhir pada 15th July 2018. Pelanggan yang membeli mana-mana product Pacific West dalam satu resit di mana-mana retail store yang terlibat layak untuk memenangi trip ke negara pasukan bola sepak kegemaran anda bernilai RM 10,000. 100 pemenang juga layak untuk memenangi hadiah exclusive Pacific West FOODball Fever merchandise.


Grand Prize
A Fantabulous Trip To Your Favourite Football Country worth RM10,000 and one (1) PWTravel Luggage 

Consolation Prize (Total 100 winners)
i) Xiaomi Mi Band x 3 units
ii) PW FOODball FEVER Overnighter Bag x 20 units
iii) PW FOODball FEVER Umbrella x 30 units
iv) PW FOODball FEVER Shoe Bag x 10 units
v) PW FOODball FEVER Water Bottle x 37 units

AEON Top Spenders (Total 5 winners)
One (1) PW FOODball FEVER Overnighter Bag and one(1) PW FOODBall FEVER Umbrella

Macam mana nak menang? 

Beli minimum 1 dalam setiap resit.
Share dan send entry anda melalui:
POS Mail / Whatsapp 019-823 1217

All entries must include contest name "Pacific West FOODball Fever", Name, NRIC no., contact, address, email addres & outlet name.


Pacific West products boleh didapati di kebanyakan retail outlets di Malaysia seperti Cold Storage, Sam's Groceria, AEON, Aeon Big, Tesco, Giant, Sunshine dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pacific West careline 1800 888 389 atau layari website mereka iaitu www.pacificwestfoods.com.  Maklumat mengenai kempen "FOODball Fever" boleh didapati di http://www.pacificwestfoods.com.my/contest/foodballfever.html

Pacific West
Fb page: www.fb.com/PacificWest.my

3 comments:

  1. Happy eid mubarak! :)

    https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

    ReplyDelete
  2. Hadiah2 dia semua best.

    Selamat Hari Raya Mellya !!

    ReplyDelete
  3. sekarang tengah demam football ni seronoknya kalo menang =D

    ReplyDelete