Assalammualaikum.
Rasa macam makin bersawang blog nih. hehe Memang busy sejak akhir-akhir ni. Sampai kurus balik dah haa, daripada berat naik 5 kg ni turun balik tinggal 43 kg hahaha Nampak tak betapa senang nya Mellya nak kurus. Nak gemuk nya susah.. Haish. tapi bila kahwin nanti tak tau lah kan. Ehh.. hehe
So dalam keserabutan beberapa minggu ni, akhirnya konvo jugak. Ya, konvo ! Alhamdulillah, settle juga satu acara. Macam-macam dugaan jugalah nak menempuh. Yang paling mengharukan , kesanggupan family Mellya travel dalam kekalutan hari Isnin dan Selasa, semata-mata nak meraikan kejayaan Mellya. Actually, Mellya memang rasa berat hati nak ke majlis konvokesyen ni. Tengoklah, dah la hari Selasa, hari bekerja, pastu jauh, dapat pula sidang petang. Memang rushing gila, sebab Rabu iaitu harini adik Mellya ada driving class yang tak dapat ditangguhkan.
Mellya memang kalau ke Shah Alam, tempat penginapan pilihan yang memudahkan ialah Intekma. Memanglah agak lama perabot dalamnya, tapi ini yang paling memuaskan bagi kategori penginapan sementara nih. Biasalah, area Seksyen 7 tu banyak hotel rumah kedai. Susah parking, and tak selesa. Dinding nya nipis sampai boleh dengar jiran bilik sebelah berborak. haha (berdasarkan pengalaman di Tea Tree Hotel ke apa tah namanya). Hotel lain macam agak mahal. dan jauh so untuk last minute tempahan Alhamdulillah Intekma ada. (Tapi waktu kami pergi tu, TNB ada buat maintenance, jadi towel and others lambat sampai ke bilik, maybe tak sempat bersihkan disebabkan no electricity).
Bertolak jam 12 tengahari and sampai jam 5 lebih. Makan dulu di Brotherhood. Co dekat Seksyen 7. Memang penat, sebab actually bertolak daripada pagi, settle apa yang patut sebelum tinggalkan Penang. Jam 12 baru bertolak sebetulnya. Pas makan, terus shoot ke hotel, check in. Malam tuh memang tidur awal lah. haha satu family keletihan.
Bangun jam 6 pagi. Mula dah rasa gelabah. haha padahal nak konvo je kot. Bukan buat persembahan pun. Untung ada personal MUA, adik Mellya yang makeup kan haha Jam 9 check out and terus sarapan dekat KFC. Pas mengisi perut terus masuk UITM Shah Alam parking kawad. Jauh juga nak jalannya. Memang kesian parents Mellya huhu
Konvo kali ini tak se"best" waktu Mellya di Penang. Penang lebih teratur. Yang ni sangatlah tak well organized bagi Mellya. Tak ada guide, dimana pelajar kena berkumpul, parents pun bersepah sana sini, tak tahu nak duduk mana. Tak ada juga yang guide dimana family boleh lihat screen besar. Mama and Abah Mellya jalan merata sana sini, dengan parents yang lain sebab tak tahu mana nak duduk. But akhirnya sampai juga parents Mellya masuk ke dalam DATC. Tu pun lepas melilau cari. Lama juga students tunggu daripada jam 11 lebih hingga 1.30 macam tu baru diuruskan. Itu pun jubah dan lain-lain tak dicheck oleh petugas dengan baik, tak macam di Uitm Penang dulu.
Majlis tamat jam 6 petang. Sangatlah memenatkan konvokesyen kali ini. Memang terharu dengan pengorbanan parents Mellya, sudahlah kena naik turun tangga curam, sebab tak ada guide yang tunjuk arah yang lebih mudah. Mama cakap ada makcik yang pucat lesu sebab naik tangga, tak ada guide yang bantu. Anyway, Alhamdulillah semua berjalan lancar, Mellya pun tak delah tertinggal kasut ke apa ke atas stage tu haa hahaha settle pulangkan jubah di bilik jubah and ambil transkrip terus shoot balik Penang, sampai pukul 11 malam. Nampak tak betapa tinggi pengorbanan parents? Yang lebih menyentuhkan, mama cakap "Bukan selalu kita boleh naik stage, dapat anugerah macam ni. Pengalaman ni kekal sampai mati. Tak tentu lagi boleh rasa pengalaman ni lagi kelak". Sebak haa !
Alhamdulillah syukur...tahniah..selesai..lega..
ReplyDeletebetul tu lega rasa hehe
Deletetahniah mellya!.. bab pngurusan tu mmg 100 agree.. srabut betul kan. hmm
ReplyDeletethanks tau ! tahniah jugaa :D
Deletecongrats :))
ReplyDeletethanks sis :D
DeleteWah, bestnya!! Tahniah MC :)
ReplyDeleteNampak tak MC pakai jam awak bagi hehehe sebab love sangat jam tu cantik !
Deleteeh tak berapa organized la kan. kesian kat parents. anyway tahniah Mellya :)
ReplyDeletethanks :D
DeleteTahniahh buat Awk :)
ReplyDeleteBetul Mellya, memang huru hara,tambah-tambah sidang petang, dan ucapan panjang meleret. Lepas penat keluh kesah semua, akhirnya indah bila fikir balik orang-orang tersayang yang sudi meraikan kejayaan kita walaupun hari minggu. kan.
ReplyDeletethanks :D tula hehe kesian dengan berlapar. terus g drive thru mcd haha
DeleteTahniah kepada awak.(^_*).Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).
ReplyDeletehttps://ucingkadayan.blogspot.com/2017/04/segmen-tonton-ucing-nak-try-irama-melayu.html
thanks :D hehe InsyaAllah Mellya join.
Deletealhamdulillah..selesai dah semua. congrats dear!! betul kata ur mom..bukan selaluevent mcm ni..
ReplyDeletethanks :D
DeleteAlhamdulillah tahniah Mellya. Dah bergelar seorang graduan Uitm. Uitm di hatiku. 😍😍
ReplyDeleteSelamat menempuh alam pekerjaan pula.
Tahniah3
ReplyDeleteTahniah mellya. 😀
ReplyDeletecongrats!!
ReplyDeleteTahniah Mellya dah konvo 😄🎉 Teringat pula time sy konvo, orang depan tercabut tumit kasut 😂👠
ReplyDeletetahniah ya mellya :)
ReplyDelete- Blog Hernee Nazir-
Tahniah Mellya 💐 👏👏👏..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Alhamdulillah..tahniah Mellya..semoga Mellya terus cemerlang dan berjaya
ReplyDeleteseronoknyaa.. saya insyaAllah xde aral tahun depan baru konvo. =)
ReplyDelete