What's Hot

Friday 30 August 2019

Terbang Dengan Cathay Pacific Airlines Lebih Berbaloi?


Assalammualaikum.
Biasanya sebelum nak pergi bercuti mesti korang kena plan dulu kan sebab taknak over bajet. Mell pun macam tu jugak. That's why boleh buat research dulu sebelum nak gerak or buat booking apa-apa contoh macam kos tempat nak stay dan flight tiket punya harga. Pernah dengar pasal Cathay Pacific  Airlines tak? Cathay Pacific adalah satu airlines company dari Hong Kong dan rate diorang boleh tahan ohsem jugak. Kalau nak tau berapa harga tiket kalau korang nak book cheap Cathay Pacific malaysia flights korang boleh pergi ke apps atau web Traveloka.
In Traveloka u guys boleh buat online booking, let say korang nak buat flights to Bangkok online booking korang kena bukak Traveloka web atau apps, search Cathay Pacific Airlines, then isikan detail, destinasi yang u guys nak pergi contohnya Bangkok, cari tarikh yang u guys plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dan korang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang u guys pilih tu. 
Dah tu, u guys pilihlah yang mana satu u guys nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit lah. Kalau semuanya okay u guys akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka u guys atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa u guys nak check in kat airport nanti. 
Cathay Pacific ni actually boleh dikatakan sebagai satu kebanggaan untuk Hong Kong. Bertapak kat Hong Kong International Airport, dan yang paling best boleh terbang ke lebih kurang 190 destinations seluruh dunia. Banyak tempat yang korang boleh pergi. 
credit: https://www.cathaypacific.com
First class diorang seat boleh tukar kepada katil and siap ada massage sekali okeh. Jangan memain hahaha Untuk Business class pulak seat dia pon boleh tukar jadi bed cuma bilangan dalam satu aircraft banyak sikit dari first class so beza dia adalah privacy. Tapi still sangat selesa and mewah. Beza antara premium economy class dan economy class biasa pulak ialah seat dia beza 6 inci luas. So ikut koranglah nak pilih samada selesa secara maksimum atau bajet yang rendah tapi masih selesa. 
credit: Google Image
Next, apa sebenarnya tempat-tempat yang korang boleh pergi kat Bangkok. Kalau dah jejak kaki ke satu negara tanpa visit bangunan bersejarahnya, percutian tu mesti akan jadi tak perfect kann. Kat Bangkok, Grand Palace adalah lokasi bersejarah yang wajib korang singgahi walau sepadat mana pun time korang kat sini. Istana yang dibina pada tahun 1782 ini pernah digunakan sebagai tempat tinggal keluarga diraja. Berkeluasan sekitar 214,000 kaki persegi, untuk tengok semua area kawasan istana ini mengambil masa lebih daripada satu jam. Bukan senang nak dapat mendekati ruang istana kan? Alang-alang dah dapat masuk tu, explore kaw-kaw weyy. 
The Grand Palace
credit:http://www.bangkok.com/attraction-palace/grand-palace.htm
Mungkin ramai yang takut-takut untuk ke Queen Saovabha Memorial Institute ini, kenapa agak-agaknya?Sebab sinilah ladang peternakan ular. Dengar sahaja apa fungsinya, pasti ramai yang seram sejuk nak pergi, tapi sebenarnya ladang ini ditubuhkan untuk menghasilkan ular yang anti-venom dan untuk tujuan perubatan. Kat sini terdapat makmal khas yang menjalankan kajian bisa ular dan penghasilan vaksin yang membantu medical industry. Bukan itu sahaja, korang juga dapat melihat secara live camne bisa dikeluarkan daripada ular. Kat sini juga terdapat sebuah muzium yang lengkap dengan pelbagai informasi tentang pelbagai jenis ular.
Queen Saovabha Memorial Institute
credit: https://www.saovabha.com/en/
Hati-hati, Siriraj Medical Museum bukanlah untuk korang yang lemah jantung dan kanak-kanak yang masih ceria, boleh hilang senyuman diorang masuk ke muzium yang ngeri tahap ekstrem ini. Sebabnya muzium ini terdapat banyak mayat-mayat yang telah dimumiakan, ada daripada diorang merupakan penjenayah, ada yang memiliki kecacatan, gambar mangsa langgar keretapi dan banyak lagi yang boleh menghilangkan selera makan korang. Namun bagi korang yang meminati anatomi manusia, kat sinilah korang dapat melihat segalanya dengan penuh realistik dalam segala bentuk. 
Siriraj Medical Museum
credit: https://www.museumthailand.com/th/museum/sirirajmuseumcom
Semua yang bermula pasti ada pengakhirannya, inilah kisahnya untuk sebuah pusat membeli-belah yang dahulunya terkenal dalam kalangan penduduk Thailand sebagaimana Siam Paragon pada zaman ini. Kompleks membeli-belah yang tertua di Bangkok ini adalah Nightingale-Olympic, yang peliknya, walaupun sudah dimamah zaman dan tidak dilawati bagi diorang yang ingin membeli-belah secara ‘normal,’ Nightingale-Olympic tetap beroperasi seperti biasa dengan hanya sekitar 5 orang pekerja dan dengan barangan yang masih terperangkap di dalam era yang telah berlalu. Jangan korang terperangkap di dalam mall ini sudahlah k. haha
credit: http://www.bangkok.com/magazine/nightingale-olympic.htm

Done membebel kat korang. Thanks for reading ! ❤

2 comments: