What's Hot

Tuesday 28 March 2017

Exam Kelayakan Pembantu Penilaian MPSP 2017


Assalammualaikum.



Hi readers, once again kekangan masa. haha da settle hantar barang Sendayu Tinggi pe semua dekat dropship, Mellya ada buka dropship ya yang nak join wajib ada niat untuk berniaga, bukan main-main. Pagi tadi ada pula exam kelayakan Pembantu Penilaian. Saja je apply, tuptup ada pula exam. haha Matilanak, buku pun tak baca. Bukan je sebab tak da masa, malas jugak. hahah soalan pun tanya dasar kerajaan, and tanah bagai. Memang cek tak taula. 😅 Untungla ABCD.. bolehla nak hentam. haha Pergi jelakan, tak rugi pun atleast ada pengalaman menjawab. Mana tau lepas ni dipanggil lagi, boleh lah dapat gambaran soalan macam mana diorang tanya. 

Mellya apply dekat web MPSP. Kalau ada yang tak tau MPSP ni , Majlis Perbandaran Seberang Perai. So Mellya attend exam kelayakan dekat Kompleks Sukan MPSP Kepala Batas. Expectation? Not high hahah just pergi je, tengok soalan acano boleh ke idok jawab. So masa yang diberi cuma 30 minit, ada 50 soalan objective. Mix questions, soalan IQ and pengetahuan am, pasal bidang kerja sikit je tanya. But sejarah ada juga. Soalan sikap pun ada jugak, keliru nak jawab setuju tak stuju hahaha kalau dia bagi buat essay sikit boleh la nak bagi reason sikap tu, tapi ni tak. 2 pilihan je dia bagi. 

Ada banyak session, jam 8, jam 9, jam 10... tak taula pulak kalau sampai petang. Ramai? Ya ramai. haha padahal kerja kosong nya nak pakai orang sorang dua ja 😅 And ada yang dah bekerja and belum bekerja. Zaman sekarang ni tak boleh memilih dah, kalau dapat kerja tolonglah accept, bukan senang huhu

So among questions yang Mellya ingat lah ya... Actually soalan ni ada diberi contoh tau, tapi Mellya tak buat latihan.. so hentamla jawab nya tadi hahahha


Pengetahuan Berkaitan Bidang Kerja
1. Berikut adalah alatan pengukuran yang paling sesuai digunakan semasa lawatperiksa bagi mengukur keluasan bangunan:-
A. Pita Ukur
B. Rantai Metrik
C. Pancang Jajar
D. Pembaris Berskala

Pengetahuan Am 
3. Rukun Negara mempunyai lima prinsip utama. Apakah prinsip Rukun Negara yang ke-empat? 
A. Kesopanan dan Kesusilaan 
B. Kedaulatan Undang-undang 
C. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 
D. Keluhuran Perlembagaan

IQ
4. Untuk perjalanan dari tempat P ke tempat Q, kita boleh gunakan bas, bot atau kapal terbang. Sama-sama dengan perjalanan dari tempat Q ke tempat R. Berapakah cara yang kita boleh gunakan untuk perjalanan dari tempat P ke tempat R, melalui Q?
A. 3
B. 5
C. 6
D. 9

Sikap
5. Dalam menyelesaikan masalah, kadangkala saya akan gunakan cara yang saya rasa sesuai 
A. Tidak setuju B. Setuju

Lain-lain soalan, kalau kira-kira banyak kena cari luas, pastu octagon, trapezium tu semua kena tau brapa bucu or formula dia.. Perayaan dekat Penang contoh Chap Goh Mei bila.. 1st sekolah Inggeris yang ditubuhkan di Tanah Melayu, Sumber pendapatan Kerajaan Tempatan, tahu Perdana Menteri kita and gelaran mereka, kelayakan menjadi ADUN, Tujuan penubuhan JKKK, Beza & kriteria Dewan Bandaraya, Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaran, dan Majlis Negara. Pastu jeling-jeling la skali tengok Akta apa yang diorang pakai. Masa exam Mellya ni dia ada tanya Akta apa yang digunakan utk taksir cukai.

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU PENILAIAN GRED W19 

1. Menyediakan laporan penilaian untuk harta tanah-harta tanah perdagangan kampung, kediaman kampung dant anah pertanian di kawasan bertugas. 
2. Membantu Penolong Pegawai Penilaian kawasan dalam lawat periksa dan penyediaan maklumat penilaian. 
3. Bertugas mengikut giliran dalam Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai.
4. Membantu Penolong Pegawai Penilaian dalam pengumpulan data dan maklumat untuk laporan penilaian. 
5. Membantu Penolong Pegawai Penilaian dalam pelaksanaan projek Penilaian Semula di kawasan jagaan. 
6. Menjalankan tugas berpandu kepada Prosedur MS ISO 9001. 
7. Menyediakan laporan hapuskira penilaian untuk harta tanah-harta tanah perdagangan kampung, kediaman kampung dan tanah pertanian di kawasan bertugas. 
8. Memeriksa bangunan yang memohon pulangan balik hasil mengikut jadual untuk memastikan syarat-syarat Seksyen 162, Akta Kerajaan Tempatan ditunaikan.
9. Menjalankan banci sewaan untuk memperolehi bukti sewaan semua harta di kawasan jagaan. 
10. Mengemaskini atau menyediakan salinan baru pelan struktur dan geolist. 
11. Memasukkan data dan penyediaan maklumat untuk projek PEGIS. 
12. Membantu Penolong Pegawai Penilaian menyediakan maklumat dan penilaian harta-harta Sumbangan Membantu Kadar di dalam kawasan bertugas. 
13. Menyelesaikan pertanyaan di kaunter untuk kawasan jagaan. 
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pegawai Atasan dari semasa ke semasa.

So, harap adalah rezeki. Kalau tak de pun nak buat macam mana kan mungkin rezeki kat tempat lain. 
Maybe arah business? hehe tunggu tarikh exam pembantu tadbir MPSP pulak. 
Bila tak tau. ❤


12 comments: