What's Hot

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, 21 May 2020

5/21/2020 11:39:00 am

Tutorial Center Widget Blog Stats


Assalammualaikum.
Tutorial mudah-mudah je. Benda remeh macam ni macam menyampah plak asyik nak kena google haha so simpan tepi. Bila nak tengok refer je post kat blog kan. Cara nak center kan dia boleh tengok cara kat bawah ni :

1. Dashboard > Template > Edit HTML > Ctrl+F > Search code dibawah:

Stats1

2. Dah jumpa, search code ni kat bawah code tadi. 

<b:includable id='main'> 

Pastu tambah code <center> bawah code tadi.

3. Then cari plak code ni:

</b:includable>

Tambahkan code </center> di atas code tadi.



Preview, kalau okay. Onzz!

Friday, 15 May 2020

5/15/2020 10:30:00 am

Tutorial Scroll Bar untuk Blog, Berwarna dan Simple !


Assalammualaikum.
Gambar ni saja je letak sebab image pun nak share hahaha 
Credit: Photo by Picography from Pexels
Mell actually simpan tutorial ni for my own personal use. Bila mengedit blog asyik kena cari balik jeee code nya. haha So, for those who might think this is helpful enough, boleh tengok je tutorial ni. 

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html

2. Cari code di bawah , Ctrl F dan paste dalam kotak find..enter!

]]></b:skin>

3. Copy code di bawah dan paste sebelum/di atas code tu.

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 12px;
background: #FF1493;
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #BA55D3;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}

4. If tak nak berlekuk, just delete code yang dibawah ni dari code webkit tadi:

-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;

5. Nak tukar warna: 
Tukar di bahagian yang Mell dah warna dan bold kan ye. Color code boleh check di SINI.


Dah settle! Ni contoh yang tak berlekuk ye 👆

Sunday, 12 May 2019

5/12/2019 09:23:00 pm

Tutorial Cara Tambah Author Atau Admin ke Blogger

Assalammualaikum.
Tutorial ringkas tentang cara tambah author atau admin baru ke blog. Pertama sekali, buka dashboard blogger korang. Masuk bahagian SETTING. Lihat bahagian BASIC. Scroll ke bawah, korang akan nampak bahagian BLOG AUTHORS. Click button tersebut.
Dekat situ korang boleh tambah email Authors/Admin blog yang baru. Contoh macam kat bawah ni. 
Masukkan link email dan click INVITE AUTHORS.
Okay Author yang baru akan terima Email jemputan untuk menyertai blog korang tu. Pastikan Author tersebut click button ACCEPT INVITATION. Lepas dah accept, korang buka balik bahagian SETTING, kemudian bahagian BASIC, scroll ke bawah dan di bahagian Blog Authors akan muncul email Author baru yang korang add tadi. And di situ jugak korang boleh jadikan diorang Author atau Admin depends on tugasan diorang. Kalau untuk tujuan edit blog, korang kena tukar jadi ADMIN tau! Sekian tutorial ringkas hehe ❤

Wednesday, 24 May 2017

5/24/2017 10:00:00 am

Mellya Crayola dan Google Adsense!



Assalammualaikum.

Try baca tajuk entry ni lagi sekali hehehe Macam tak percaya ja kan? Tulaaa Mellya lagi la tak percaya haa haha tak sangka usaha bulan ni akhirnya berjaya jugak cuit hati Adsense. Macam korang ada baca kan before ni Mellya ada upload post pasal blog maintenance bulan May, nak focus habis-habisan untuk update semula entry-entry lepas yang kebudak-budakan (sekarang pun masih budak-budak ehem..). Bagaikan mimpi, dapat email Adsense yang menyatakan blog ini dah berjaya !

Blog Mellya Berjaya Cuit Google Adsense !

Tips Adsense

Mesti tertanya-tanyakan macam mana nak dapat approval Google Adsense kan ? Nak kata senang tak jugak. Memang susah pun especially kalau kita ada banyak entry tapi lebih kepada gambar, penulisan sedikit. Sebab tu Mellya sekarang ada post yang di"published" tak sampai seratus lagi. Sebab Mellya dah draftkan kesemua entry-entry pendek dan merapu. haha Ni salah satu strategi nak apply Adsense tau. Kalau yang baru nak start blogging better start focus on criteria-criteria ni, mana tau nanti korang teringin nak apply Adsense, cepat sikit approve. 

Tips kedua, lebihkan penulisan, berbanding gambar. Ya Mellya banyak juga letak gambar sebelum ni. Jadi Mellya terpaksa edit lebih kurang 200 posts terdahulu (ada juga yang Mellya buang je) untuk menambahbaik penulisan. Kalau boleh setiap post atau entry mestilah sekurang-kurang 300 atau 400 patah perkataan. Lebih pun tak pa tapi jangan lah sampai beribu perkataan. Jumlah atau bilangan perkataan tu dah cukup untuk korang apply Google Adsense. 

Waktu nak apply ni jugak, Mellya tak join mana-mana giveaway. Prasan tak? haha sebenarnya tahan je hati ni tak nak join sebab nak dapatkan Adsense. Ni dah dapat macam nak join je...

Andai kata korang mengiklankan iklan lain, mention tajuk dia Advertise here, Advertisement atau apa-apa saja yang menunjukkan itu ialah iklan. Jangan lupa jugak untuk pasang iklan Adsense walaupun belum diluluskan. Barulah Adsense tengok betapa bersemangat nya kita nak apply Google Adsense. Mellya pun pasang iklan Adsense lebih kurang 2 minggu, sekarang baru diluluskan sebab actually dah banyak kali Mellya apply tapi tak lulus. First time apply kejap je boleh dapat result lulus atau tak, second, third, fourth attempt.. makin banyak kali apply, makin lama la nak dapat result. 

Selain daripada apa yang Mellya senaraikan dekat atas ni, macam biasalah ramai blogger ada mention betapa pentingnya bahagian author, about me, sitemap dan lain-lain. Pentingkan juga bahagian ni sebab salah satu punca Adsense tak lulus ialah kurang maklumat mengenai penulis

Rasa nya setakat ni dulu entry kali ni. hehe Huish tak boleh happy sangat, buatnya dia tarik balik nangis berlagu pilu pulak kita. Anyway, thanks Adsense sebab akhirnya awak terima saya jadi salah seorang suri blogger. hihi Moga Allah murahkan lagi rezeki Mellya lepas ni. Ni yang semangat nak blogging ni. Btw ini ialah auto post, Mellya sekarang dekat Dengkil uruskan pendaftaran adik bongsu ke Asasi TESL UiTM Dengkil. Adik kesayangan la katakan, mana boleh tak pegi ❤

Wednesday, 3 May 2017

5/03/2017 10:00:00 am

Tutorial Memasang Sitemap Blog dengan Mudah



Assalammualaikum.

Tutorial : Memasang Sitemap dengan Mudah

Anyeong Hi semua, tenggelam timbul Mellya ni kan. Macam Chipsmore kejap ada kejap tak ada. Actually ada, cuma tengah uruskan sesuatu. Perasan tak blog Mellya berbaju baru? Lepas edit blog Aku Seorang Perantau haritu terus rasa macam rindu Simple Template. So kali ini Mellya berbaju Responsive tapi Simple Template. haha tak faham? Buat-buat faham je. 

Macam yang diperkatakan sebelum ni, Mellya memang tengah bersemangat nak rombak balik blog Mellya ni. Tengok tu header pun tak siap lagi. haha Kalau korang singgah blog Mellya ni tengah berserabut, jangan sampai pening-pening pula ya. Sebelum ni Mellya ada share tips menjadikan blog lebih SEO friendly. Dan Alhamdulillah ramai yang cakap dah berjaya capai 100% SEO lepas check di web chk.me. Ada yang belum baca and try ye? Boleh buka and cuba tips-tips tu dekat sini.

Tutorial Memasang Sitemap dengan Mudah ni actually Mellya refer dekat sebuah blog Indonesia >> http://www.hog-pictures.com/2016/03/mengatasi-sitemap-custom-domain-error.html . So kalau korang rasa nak cuba buat sitemap boleh la try coding yang disediakan blogger ni. 

Kenapa kena ada Sitemap?

Sitemap memudahkan carian article. Ada dua jenis sitemap iaitu dalam bentuk html untuk manusia, xml untuk search engine. Tutorial atas ni hanyalah untuk dalam bentuk html. Kalau xml, korang boleh je google memang banyak applications untuk generate xml sitemap. Contoh web ni : www.xml-sitemaps.com Kalau korang tengah aim Adsense, sitemap penting tau untuk  lulus haha Cepat buat.

Sitemap memudahkan pembaca untuk lihat apa yang ada di blog korang. Tak perlulah nak check blog archive atau buka tag entry korang satu persatu.

Tutorial : Memasang Sitemap dengan Mudah


Tutorial : Memasang Sitemap dengan Mudah

Contoh sitemap Mellya. Tak cantik kan? haha tapi still teratur and senang nak dicari. Dah disediakan dalam label-label, jadi korang just search je label tag entry. Article yang terbaru akan ada perkataan New! disebelahnya. Cara ini lebih mudah untuk kita cari article berbanding search di bahagian blog archive.

