Hansaegee Nature Review : Tampil Cantik Berseri dengan S+ Recover Gold Nano Color Control Cream - A box of Crayon

Latest

Tuesday, 27 November 2018

Hansaegee Nature Review : Tampil Cantik Berseri dengan S+ Recover Gold Nano Color Control Cream



Assalammualaikum.
Pernah tak satu masa korang rasa malas sangat nak makeup? Yelah kadang nak keluar rumah tak sampai 10 minit takkan nak makeup jugak kan.. haha tapi bila dah tak makeup rasa macam "mak jemah" pulak. Mula rasa orang dok perhati ja muka togel kita nih. Kesudahannya capai lah jugak foundation sikit, bedak sikit, lipstick, calit sikit pipi merah sebab tak nak nampak pucat lesi. haha Balik rumah satu hal nak kena cuci makeup bagai. Sampai lah satu hari, Mellya jumpa S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature nih. Mula rasa "sinar harapan" baru datang...... hahahah nak tau kenapa Mellya cakap camtu? Korang kena baca post ni sampai habis baru tau reason sebenar heheh (tak baca serious rugi).

Hansaegee Nature 

Sebelum Mellya membebel panjang, ada baiknya Mellya perkenalkan dulu Hansaegee Nature, sebuah skincare brand, product originally made in Korea yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011. Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream merupakan salah satu product mereka yang digemari ramai dan sudah berada di pasaran lebih dari 5 tahun.

   Hansaegee Nature S+ Recover Gold Nano CC Cream

Selalu kita dengar BB Cream kan? CC cream ialah singkatan kepada color correction/complete cream dimana ia ialah all in one cream, cosmetics yang digabungkan dengan fungsi penjagaan kulit (basic skincare+makeup benefit). Lebih ringan daripada BB Cream, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu memberi effect soothing, mencerah, melembap dan menyekatakan tona kulit tau.

Sesuai untuk semua jenis kulit (Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni paling sesuai untuk mereka yang risau kulit cepat kedut, muka berminyak, kering, sensitive dan juga freckles), antara kandungan utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ialah Mineral Water (meningkatkan elasticity kulit, balance pH level kulit, mudah serap ke dalam kulit), Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract (meredakan irritasi, anti-bacteria dan melegakan kulit bermasalah), dan Colloidal Gold (mencegahkan penuaan, menghalang infrared radiation, antioxidant dan anti bacteria). Semua bahan ni bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit tau!
Cara penggunaan: Cara untuk pakai pun mudah je, lepas skincare routine just sapukan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ke seluruh wajah sebelum makeup. Kalau tak nak makeup pun boleh cuma oles lipstick jee. hihi Nampak natural sis! Kalau nak makeup pun tak salah, lagi gorgeous. Oh ya, kalau korang nak tahu, CC cream ni juga boleh dijadikan sebagai makeup base. Kalau sapu eyeshadow atas permukaan yang ada cc cream, korang akan perasan warna dia lebih pigmented tau! Cuba tengok hasil makeup test Mellya ni. hihi
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni berwarna putih dengan gold nano halus. Dengan fungsi color control apabila di blend, ia akan mengikut warna kulit kita.
Menarik bukan? Mellya juga sempat test di tangan Mellya sendiri, korang boleh tengok gif di bawah ye. Memang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mampu meresap dan mengikut warna kulit kita, jadi tak perlulah nak risau kalau kulit korang berwarna gelap, tak kan bercapuk pun. hihi
Texture cream yang ringan ni memang mudah meresap dalam kulit, sebab tu ia dapat blend dengan warna kulit kita. Pakai pun tak rasa berminyak langsung!

My Honest Review

Mellya suka sangat CC Cream ni sejak pertama kali cuba lagi! Muka Mellya yang banyak kesan parut jerawat menyebabkan kulit nampak warna macam tak sekata. Pakai makeup pun kadang tak tentu lagi boleh cover. Bila dah pakai cc cream ni, muka Mellya nampak lebih cerah dan sihat. Dah tak kering lagi! Yang menarik nya Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni ialah ia mampu blend dengan warna kulit tau. Jadi korang tak perlu risau takut bercapuk. Mellya memang puas hati dengan hasil nya bila dipakai pada wajah Mellya. Nampak lebih glowing and licin kulit hihi 

Selain tu, muka pun tak berminyak (ada sesetengah cc cream yang Mellya cuba sebelum ni menyebabkan kulit berminyak mungkin sebab tak sesuai dengan kulit Mellya).Lebih penting lagi, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni mengandungi spf 30++ PA tau, jadi ia mampu untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang berlebihan. Tak perlu risau kalau terlupa pakai sunblock. Cukup la sebab Mellya bekerja dalam aircond haha jarang berjemur. hihi 

Well recommended? Yes! Mellya memang recommend sangat korang yang teringin nak cuba CC Cream ni sebab serious worth it! Kalau nak tanya soal repurchase, definitely is a yes. Korang boleh dapatkan di website Hansaegee Nature pada harga cuma RM99 setiap satu dengan free gift tau. Free postage untuk pembelian melebihi RM 70. Untuk maklumat lanjut hubungi team Hansaegee Nature di contact di bawah ye. Thanks for reading ❤

🍁Company name: Hansaegee Nature 
🍁Website: www.hansaegee.com/shop 
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/ 
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

4 comments: