What's Hot

Thursday 5 January 2017

Cara Untuk Menabung Yang Sangat Efektif



Assalammualaikum.

Cara Untuk Menabung Yang Sangat Efektif

Cara Untuk Menabung Yang Sangat Efektif | Hi all, baru-baru ni Mellya pecah tabung sebab nak simpan duit dalam ASB. hehe Duit ni hasil tabungan lepas Mellya habis belajar ritu. Lepas kira-kira, nak tahu tak berapa? Tak dela banyak sangat... cuma  RM 170.

1 - Duit balance syiling lepas shopping semua masuk tabung

2 - Balance Duit seringgit kalau banyak sangat dalam purse pun masuk tabung. Mellya tak letak dalam tabung kalau duit RM 20, RM 10... RM 50... sebab lepas tu mesti Mellya akan korek tabung (sebab dalam otak dah set duit ada lagi dalam tabung hahaha)

3 - Kutip duit syiling atas lantai rumah, dekat laundry.... haha Eh duit dalam rumah tu duit family kita juga. Walaupun sposen , sposen tu duit tau. 

4 - Nak menabung pastikan duit syiling. Sebab duit syiling korang takkan ambik punya. Renyah gila nak bayar pakai duit syiling. Duit kertas ni selalunya lambat bertahan, satgi mai waktu pokai... korek tabung balik hehehe

5 - Priority duit syiling 50 sen or RM 5 duit kertas.

6 - Online banking. Ada duit terus send sikit ke ASB secara online contoh Maybank2u.

Tips 1 hingga 5 Mellya selalu buat untuk tabung rumah.hehe Memang makan masa lama tapi at least ada juga hasil tabungan. Tu baru tabung Mellya je tau. Family Mellya mostly everyone ada tabung syiling sendiri. Last, semua kira duit masing-masing, tukar duit kertas, lawan sapa paling banyak hihihi

UPDATE 29 APRIL 2017.

Hai readers. Banyak rupanya yang nak tahu cara menabung. Suggestion Mellya yang diatas tu, ada yang cakap lambat dapat hasil nya kalau setakat menabung syiling. Ya betul, memang lambat. Tapi itu suggestion bagi yang susah nak menabung wang besar. So kalini Mellya nak share teknik simpan duit untuk sesuatu yang lebih besar. hehe Contoh gajet terkini. Apa kata kalini korang menabung si hijau dan si oren pulak?

Si hijau dan si oren ialah duit RM 5 dan RM 20. RM 20 macam sedikit sukar untuk buat tapi bayangkan sebulan 30 hari boleh dapat RM 600. RM 5 sehari dalam sebulan pula boleh dapat RM 150. Banyak bukan?

Macam mana nak pastikan kita menabung?

First step yang paling penting dalam mencapai sesuatu, kita kena tetapkan matlamat. Contoh "Aku nak kumpul RM 1000". Tempek matlamat ini di tempat yang selalu korang dapat lihat. Bila kita lihat matlamat ni, secara automatic kita akan berusaha untuk mencapai nya, ni macam consider as reminder atau booster lah so that bila tengok time nak shopping online terus tak jadi shopping sebab nak simpan duit. hahaha kononnya lah 😅😅

Buat jadual berapa yang ingin disimpan contoh RM 20 dan berapa hari yang perlu korang menabung untuk capai matlamat. Dalam 50 hari sehari RM 20, boleh dapat RM 1000. Buat ruangan untuk tick setiap kali korang menabung. Secara tidak sedar RM 1000 dah ada dalam tangan. hehe tapi pastikan korang ikut la jadual tu, jangan p korek amik balik pulak.

Menabung ikut kemampuan. Kalau rasa RM 20 terlalu besar boleh menabung RM 5. Cuba set satu hari berapa korang nak spend and selitkan RM 5 daripada wang belanja tu untuk tabungan korang. Kalau satu hari tu tak cukup, tak pe esok tu jangan lupa menabung. Kalau ada extra, topup duit tabungan untuk cover hari yang tak menabung.

Andai matlamat korang tu sejumlah wang yang besar, setiap bulan masukkan ke dalam ASB. Sekurang;kurangnya duit korang tu berkembang and susah dikorek semula hahaha

Sejujurnya memang bukan senang nak menabung, nak kena control nafsu shopping, perbelanjaan harian yang kita tak pasti, tapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Cepat atau lambat akan tercapai juga matlamat tu kalau kita patuh.

Peringatan untuk diri sendiri. Kalau tak ada duit tabung, susah kalau ada emergency case. Sediakan payung sebelum hujan.


10 comments:

  1. yang ni akak biasa buat... Tapi setahun tak penuh2 agik.. hahaha

    ReplyDelete
  2. bagusnya :) dekat fb kan saya suka baca ilmu tabung2 ni dari Fb azizul azli. cubalah follow dan tambah ilmu dari post Dr ni. Boleh upgrade dari syiling ke duit kertas. :D

    ReplyDelete
  3. Biasa buat yg macamni jgak. Plg advance pun jumpa duit rm5 simpan dlm tabung. Tp, kadang2 ngelat jgk. Huhu

    ReplyDelete
  4. sejak dpt tabung telor sspn tu, anak2 aida bertiga memang la asyik menabung.
    jumpa je duit syiling, masing2 sibok penuhkan tabung masing2 :)
    memang berkesan lah!
    org kta, skit skit lama2 byk ler kan.

    ReplyDelete
  5. good tips jemput ke blog saya juga
    https://thisisme-38.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. bestnya tips ni.. saya suka... currently semua tips2 kat atas ni pasala duit syiling saya buat... duit kertas tu susah sikit sebab selalu nak guna

    ReplyDelete