So kalau korang nak pasang sitemap macam Mellya, boleh lah ke blog http://www.hog-pictures.com/2016/03/mengatasi-sitemap-custom-domain-error.html. InsyaAllah berhasil. ❤

Wednesday, 12 April 2017

4/12/2017 11:17:00 am

Tutorial Simple and Neat Blockquote



Assalammualaikum.
Photo by Jess Bailey on Unsplash
Banyak entry tertunggak. Tapi harini Mellya luangkan masa untuk buat tutorial blockquote yang ringkas atas permintaan seseorang. haha Disebabkan tak pasti adakah tutorial ni bakal membantu untuk dapatkan blockquote yang diinginkan, jadi Mellya tak nak lah mention nama dia disini. hehehe The person yang request, you know who you are. This time Mellya share tutorial blockquote yang lebih neat and nampak professional sikit. kahkahkah..

First skali cari coding ni
.post blockquote {

Tapi kalau tak de, korang boleh tambah coding  ni dekat bawah
/* Content @ sebelum/atas </head>

1.
.post blockquote {
@import url(http://fonts.googleapis.com/css?family=Muli);
background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHtW9kIqq3xP_Fcp-d9jDdwh58ZJdrcxVU57UdkjE5anhoHc03357LFbkzpMDDdtTVIEmdq6F-zaa3x-cckH6bmUKX6PzlFyUMxMK6aKf_2_BoUvT5NVYX3Tk95Me36l0dyoii8FGY8sx_/h120/blockquote.png) no-repeat;
border: dashed 2px #ccc;
color: #333;
font-family: muli;
margin: 30px;
padding: 20px 30px 30px 40px;
}  

2.
.post blockquote{
 color:#ffffff;
 background:#95dfed;
text-align: left;
padding: 5px;
border-left: 15px double #ffffff;}

Untuk tambah effect hover,


.post blockquote:hover {
background:url(https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/c7/85/df/c785dfe7bc7895955b64239231628701.jpg);
color:#fff;
color:#666;
padding: 5px;
}

Tukarkan yang berBOLD tu kepada warna/url background yang korang nak.

4.

.post blockquote {
    text-align:left;
    font: 16px/24px Arial, sans-serif;
    color: #555;
    padding: 0.5em 10px;
    margin: 1.5em 10px;
    }
    .post blockquote:before {
    content: open-quote;
    font-size: 24pt;
    text-align: center;
    line-height: 42px;
    color: #fff;
    background: #ddd;
    float: left;
    position: relative;
    border-radius: 25px;
    margin-right: 0.5em;
    vertical-align: -0.4em;
    display: block;
     height: 25px;
     width: 25px;
    }
    .post blockquote:after {
    content: close-quote;
    font-size: 24pt;
    text-align: center;
    line-height: 42px;
    color: #fff;
    background: #ddd;
    float: right;
    position: relative;
    border-radius: 25px;
    margin-right: 1em;
    vertical-align: -0.5em;
    display: block;
    height: 25px;
    width: 25px;
    }
    .post blockquote:hover:after, blockquote:hover:before {
    background-color: #555;
    transition: all 350ms;
    -o-transition: all 350ms;
    -moz-transition: all 350ms;
    -webkit-transition: all 350ms;
    }

Simple je kan?

Blockquote ni ialah tempat or field dalam blog post. Nak contoh ni ha dekat atas ni ada code blockquote kan? Yang kotak pink keliling code tu lah dinamakan blockquote. Cara guna waktu edit blog korang boleh select ayat yang nak diletakkan dalam box blockquote tu dan click (Quote) macam dalam gambar ni.

Tutorial : Simple and Neat Blockquote


Monday, 13 March 2017

3/13/2017 08:35:00 pm

Tutorial Buat atau Design Kad Sendiri Secara Percuma di Canva.com



Assalammualaikum.

Canva, Buat Business Card Comel Secara Percuma !

Hi readers, Mellya memang tak ada business card. And when someone offer me a printing voucher, Mellya pun terus terfikir. Why not Mellya buat business card ? Hehe sebab tak tau nak guna voucher tu untuk apa. So setelah pening kepala nak design business card, I found this web, Canva.com

Business card penting tau especially bagi yang memang nak jana income dalam blogging. Kalau attend event mesti nak merasa exchange card kan? So..This web damn* so awesome! Banyak business card comel tapi some kena bayar lah. Just sign up macam web yang lain. Pastu free to find your suitable business card. Nanti lepas dah edit, just download dalam bentuk pdf, and cari tempat printing yang sesuai. hihi 

Senang je nak buat. Tambah pula font, icon ada yang free, cuma spend time surf web tu. Selain business card, ada juga template flyers, banners, cards, certificates, logo, magazine cover, letterhead, postcards and banyak lagilah. Yang penting cute sampai rambang mata. 

So to those yang nak buat card boleh la try check out this web ,  Canva.com. Tak payah dah nak tempah orang design business card. I'm so lucky to found this lol, kalau tak melayang jugala duit untuk design business card.

First, log in. And pilih business card.


Then akan keluar macam bawah ni, korang boleh pilih template free disebelah kiri, ada juga template yang berbayar. Nak add gambar, tukar font pun boleh. Just go through the web, cara sangat mudah.


Lepas dah selesai, korang boleh download ke dalam bentuk pdf/jpeg/png pun boleh. Then hantar la ke mana-mana pusat printing atau online printing untuk print business card korang.


Selamat mencuba yee ❤

Friday, 10 February 2017

2/10/2017 10:30:00 am

Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO Friendly (Part 2)


Assalammualaikum.


Tak sangka ada juga yang sudi cuba tips simple SEO Mellya share semalam. Yang berjaya naikkan tahniah walaupun sikit. Mellya ada dapat email from Messarah. Jadi Mellya nak kongsi sikit lagi tips harap menaikkan SEO korang lagi la ye.

#1 Tips Edit Blog Seo Friendly: Remove Broken/Dead Links
Tutorial ni boleh refer tutorial Mellya yang lepas. Boleh check di sini. Cuma nak nasihatkan dekat bloglist tu tak perlu pasang untuk semua blog yang korang follow. Dalam tu maybe ada link-link blog yang dah tak wujud. Ni boleh ganggu SEO juga.

#2 Tips Edit Blog Seo Friendly: Headings
Mellya sebenarnya tak pandai tentang ni sebab tu Mellya ragu-ragu nak share. hehe Tapi tak pela, Selalu ada masalah h1 tak ada kan? Haritu Safirul Ammar ada inform cara pasang h1 ni. Pergi ke layout , add a gadget , HTML/Javascript , Copy paste coding <h1>Nama Blog Anda</h1>. InsyaAllah pas tu check dekat SEO tools tu dah tak ada rasanya masalah h1 ni.

#3 Tips Edit Blog Seo Friendly: Alt dan title image
Yang ni bila korang upload gambar, ada macam bawah ni kan? Buka properties, isi apa yang patut.

Tips Edit Blog Seo FriendlyTips Edit Blog Seo Friendly


#4 Tips Edit Blog Seo Friendly: Blog Archive
Yang ini Mellya refer Hasrul Hassan, tapi menurutnya blog archive hanya affect several kind of blog. So bacalah entry beliau dulu ya; http://www.hasrulhassan.com/2015/04/arkib-blog-jejas-seo-blogspot.html .

Macam mana? Ada improvement tak dekat SEO blog korang? Kalau dah practice tips tutorial Mellya yang pertama dan yang ini dengan betul, InsyaAllah dah berjaya. Rasa macam seronok je tengok blogging tips dekat blog ni? Komen la sikit. hehe

Yang ter'missed post sebelum ni, boleh baca Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO Friendly (Part 1)
Lagi tips-tips blogging daripada Mellya si newbie, boleh baca di sini.


Thursday, 9 February 2017

2/09/2017 11:22:00 am

Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO Friendly (Part 1)



Assalammualaikum.

Tips Edit Blog Seo Friendly

Mellya bukanlah pandai bab SEO ni. Tak pandai langsung. Tapi tahulah manfaat blog SEO friendly ni. Jadi kadang-kadang sempat juga ronda-ronda dengan Mr Google tips-tips SEO yang best dan simple. Selain selalu menjadi silent reader blog Hasrul Hassan, blogger luar lain juga menjadi sasaran. Ada satu tutorial/tips mudah yang Mellya jumpa dalam Mr Google yang bagi Mellya sangat simple. Tapi Mellya ambil yang mudah je ye, nak baca full entry boleh search link di bawah.

Kenapa SEO penting?

SEO sangat penting sebab ia membantu untuk menarik traffic ke blog kita. Maksud traffic ni, visitors lah. Bila blog kita mobile friendly, search keywords pun mudah selalu appear dalam web, barulah ramai yang akan menyinggah di blog kita. Korang buat blog mesti untuk orang baca kan? Haa itu lah sebab nya SEO penting.

