What's Hot

Thursday 2 February 2017

Maksud dan Cara Elak Writer's Block



Assalammualaikum.

Cara Elak Writer's Block

Dah agak lama juga Mellya kembali ke dunia blogging, tapi bila disemak semula entri-entri lama, semua mengarut belaka. haha Setelah difikir-fikirkan lepas ni terpaksa kurangkan join giveaway dan padatkan blog dengan info yang berguna. Banyak juga entri-entri lama yang mengarut belaka Mellya dah padam. Biarlah post entri sedikit, asalkan entri yang dikongsikan mendapat sambutan.

Apa maksud Writer's Block?

Writer's Block ialah situasi dimana korang dikira seperti 'mati akal' nak karang apa dalam blog korang. haha Kadang tu termenung sampai berjam-jam ye. 

#1 Cara Elak Writer's Block: Personal Event/ Occasion. 
Apa yang berlaku sehari-harian kalau rasa berbaloi untuk dikongsikan.

#2 Cara Elak Writer's Block: Banyak kan membaca, majalah, newspaper, blog-blog luar.
Bila dah baca banyak blog-blog rasa macam idea nak berblog mula nak bercambah. Bukan plagiarize, tetapi jadikan sumber untuk cari topic.

#3 Cara Elak Writer's Block: Catat idea-idea atau draftkan entri.
Macam Mellya selalunya akan draftkan dalam phone/blog sebab takut lupa. Tapi bila draftkan dalam blog jadi serabut pula kan. So, Mellya buat folder baru dalam lappy masukkan bahan-bahan post Mellya. Jadi, bila nak pakai just take out aja dari situ. And sekarang Mellya ada cara baru, Mellya cari notebook and catatkan apa topic yang terlintas dalam fikiran. Jadi notebook ni memang sentiasa kena ada dalam beg. 

#4 Cara Elak Writer's Block: Focus 3 - 6 categories sahaja.
Pernah tak termenung tengok blank entri post berjam-jam? Bila terlalu banyak sangat kategori yang kita nak focus, membuatkan writer's block berlaku. Label post pun makesure mengikut kategori. Lagi mudah kalau korang specific kan topic harian blog. Contoh: Isnin untuk motivational, Selasa tutorial, Rabu wordless day, Khamis resepi dan hari-hari seterusnya.

#5 Cara Elak Writer's Block: Manfaatkan sumber yang ada, Pinterest, Bloglovin
Dalam ni bukan saja ada gambar-gambar menarik tapi juga entri-entri menarik, yang sesuai untuk dijadikan sumber ilham. Cuba belek-belek sikit. 

#6 Cara Elak Writer's Block: Frequently Asked Questions
Letak diri kita and fikir apa yang mungkin akan korang tanya bila jadi pembaca. Lebih kurang macam empathy lah. Contoh korang tak tahu macam mana nak pos laju barang, create entry tentang cara pos laju. Memang macam ridiculous, tapi korang perlu ingat, ada yang tak tahu gunakan perkhidmatan pos laju nih. hehe

#7 Cara Elak Writer's Block: Check keywords and Blog Comments
Rajinkan diri check stats blog. Baiki post sedia ada agar menjadi lebih bermanfaat atau sediakan entri mengikut carian pembaca. Comment pembaca juga jangan abaikan, actually apa yang dikomen tu boleh dijadikan tajuk entri baru. Kadang-kadang kita boleh menjawab persoalan yang diutarakan oleh pembaca kita melalui penghasilan entry baru. 

#8 Cara Elak Writer's Block: Tutorial yang berguna
Mellya selalu cuba mencari tutorial-tutorial yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan.Kadang-kadang kalau Mellya cari tutorial untuk blog, mana yang rasa penting and sukar dicari, Mellya simpan dan kadang-kadang buat tutorial menggunakan versi Mellya. 

Ini antara cara Mellya elakkan diri daripada Writer's Block. Hope it helps !

11 comments:

  1. Keep it up on your writing Mellya.. =)

    ReplyDelete
  2. Kalau kita delete entri dulu2 ada effect ke dekat blog kita? Kak ana pun macam nak padam few entries jugak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sis ada letak link entri yang dipadam tu dekat entri laen maybe ada effect. Sebab dia akan jadi broken link hehe

      Delete
  3. Good sharing Mellya... kipidap...

    ReplyDelete
  4. tq mellya. sedikit sbnyak dpt bantu busyra jgk. kita sama2 selalu update blog ye :)

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa, mai selalu rasa tekanan writer's block sebab tak ada bahan (fakta tak cukup, gambar tak sesuai) walaupun dh ada topik,stress betul.hahaha, nampaknya kena bt blog planner ni.

    ReplyDelete
  6. Kdng2 bila blog bnyk entri giveaway, segmen, mmng x brpa best. Tp klau dapat menulis sesuatu bahan yg menarik srntiasa, seronok kn. ☺

    ReplyDelete
  7. boleh apply untuk diri sendiri ni :)

    ReplyDelete