What's Hot

Thursday 1 June 2017

Exam Kelayakan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) MPSP 2017


Assalammualaikum.


Hi readers. Lama jugak tak bersiaran dekat sini. Bukan kat sini je dekat lain-lain media pun memang jarang nampak Mellya. haha Maafkan Mellya tak dapat nak ambil tempahan edit blog buat masa sekarang, masih lagi cuba sesuaikan diri mengatur jadual yang makin padat. Tambah pula Mellya bakal bertukar kerjaya. Muahaha InsyaAllah kalau sempat nanti Mellya kongsikan. So, few weeks ago, Mellya menghadiri Peperiksaan Kelayakan Perkhidmatan Pembantu Tadbir Kontrak dekat Dewan Kompleks Sukan MPSP. Ya, macam yang entry sebelum ini tapi untuk jawatan berbeza, iaitu Pembantu Penilaian

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Pengalaman Mellya menghadiri exam kali ini, masih sama seperti yang dulu. 80 soalan kalau tak salah dalam masa 1 jam. Soalan-soalan nya pula banyak juga yang ulang peperiksaan Pembantu Penilaian sebelum ini. haha menyesal jugaklah sebab kurang study soalan exam lepas.

Antara soalan yang ditanya: 

1. Berapa huruf yang digunakan dalam Parlimen daripada perkataan Mineral

2. Isi tempat kosong:
M_JOS
a) B
b) G
c) K
d) S

3. JKR_I
a) J
b) A
c) N 
d) O

4. Bila pengasingan sisa di punca dimulakan di Penang?

5. Berapa bilangan Ahli Majlis dilantik oleh PBT?

6. di Pulau Pinang MPSP dan MBPP

7. Sumber pendapatan mereka.

8. Siapa Bapa Perpaduan?

9. Berapa perkataan boleh dibuat berdasarkan perkataan Akta?

10. "Adopt a greener lifestyle"

Lain-lain soalan yang ditanya dalam ujian ni, sememangnya cara untuk guna words, excel dan lain-lain juga. Shortcut untuk buka new blank page, delete, printscreen, delete, restore, spacing... Yang ni semua wajib tahu bagi yang ingin apply jawatan pembantu tadbir sebab nak kena guna words and excel kan. Kalau benda macam ni pun tak tahu, susahlah. hehe soalan kira-kira? adalah sikit tapi tak susah and boleh kira sendiri. so Good luck ❤

15 comments:

  1. Semoga ada rezeki mellya. Amin.

    ReplyDelete
  2. tahniah utk kerjaya baru Mellya tu..semoga terus cemerlang ya
    https://umifuzy.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Mencabar jugak soalan dia. Hee

    ReplyDelete
  4. bukan mudah ye nak jadi pembantu tadbir. ada exam juga.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. Saya pun baru update temuduga untuk pembantu tadbir, tapi pembantu tadbir sambilan je lah. hee :)

    ReplyDelete
  6. Assallammuallaikum Fhatin..salam kenal from Indonesia.

    ReplyDelete
  7. salam nk tanye , soalan subjektif ade tak ?? atau semua soalan objektif ??

    ReplyDelete
  8. salam nk tanye ade soalan subjektif ke ?? atau semua objektif tq

    ReplyDelete
  9. aii, exam ritu awak lepas x?

    ReplyDelete
  10. Salam sis. Maaf saya nak tnya sikit.. yg soalan pasal words excel semua tu dlm bentuk obj or subj? And mostly utk jawatan ni soalan mmg sama ke utk any gov office?

    ReplyDelete
  11. Salam,nak tanya contoh soalan2 lepas masih ada simpan lagi ke.

    ReplyDelete