Friday, 14 April 2017

Random : Maksud Sebenar Natural Beauty bagi Seseorang Lelaki



Assalammualaikum.

Maksud Sebenar Natural Beauty bagi Seseorang Lelaki

Maksud Sebenar "Natural Beauty" bagi Seseorang Lelaki. Ini kisah lelaki zaman sekarang, kalau yang dulu-dulu mungkin tak macam ni. Alhamdulillah kalau memang seikhlas hati terima pasangan memasing. haha Entry ini Mellya tulis sebab tak berpuas hati dengan debat between Mellya dengan kawan lelaki Mellya baru-baru ni. Punca utama debat tu ialah.... Mellya lambat keluar daripada tandas RnR sebab makeup. haha Hello tak dela lama sangat, yang lama tu sebab buat apa yang patut dalam tandas, cuci muka bagai. 😯😯 Besides, at first dia cakap nak pegi makan, so Mellya pun buat la lambat-lambat sikit. haha

Antara point yang dibentangkan dia ialah pasal "Natural Beauty" nih. Dia cakap makeup buat apa, tak ada orang nak tengok pun and tak asli. What the fish?? hahaha hello.. Sebenarnya bila kita makeup, barulah up sikit self-confidence bila nak jumpa orang. And orang pun akan ada good impression on us bila tengok kita. Lagipun at that moment, tak makeup tebal pun. Sekadar bedak, betulkan kening, blusher sikit, and merahkan bibir sikit. That's all.

Mellya memang tak percaya dengan perkataan "Natural Beauty" nih kalau keluar daripada mulut lelaki sekarang. Bukan tak percaya tak bermakeup tu lagi lawa tapi tak percaya bila lelaki cakap dia nakkan natural beauty, tanpa sedikit pun makeup. Sangatlah tidak dipercayai hahaha kalau yang dah berkahwin, mungkin lah kan. Sebab bila dah kawin kena terima seadanya, tapi sebagai isteri mostly akan fikir dua tiga kali juga, takut suami jemu and cari baru ye tak?

Pendapat Mellya maksud sebenar mereka ni ialah light makeup, bukan tanpa makeup. Tak perlu foundation tebal seinci, bedak seinci, blusher penuh satu muka, mulut merah menyala.. It's a NO NO. Kalau ada functions or event, maybe okaylah nak makeup over camtu, but untuk daily makeup, light is better than nothing. 

Maksud Sebenar Natural Beauty bagi Seseorang Lelaki

photo credit to yatiesendayutinggi

Light makeup mudah je. Cuma foundation tak perlu tebal, bedak tipis, kening kalau jarang touch up bagi dark sikit jangan tebal-tebal, mascara pun sikit je sekadar nak lentik, blusher cukup sekadar nak merahkan sikit pipi tu tak perlu tebal juga, and paling utama dalam light makeup ala-ala Natural tuh ialah nude colour lipstick. haha pasni rasa macam nak buat light makeup challenge lah. Ada ke nak join 😂😂😂

Pendek kata, dont trust your man when he said he loves you the way you are. Cuba tanggal makeup, jemah sikit. hahah Tunggulah dia nak cakap apa. Tapi tak semua lah macam tu, ada juga yang jujur ikhlas, i respect you the most lol Tapi kan betul ke pendapat Mellya tuh? Consider betul jelah yaa nama pun pendapat.. kahkahkah

Oh yaa lupa nak update pasal segmen bloglist baru-baru ni. Mellya dah masukkan link semua dalam tu. Kalau ada yang Mellya tertinggal inform ya ! ❤

9 comments:

  1. pernah tgk satu video dr fb era radio rasanya konon lelaki suka perempuan yang natural beauty. tp lepas tunjuk gambar perempuan yg tak pakai make up terus cakap nak yg at least ber make up pula. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke sis ? tula ..menipu lah.. mesti nak juga makeup sikit. Natural beauty la sangat.. hahaha

      Delete
  2. setuju lelaki ni tak suka sgt prmpuan mekap tetebal. tapi kena ada colour sikit at least.kadang2 tak faham beria kecam org makeup tapi bila tak mekap pun kecam jugak

    ReplyDelete
  3. haha. even PG ya da kawen ni pun, husband sikit-sikit cakap, makeup sikit-sikit je. see? hahaha.

    ReplyDelete
  4. Takpun depa nak yang memang keluar2 dari perut dah memang dikurniakan kecantikan semula jadi tuu. Pendek kata, nak orang yang cantik rupawanlaa. Yang kalau tak makeup pun tetap akan cantik. Depa nak yang macamtu. Saya rasalaa. (Semestinya bukan semua lelakilah kan. Hihi)

    ReplyDelete
  5. Menyampah dengan lelaki kecoh2 tak suka mekap tebal, sudahnya bila awek gorgeous lalu sebelah meleleh jugak, hahaha.

    Sesetengah* LELAKI SUKA PEREMPUAN TAK PAKAI MEKAP DENGAN SYARAT PEREMPUAN TU CANTIK..(-.-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju pulak statement ni hehe. Same case macam lelaki suka perempuan pakai bawal atau shawl tu. Senang cerita kalau cantik ON JEEEEE --'

      Delete
  6. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. setuju sangat..
    Susah nak jumpa lelaki yang tak suka pompuan make up.. tapi akak berjaya.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...