Sedapnya 100% Mmmmm Fernleaf Susu UHT ! - A box of Crayon

Latest

Sunday, 14 October 2018

Sedapnya 100% Mmmmm Fernleaf Susu UHT !

Assalammualaikum.
Susu memang sudah jadi kegemaran Mellya sejak dari kecil lagi. Antara susu yang menjadi pilihan Mellya semestinya Fernleaf. Tapi dulu Fernleaf cuma ada susu tepung, belum ada susu UHT. Baru-baru ni Mellya diperkenalkan dengan susu UHT Fernleaf. Dalam hati terdetik, sedap ke? Rasa sama tak dengan yang susu bancuhan Fernleaf tu? Curious kan sedap ke tak. hehe 

Fernleaf Susu UHT

Fernleaf susu UHT telah diperkenalkan dengan 3 perisa yang enak iaitu full cream, low fat dan juga coklat. Didatangi dengan dua size berbeza iaitu 1 litre dan juga pek 200ml, susu Fernleaf ini dijamin 100% manfaatnya dari New Zealand tau. Untuk pengetahuan korang, New Zealand adalah salah satu negara yang memiliki padang rumput yang subur, sesuai untuk dijadikan tempat untuk menternak lembu. Lembu tenusu Fernleaf diberi kebebasan untuk meragut tumput tanpa dikurung supaya mereka dapat menghasilkan susu lembu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi.  Bukan semua lembu tenusu yang diternak diberi makan rumput  dan dijaga rapi tau, tapi yang pasti Fernleaf sememangnya menggunakan lembu tenusu yang dijaga dengan penuh dedikasi.

Macam Mana Susu UHT Fernleaf terhasil?

Tahu tak lembu tenusu di New Zealand menghabiskan 90% masa meragut rumput yang berkualiti tinggi dan mereka mendapat khasiat dari cahaya matahari yang mencukupi bukan seperti lembu tenusu yang dibesarkan di negara lain yang kurang subur? Hasilnya susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu Fernleaf ini mengandungi kalsium dan nutrient penting lain seperti protein, Vitamin A dan Vitamin D yang sangat penting untuk kita. Bukan itu saja, lembu tenusu disana semuanya menghasilkan susu secara semula jadi tanpa menggunakan penggalak susu seperti jenama susu yang lain. Dengan lebih 140 tahun pengalaman dan kepakaran dalam perladangan tenusu, Fernleaf sangat diyakini akan kebolehan nya untuk memastikan produk tenusu mereka yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Memang patutla susu UHT Fernleaf sedap 100% Mmmmm!

Sedap Memang 100% Mmmmmmm

Mellya memang suka betul susu coklat Fernleaf ni, sangat sedap and creamy. Oh ya , lagi sedap bila letak dalam peti sejuk. Okay pasni dah boleh beli susu Fernleaf UHT banyak-banyak buat stock, dah tak perlu lagi dah susah-susah nak bancuh dengan air panas. Boleh minum bila-bila masa, on-the-go gitu. Go for goodness and greatness anytime you want! Untuk maklumat lanjut korang boleh singgah Facebook page Fernleaf Malaysia

8 comments:

  1. hipsturnya spek kak :p sedapkan susu ni!

    ReplyDelete
  2. interesting info about Fearnleaf milk! I really love drinking milk despite knowing that i'm lactose intolerant lol

    ReplyDelete
  3. Wah ni yg buat mama.terasa nak Cuba Susu fernleaf ni

    ReplyDelete
  4. Ehh kenapa comel sangat model Fernlead ni :P

    ReplyDelete
  5. Susu ni sedap sangat sehingga kena ada stok selalu...

    ReplyDelete
  6. susu ni bgs utk tulang..bdk2 kalo ada perisa coklat sure akan minum..jrg nk minum yg perisa original yg putih

    ReplyDelete
  7. memang sedap susu ni kan. bagus amalkan minum susu ni.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  8. Kita suka yang colat minum sejuk-sejuk hehehe..

    ReplyDelete