#1 Tips Edit Blog-Seo Friendly: Title Tag
Nama Article didahulukan dengan nama blog. Contoh tajuk entry "Tips Edit Blog Seo Friendly". Resultnya akan jadi "A Box of Crayon : Tips Edit Blog Seo Friendly". Caranya dengan search code <title>, kalau code itu seperti dibawah , abaikan. Kalau belum copy code dibawah dan paste dibawah <head>.

<title><b:if cond='data:blog.homepageUrl == data:blog.url'><data:blog.title/><b:else/><data:blog.pageName/></b:if></title>

#2 Tips Edit Blog Seo-Friendly: Meta Tag
Short description tentang blog and keywords so that senang nak dicari. 
Copy code dibawah and paste bawah <head>

<meta content='Masukan deskripsi blog anda di sini' name='description'/> <meta content='Masukan Kata kunci Anda di sini' name='keywords'/> <meta content='Masukan Nama Anda di sini' name='author'/>

#3 Tips Edit Blog Seo-Friendly: Gunakan rel='canonical'
Untuk elak duplication. Cari code <head> paste code dibawah.

<link expr:href='data:blog.url' rel='canonical'/>

Tips Edit Blog Seo Friendly

Lepas Mellya apply semua ni, Mellya check disini http://chkme.com/page-seo-tools. Untuk full entry boleh lah refer http://belajarblogleski.blogspot.my/2013/08/9-Tips-Edit-Template-blog-agar-SEO-Friendly.html. Memandangkan ada yang masih belum berjaya, Mellya juga dah sediakan tutorial kedua : Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO friendly (Part 2).

Thursday, 2 February 2017

2/02/2017 10:30:00 am

Maksud dan Cara Elak Writer's Block



Assalammualaikum.

Cara Elak Writer's Block

Dah agak lama juga Mellya kembali ke dunia blogging, tapi bila disemak semula entri-entri lama, semua mengarut belaka. haha Setelah difikir-fikirkan lepas ni terpaksa kurangkan join giveaway dan padatkan blog dengan info yang berguna. Banyak juga entri-entri lama yang mengarut belaka Mellya dah padam. Biarlah post entri sedikit, asalkan entri yang dikongsikan mendapat sambutan.

Apa maksud Writer's Block?

Writer's Block ialah situasi dimana korang dikira seperti 'mati akal' nak karang apa dalam blog korang. haha Kadang tu termenung sampai berjam-jam ye. 

#1 Cara Elak Writer's Block: Personal Event/ Occasion. 
Apa yang berlaku sehari-harian kalau rasa berbaloi untuk dikongsikan.

#2 Cara Elak Writer's Block: Banyak kan membaca, majalah, newspaper, blog-blog luar.
Bila dah baca banyak blog-blog rasa macam idea nak berblog mula nak bercambah. Bukan plagiarize, tetapi jadikan sumber untuk cari topic.

#3 Cara Elak Writer's Block: Catat idea-idea atau draftkan entri.
Macam Mellya selalunya akan draftkan dalam phone/blog sebab takut lupa. Tapi bila draftkan dalam blog jadi serabut pula kan. So, Mellya buat folder baru dalam lappy masukkan bahan-bahan post Mellya. Jadi, bila nak pakai just take out aja dari situ. And sekarang Mellya ada cara baru, Mellya cari notebook and catatkan apa topic yang terlintas dalam fikiran. Jadi notebook ni memang sentiasa kena ada dalam beg. 

#4 Cara Elak Writer's Block: Focus 3 - 6 categories sahaja.
Pernah tak termenung tengok blank entri post berjam-jam? Bila terlalu banyak sangat kategori yang kita nak focus, membuatkan writer's block berlaku. Label post pun makesure mengikut kategori. Lagi mudah kalau korang specific kan topic harian blog. Contoh: Isnin untuk motivational, Selasa tutorial, Rabu wordless day, Khamis resepi dan hari-hari seterusnya.

#5 Cara Elak Writer's Block: Manfaatkan sumber yang ada, Pinterest, Bloglovin
Dalam ni bukan saja ada gambar-gambar menarik tapi juga entri-entri menarik, yang sesuai untuk dijadikan sumber ilham. Cuba belek-belek sikit. 

#6 Cara Elak Writer's Block: Frequently Asked Questions
Letak diri kita and fikir apa yang mungkin akan korang tanya bila jadi pembaca. Lebih kurang macam empathy lah. Contoh korang tak tahu macam mana nak pos laju barang, create entry tentang cara pos laju. Memang macam ridiculous, tapi korang perlu ingat, ada yang tak tahu gunakan perkhidmatan pos laju nih. hehe

#7 Cara Elak Writer's Block: Check keywords and Blog Comments
Rajinkan diri check stats blog. Baiki post sedia ada agar menjadi lebih bermanfaat atau sediakan entri mengikut carian pembaca. Comment pembaca juga jangan abaikan, actually apa yang dikomen tu boleh dijadikan tajuk entri baru. Kadang-kadang kita boleh menjawab persoalan yang diutarakan oleh pembaca kita melalui penghasilan entry baru. 

#8 Cara Elak Writer's Block: Tutorial yang berguna
Mellya selalu cuba mencari tutorial-tutorial yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan.Kadang-kadang kalau Mellya cari tutorial untuk blog, mana yang rasa penting and sukar dicari, Mellya simpan dan kadang-kadang buat tutorial menggunakan versi Mellya. 

Ini antara cara Mellya elakkan diri daripada Writer's Block. Hope it helps !

Friday, 27 January 2017

1/27/2017 02:30:00 pm

Tutorial Remove Broken or Dead Link dalam Blog



Assalammualaikum.
Photo by NeONBRAND on Unsplash

Ramai sekarang menyedari kepentingan SEO dalam blog. Salah satu cara untuk optimize SEO Blog ialah dengan membuang broken atau dead link daripada blog. Maksud broken link atau dead link ini ialah link yang sudah tidak digunakan atau tak wujud lagi. So, macam mana nak detect broken dan dead link ni?

First, korang buka WEB ni. Terus masukkan link ke ruangan disediakan. Click find broken links.

Tutorial : Remove Broken or Dead Link dalam Blog

Akan keluar page dibawah, masukkan security code, sekali lagi click find broken links.

Tutorial : Remove Broken or Dead Link dalam Blog


Ini hasilnya;

Tutorial : Remove Broken or Dead Link dalam Blog

Bahagian broken link tu, ialah link yang bermasalah. Page where found, Url ialah url kawasan link bermasalah, src ialah kedudukan link bermasalah berkenaan dalam bentuk html. Senangkan nak detect?

Memandangkan ada yang tanya macam mana nak remove broken link tuh, disini Mellya nak share sikit macam mana nak remove link-link ni. 

Selepas check dead link dalam blog seperti dalam tutorial Mellya, senarai link yang dah tak dapat dipakai lagi akan tersenarai. Atas ialah contoh blog Mellya. Mellya click dibahagian url and masalah ni rupanya terletak di post entry Segmen terbaru Mellya. Jadi Mellya abaikan link tersebut sebab takpelah nanti tamat segmen tu, Mellya akan delete jugak haha

Bahagian Page where Found tu ialah lokasi dead link tu berada. Untuk korang tahu lokasi nya atau tajuk post entry bermasalah itu, click url. So korang buka post entry yang mempunyai masalah ini di blog, dan cari link tersebut. Selalunya link entry giveaway yang sudah di delete oleh penganjur antara dead links yang bertapak dalam blog korang. That's why, kalau sesebuah giveaway or segmen tamat, remove je entry tersebut so that tak akan wujud dead/broken links dalam blog kita bila penganjur delete post dia.

Blog yang link nya sudah tidak aktif juga considered as broken/dead links. Jadi korang kena check bahagian bloglist if ada blog-blog yang mungkin sudah tidak wujud atau bertukar domain dan sebagainya. Just remove the link daripada senarai bloglist. 

Memang agak memenatkan kalau terlalu banyak broken link/ dead link. 
Jadi baik check dari sekarang. ❤

Friday, 13 January 2017

1/13/2017 09:43:00 am

Tutorial Pasang Google Font Dalam Blog



Assalammualaikum.

google font

Kadang-kadang stress pasang Google Font tak menjadi. 
So ni cara untuk pasang Google Font sebetulnya.

First buka Google Font and Cari font yang hendak digunakan. Contoh : Amatic SC

google font

Click button + di sebelah untuk select font. Akan keluar macam ni. 

google font

Copy code di bahagian atas, standard. Macam dalam gambar, 
paste di mana-mana yang korang boleh edit link tu.

Tukar link tersebut ke bentuk baru: 

Link yang dicopy;

kepada link yang baru :
<link href='https://fonts.googleapis.com/css?family=Amatic+SC' rel='stylesheet' type='text/css'/>
Then copy link yang baru dan paste dibawah <head>
Buka edit template , CTRL + F, Search <head>

google font

Copy code ni dibahagian specify in css (kalau korang refer gambar masa nak copy link standard tu bawah dia korang akan nampak), then paste dekat bahagian mana korang nak gunakan font ni, for example sidebar title;

google font

contoh gambar ni menggunakan tulisan lain ya. 
Tapi cara sama je, kalau korang nak edit font bahagian sidebar ; h2.
Lain-lain bahagian pun sama. Kalau nak set size; tengok juga kat image atas ni.

