What's Hot

Tuesday 10 October 2017

Kenapa Perempuan Suka Suami Orang?



Assalammualaikum.


Malam-malam ni tiba-tiba rasa macam nak update blog. hehe topic apa? entahlah tiba-tiba je dapat tajuk ni. Ingat lagi tak, few months ago,  kecoh tentang kes seorang bini artis dikasari oleh suaminya sendiri lepas kantoi dating dengan perempuan lain? Ingatkan? Dahla dicurangi, pastu dikasari pulak. Hmm sedih betul haa. Mellya penah juga diganggu lelaki yang bergelar suami orang. Ya, memang kalau kita jenis bukan yang melayan and mudah ter"cair" ni, tak pa takkan terjadi lah benda-benda yang tak diingini tu. Yang menjadi tanda tanya, mereka yang kecundang dengan cinta si suami orang ni.. agaknya kenapa perempuan suka suami orang ek?

Kenapa Perempuan Suka Suami Orang?

Soalan ni selalu sangat muncul dalam kalangan perempuan-perempuan bersuami heheh tapi Mellya yang tak bersuami pun musykil jugak. haha so.. ni adalah kemungkinan penyebab kenapa perempuan lebih suka suami orang berbanding lelaki lain yang sememangnya solo. 

Suami orang pandai mengayat?

Suami orang ni pandai bodek, mengorat. haha dia tau weakness point si perempuan. 

Suami orang sangat memahami kehendak wanita?

Nama pun suami orang. Pengalaman banyak, asam garam bercinta semua dia dah ada. Yang perempuan pun mudahlah cair. haha

Suami orang lebih penyayang?

Ada sesetengah perempuan suka pada suami orang yang ada ciri-ciri kebapaan. Biasalah, yang muda-muda tak kahwin lagi tu tak nampak lagi ciri penyayang tu.

Suami orang lebih bertanggungjawab?

Selalunya suami orang ni lebih bertanggungjawab dan caring berbanding jejaka bujang. Sebab diorang ni dah terbiasa dengan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. 


Suami orang lebih matang, tak cepat melatah bila selisih faham

Suami orang ni tak da masa nak gaduh hal-hal remeh. Cemburu buta tu memang tak da rasanya 
(ek.. betul ke?) haha rasanyalah kan. nama pun kemungkinan (pendapat).

Suami orang mempunyai pekerjaan dan kewangan stabil?

Tak semua kan suami yang macam ni? Tapi boleh juga jadi salah satu sebab kenapa perempuan suka. Terutama yang datuk-datuk millionaire tu.

So rasa-rasa betul tak sebab-sebab ni? Haha entahla kan, mungkin ada sebab lain lagi yang tak terfikir waktu ni. Apapun jodoh di tangan Tuhan. Harap-harap si perempuan fikir lah sebaik mungkin sebelum buat keputusan dalam hal-hal macam ni.  Adios ❤

8 comments:

  1. Tu yg takut tu.. paling penting kena sentiasa jaga keperluan suami.. takut cri lain..

    ReplyDelete
  2. Jodoh memang tak tahu siapa, tapi kalau boleh elakkan la, haha. Mai takde experience macam ni, kenal pun bujang je. Tapi bab laki orang stable betul kot, sbb dah tua kan...tapi dia tak terfikir ke wife yang support dari susah sampai stable tu, haishhh. Haha emosi lak.

    Kes ni bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. So kalau ada husband orang kacau, biar dia main tepuk amai-amai sorang2.:P

    ReplyDelete
  3. Nasib baik saya suami orang... hahaha

    ReplyDelete
  4. orang kata, sayang suami sorok sorok kan wajahnya. kihkih :)

    minta Allah jauhkan dari perkara yang tak di ingini

    ReplyDelete
  5. bnyak dah kes macam ni jadi.. bila ditanya kenapa kawen dengan suami orang? jawapannya jodoh.. kalau boleh tu sepatutnya elakkan sejauhnya.. busyra sendiri pun takut dengar kes2 macam ni.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Panas topik ni. Huhu. Minta dijauhkan dari benda tak elok camni :(

    Btw, Mellya, jemput join giveaway pertama blog akak :)

    http://www.siqahiqa.com/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html?m=1

    ReplyDelete
  7. sorang mengayat, sorang melayan, bila dah sangkut bleh plak kata cinta x boleh dipaksa di halang.. hahahaha..

    ReplyDelete