What's Hot

Saturday, 19 January 2019

Day Out Upside Down Museum - Georgetown, Penang


Assalammualaikum.

Day Out Upside Down Museum - Georgetown, Penang

Hi guys! Lamakan Mellya tak share review tempat menarik dekat Penang ni. Baru-baru ni, Mellya sempat singgah Upside Down Museum dekat Lebuh Kimberly, Georgetown, Penang (it was an unplanned trip and unplanned review, so Mellya cuma amik gambar tempat dalam tu je haa haha). Disebabkan Mellya macam tak tau nak singgah mana sementara tunggu kawan abang ipar yang nak datang jumpa, Mellya pun suggest dekat family untuk singgah Upside Down Museum ni. Yelah tengok ramai juga bagi comment positive tempat ni, so why not?

Day Out Upside Down Museum - Georgetown, Penang

Actually dulu kecik-kecik je minat nak pegi museum bagai, and bila dah besar time pegi berjalan ngan kawan je tringin p museum hahaha entah sekian lama, kami boleh pulak nak pegi museum ni. And yes masa kami p tu kena amik no giliran okay, sebab ramai gila. haha Korang kena buka kasut siap-siap and simpan dalam locker, tunggu sampai no giliran korang datang dalam bilik menunggu. Tempat ni dibuka pada jam 9pagi hingga 6.30petang, time kami p tu around 4pm, and weekend plak tu jadi memang ramai.

Day Out Upside Down Museum - Georgetown, Penang

Harga ticket : https://www.jomjalan.com.my/listing/upside-down-museum/

Lepas no giliran dipanggil korang boleh lah masuk ye haha Masuk je memang dah ada staff tunggu untuk assist kita amik gambar. Rasa memang bagus jugak depa assist, bukan apa sebab bila depa buat macam tu cepat sikit orang lain pulak nak ambil gambar. Kita pun tak perlu nak pening pkir angle nak ambik gambar sebab depa dah assist kita. hehehehe tolong amik gambar siap. 

Day Out Upside Down Museum - Georgetown, Penang

Ada tempat souvenir shop and tempat jual makanan sikit, rasanya waffle kot. Mellya dok khusyuk gembira gambar suma cantik sampai tak tengok dah kiri dan kanan hahaha Bangunan ni kecik tapi dalam dia actually rasa macam banyak juga tempat nak posing. Sampai rasa letih la jugak sikit hahahah letih posing. 


So bagi korang yang tengah jalan-jalan dekat Georgetown and confused nak pegi mana, boleh lah singgah Upside Down Museum dekat Lebuh Kimberly ni. Harga tiket pun berbaloi lah dengan apa yang kita dapat. Mellya memang puas hati sangat singgah situ sebab gambar suma cantik haha Tak nak review lebih-lebih, nanti korang tak nak p try pulak sebab dah tengok review Mellya. Kihkihkih so adios! ❤

Upside Down Museum
45 Kimberley Street
10100 George Town, Penang
Phone: +60 4 264 2660

4 comments:

  1. Menariknya muzium nie..Seronok bergambar..

    ReplyDelete
  2. Ai suka masuk muzium. Tapi aritu gi penang satu muzium pun tak jejak.

    ReplyDelete
  3. Teringin nak pergi sebab tak pernah tau pun dalam tu macam mana.. huhuhu..
    cantik pulak bila bergambar

    ReplyDelete