Preview, Kalau menjadi save terus.

Harap fahamlah ye hehehe kalau tak menjadi inform ya. ❤

Wednesday, 11 January 2017

1/11/2017 09:57:00 pm

Tutorial Menggunakan Bloglovin' dan Kelebihannya



Assalammualaikum.

Mellya Now On Bloglovin'

Entry ringkas malam ni. Follow my blog with Bloglovin heheh dah buat last week tapi baru nak update detail dalam Bloglovin. And baru nak claim blog. Jomla ramai-ramai join. Nak tahu function bloglovin meh Mellya nak cerita pasal Bloglovin' ni. 

What is Bloglovin’?

" Bloglovin’ is a blog reader that allows you to keep up with your favorite blogs and discover new content. You can follow all of your daily reads and read them in one convenient location. Plus, you’ll always be aware of new content. No more missing posts! Bloglovin’ is a great community for bloggers. You can explore different categories to view top posts within each one, extending your blog reading even further beyond your favorites. " - Alyssa Barnes

Or dalam erti kata lain Bloglovin ialah sebuah web yang memaparkan bloggers dari seluruh dunia yang dah mendaftar dan menggunakan Bloglovin' , kira macam bloggers community lah. Dekat sini korang boleh follow blogger favourite and baca entry-entry terkini melalui satu web ni sahaja. Kiranya all blog ini one website. Nak pendedahan lebih mendalam, atau nak tengok sendiri apa yang dimaksudkan dengan all blog in one, boleh lah refer entry ini >> https://dailypost.wordpress.com/2014/08/26/bloglovin/.

Tak kiralah korang guna wordpress, blogger, dan lain-lain platform yang ada. Korang masih boleh communicate with each others. Memang best Bloglovin ni, tapi buat masa sekarang entry dalam bahasa Malaysia mungkin agak kurang sambutan nya, tapi sejak akhir-akhir ni nampak gayanya dah ramai yang mula berdaftar dengan Bloglovin. 

Selain itu , korang boleh tagged post yang korang suka sebagai favourite untuk tatapan followers korang pulak. Korang boleh set collection atau reading list sendiri tau. And boleh juga cari idea untuk next entry di blog korang.

Cara add Bloglovin' 

Lepas sign up, cara mudah ialah untuk claim blog. Mudah je, korang search blog dekat search bar kalau jumpa nampak perkataan Claim it! Click and copy paste html yang diberi then create entry untuk claim blog. Tak faham? Nak tahu cara claim blog, boleh refer dekat sini >>  https://help.bloglovin.com/hc/en-us/articles/218083357-How-do-I-claim-my-blog- 

Nak claim another blog, boleh buka bahagian account, turun bawah sikit nampak section blogs, click claim another blog.

Cara tingkatkan followers Bloglovin?

Letak widget di blog korang. Senang sikit orang nak follow. Nak pasang widget? Boleh check disini >> http://www.bloglovin.com/widgets

So setakat ni je dulu yang mampu Mellya share hehe So yang dah ada account bloglovin tu jangan lupa follow itew ye. Nanti kita follow balik awak ya .. Peace yaw ❤

Monday, 2 January 2017

1/02/2017 10:30:00 am

Tutorial Cara Guna Responsive Blog Template Percuma



Assalammualaikum.

Tutorial : Cara Guna Responsive Blog Template Percuma
Hi guys. Ramai yang sekarang dah mula guna responsive blog template kan? hehe Mellya guna yang percuma je, pastu godek coding untuk tukar colour ikut citarasa sendiri. Masa mula tu agak confused tapi rupanya mudah je. Credit tu boleh je nak delete tapi Mellya sengaja kekalkan (hak milik orang kan, buatnya kena saman haha). So back to how to use/apply template yang dah didownload. 

For an example, Mellya download template Claire from here

Tutorial : Cara Guna Responsive Blog Template Percuma


Extract into folder file zip tadi.


Tutorial : Cara Guna Responsive Blog Template Percuma


Now buka folder tu, korang akan nampak 2 file bawah ni. 


Tutorial : Cara Guna Responsive Blog Template Percuma

Buka blog, Template dan upload di bahagian backup/restore.

Tutorial : Cara Guna Responsive Blog Template Percuma


Usually kena set show desktop template untuk mobile. But better korang baca instructions dia bagi sekali. Dah upload? Buka folder tadi semula click documentation untuk arahan selanjut nya.


