Bio Essence 24k Bio-Gold , Gold Water Review - A box of Crayon

Latest

Thursday, 22 December 2016

Bio Essence 24k Bio-Gold , Gold Water Review



Assalammualaikum.

bioessencegoldwater

Bio Essence boleh dikatakan salah satu hot skincare brand dekat drugstores. Mellya memang dah lama nak cuba Bio Essence, lepas dah cuba set Tanaka White, rasa teringin pula nak cuba 24K Gold Water. Memang berkenan lama dah cuma tak dapat nak beli, cari tak jumpa botol kecil. Botol besar sangat (Mahal lak tu haha). Entah macam mana masa pegi Tesco Extra Seberang Jaya jumpa botol kecil 30 ml berharga RM 21.90 (discount 30% sampai 16 December agaknya, jadi  RM 15 lebih) di Watson. Memang tak lepaskan peluang. 

product review

BIO-ESSENCE 24-K GOLD, GOLD WATER

bioessencegoldwater

Kalau korang nak tahu, mahal tau usually serum atau apa-apa yang mengandungi 24k gold ni. Mellya pun tak pastilah yang kita dok tengok dekat Instagram, jual murah-murah tu diorang dapat gold daripada mana, tapi Bio Essence ni much more trusted. Bukan senang nak dapat jual dekat Watson, banyak procedure. Gold water ni actually mengandungi anti oxidant yang menghalang free radicals and melambatkan proses penuaan. haha baru 23, dah amik langkah pencegahan (actually berkenan dengan bottle cantik dia, tu yang beli). 

Gold water ni mesti ramai tak tau nak pakai time bila kan? Actually lepas cuci muka tu and sapu toner, boleh je pakai gold water ni. Macam pakai serum jugak. Lepas dah apply dia akan cepat meresap, kulit akan rasa tegang. Bila makeup, makeup nampak sekata. Jadi kalau yang ada masalah pori besar macam Mellya, elok la pakai ni.

Antara fungsi Bio Essence 24k Bio-Gold , Gold Water :
Fine Pores, Firm and Supple, Wrinkle Defy, Sebum Restored, Energized, Luminous Radiance

  • Mengecutkan pori: Pori-pori akan jadi lebih kecil, kulit terasa tegang dan licin 
  • Tegang & Lembap: Memperbaiki sel kulit, elasticity dan elak kulit kendur 
  • Mengurangkan kedut halus: Mengekalkan keremajaan kulit 
  • Melembapkan kulit: Kulit lebih matte dan sebum balance 
  • Menggalakkan skin renewal: Kulit sihat dan muda 
  • Glow and radiance: Muka lebih glowing 

What i felt after using Bio Essence 24k Bio-Gold Water

Lepas pakai, rasa kulit smooth sangat. Makeup pun sekata. Kulit rasa licin and lembut tu yang suka sangat ! Glowing? Betul sangat apa yang diorang state dekat kotak . Tegang wey tegang! Sebotol kecil ni 30 ml tahan berbulan jugak lamanya.

  • Affordable
  • Long lasting
  • Firm skin
  • Easily absorbed

Cara pemakaian Bio Essence 24k Bio-Gold Water

Macam gel, tidak berwarna ada gold flakes in it, Sapukan lepas cuci muka. tapi Mellya selalu lepas cuci, pakai toner dulu then only sapu gold water ni. Tak banyak setitik dua dah cukup untuk seluruh muka ni. Jadi memang jimat.

Repurchase?

Yes of course ! Tapi tak habis-habis lagi gold water Mellya. haha pas abis ni baru beli lah. So kalau baru nak try, boleh la try sekarang. Nak beli serum mahal tu memang tak mampu lah. Kalau korang jenis tak suka pakai yang ni, Mellya ada jugak beli Bio Essence Miracle Bio Water yang tu pun best gak heheh sejuk muka.

Note:
Overall great. Muka tegang, apply makeup senang, kulit smooth just like wearing serum. 

So, I give it 🌟🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

10 comments:

  1. Dulu layan jugak Bio Essence ni tapi tak kena ngan kulit muka so tukar nutox. Murah sikit dari BE ;P

    ReplyDelete
  2. Alam pernah pakai product ni ..memang melembutkan kulit wajah..tapi maintenance mahal sikit utk beli every month..hehhe

    ReplyDelete
  3. baguslah tu dah start jaga muka. sebabnya nanti umur 20 tahun penuaan kita dah mula start menurun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 sekarang dah start consume supplement plak haha tapi bila makan supplement kena banyak minum air putih..

      Delete
  4. singgah blogwalking..sy pun pernah pakai product Bio Essence ni..memang elok & best cuma nak kena maintain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nak kena maintain selalu hehe

      Delete
  5. Akk pun dh guna BE 24K ni. Mmg nmpk keberkesanannya..even akk dh almost 50 tapi still looks like 30.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. Salam sis .. masih guna produk bio essence lagi ke ? Sy sampai skrg masih gunakan produk ni lagi .. mmg puas hati pakai tp bertambah puas hati sb dpt beli semua produk keluaran bio essence ni murah dr mana2 tempat sb suami sy bekerja kt manufacturing bio essence ni.. so dptlah harga staf yg sgt berbaloi.. hihi .. sy fhm yg kt luar sana ada yg mengidam nk guna tapi fhm2lah mmg mahal..jadi klu sesiapa nak dptkan harga kilang, pm lah sy .. boleh sy tolong . 017-3919614 - sekadar membantu, sharing is caring ..

    ReplyDelete