Tutorial : Cara Guna Responsive Blog Template Percuma

Senang je awakkk. Cuma kalau bab tukar warna tu je kena rajin sikit korek bahagian html. hehe
Nak buat tutorial tukar warna susah sikit sebab blog lain-lain template. Jadinya tips yang boleh mellya bagi, korang search code #00000 contoh , ni code colour hitam.  So rasa jumpa code ni tukar la kaler code lain. Try and error. Tapi kalau tak nak serabut otak , upah je orang. hihi

Mana nak cari template free lagi? Tengok entry Mell 

Whatsapp 0189830500 , Mellya untuk re-Edit template murah.



Friday, 9 December 2016

12/09/2016 12:03:00 pm

Tutorial Screenshot Website Full Page



Assalammualaikum.

Awesome Screen


Salam Jumaat. Harini Mellya nak kongsi tutorial untuk screenshot one full page web, Mellya bagi contoh blog Mellya. Some blog editor guna untuk tunjukkan hasil editing diorang. Apps ni senang je , boleh download or add on dekat google or mozilla firefox korang. Nak add on dekat web korang boleh click link Mellya share bawah gambar di atas; untuk chrome and firefox.

Kegunaan:

Screenshot page yang korang nak. Selalu Mellya guna photoscape kalau dalam laptop. Sekarang dah ada application ni, senang. Nak screenshot contoh blog pun senang, cuma click je button camera.


Nak faham dengan lebih lanjut pasal application ni, korang boleh lah tengok sekejap video youtube yang Mellya sertakan ni.

Awesome Screen

Lepas dah add on, korang akan nampak button camera tu di atas blog korang.
Buka laman yang nak di screenshot.

Awesome Screen

Klik button tadi. So pilih style screenshot yang korang nak. So Mellya nak full screen, Mellya pilih "Capture Entire Page".

Lepas click done, akan kuar macam ni. So just save!

screenshot website

Kalau yang tak reti sabar tu boleh click CTRL + SHIFT + V untuk mengambil bahagian halaman website yang terlihat sahaja atau CTRL + SHIFT + E untuk mengambil gambar keseluruhan halaman.

Warning: Size resolution besar, so korang nak kecilkan size boleh lah guna tutorial Mellya sebelum ni tentang cara optimize gambar : http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/11/tutorial-optimize-untuk-pulihkan.html

Mudah kan ? ❤

Friday, 11 November 2016

11/11/2016 11:47:00 am

Tutorial Optimize Gambar Secara Online



Assalammualaikum.
Baca entry Siqah tadi pagi. Saja nak try result blog ni. Semua okay except for performance. Teruk gila, lepas check salah satu nya sebab speed blog nak loading lembab (gambar size besau, http), java, css dan lain-lain. Nuffnang pun antara puncanya jugak. Dalam semua kekurangan tu, Mellya pilih nak optimize gambar dalam blog Mellya untuk increase loading speed blog. 

Kenapa perlu optimize gambar?

Macam Mellya mention dekat atas, optimization penting untuk loading speed blog kita. Untuk memudahkan dan jimatkan masa loading, kita kena tukar resolusi gambar yang di upload. Salah satu cara ialah melalui web yang Mellya nak share sekarang ini iaitu, Optimizilla.

Tips 1: Optimizilla
optimize gambar
klik untuk ke laman tersebut

optimize gambar
Dengan web ni secara percuma, kita boleh upload lebih kurang 20 gambar dalam satu masa. Resolusi akan dikurangkan depends on apa yang kita nak. Kalau tak cukup kecil resolusi tu, korang boleh kurangkan lagi dekat bawah (tak ada dalam gambar ni, tapi nanti lepas korang upload, akan ada tempat mengubah quality dekat bahagian bawah.). 

Actually banyak je website yang provide space untuk kecilkan resolusi or size gambar. Guna lah Mr Google korang tu. Macam tak biasa pulak. haha

Tips 2: Whatsapp/Line/Telegram dan lain-lain
Kalau rasa menyusahkan nak upload pastu download pula, korang boleh juga hantar gambar ke Line @ Whatsapp pastu buka version Web dan download je, automatically gambar tu dah dikecilkan resolusi sebab nak memudahkan gambar itu dihantar. Senang kan?

Tips 3: Websiteplanet.com 
So ada lagi dua website yang boleh compress gambar up to 50mb! Thanks to Patricia sebab suggest this 2 website. hehe Tak sangka Mell ada jugak yang refer blog Mellya, thanks for visiting my blog Patricia! Korang boleh guna WebsitePlanet kalau korang ada gambar bersize melebihi 20mb. 
Thanks Patricia! 

So harap tutorial ni sedikit sebanyak membantu korang yang baru dalam dunia blogging. 
Good luck ❤