Featured Post

Assalammualaikum. Baru-baru ni Mellya dapat mini facial toner, Dear, Klairs Supple Preparation from Althea Box Unporegettable...

Continue reading

Sunday, 11 February 2018

3 Cosmetics Brand Makeup Beginner Wajib Beli


Assalammualaikum.


Zaman sekarang yang kecik-kecik pun dah pandai melaram. Kat IG tu lambakan junior yang cun melecun mengalahkan senior-senior yang baru nak jinak-jinak dengan makeup. Mellya bukanlah jenis yang suka branded items sahaja. Kalau beli yang branded, selalunya simpan jadi pekasam sebab sayang nak guna. Yela mahal. So end up kita beli je yang dekat drugstores.

Mellya rasa jarang jumpa perempuan yang tak suka masuk Watsons, Guardians and sekutu dengannya bila pegi mall. Tak rancang pun, but mesti tersangkut dekat tempat ni. Satgi tengok bahagian skincare, satgi melekat pulak bahagian makeup. Kadang tu tak beli pun, saja nak test makeup-makeup yang ada dekat situ. haha However, bukan tu yang Mellya nak kongsi harini. Topic for this post ialah "Tiga Cosmetics Brand versi drugstore yang makeup beginner wajib beli".

Bagi yang nak mula menjinakkan diri dengan makeup, korang mesti dok fikir... macam-macam nya nak kena belikan? starting from skincare.. primer, foundation, compact, eye shadow, blusher, highlight etc...  pastu dok hitung pulak brapa lah bajet nak kena keluar tu.. haha So for beginner, kenapa nak beli yang memahal, why not starts with drugstore products?

Maybelline, Loreal and others memang sangat famous dekat drugstores. Tapi bagi Mellya, yang tu boleh dikatakan pricey jugakla kan compared to these three brand yang Mellya nak suggest kat korang tu. Tau tak apa? Silky GirlEssence Cosmetics and Catrice Cosmetics. Familiar kan?

MY OPINIONS:



Silky Girl. Mellya sangat suka bedak compact dia especially Silky White 2 way powder foundation dengan bb whitening powder. Muka memang tak berminyak and tak rasa heavy bila pakai. Disebabkan dia bersifat foundation and bb, so kalau tak pakai foundation pun muka still gebu. Blusher dia punya comel, senang nak bawak dalam beg. In the matters of eyebrow, mellya suka natural eyebrow pencil Silky Girl yang warna coklat. Sangat terang and best nak pakai. Cumanya tak sediakan brush kening. Next most favourite makeup daripada Silky Girl ialah Matte Junkie lip cream yang sangat best. Ada banyak shades nude yang sukakan matte look, boleh pakai lipcream daripada Silky Girl ni. Well recommended for makeup beginners sebab sangat easy to use.


Essence Cosmetics. I love everything about it! High quality with an affordable price. Untuk Essence Mellya suka eyebrow mascara and mascara. Ada macam-macam jenis mascara, semua nya best. For those yang suka light makeup and newbie, i suggest you to try Essence punya foundation. Highlight, and eyeshadows etc semuanya sangat pigmented. Product essence ni seasonal. Korang boleh tengok dekat sini Trend. Sangat cepat habis and lambat nak restock unfortunately. huhu



Catrice Cosmetics. Macam Essence jugak, Catrice juga makeup brand dari Europe. Dekat overseas memang laris sebab harga dia and kualiti nya sangat bagus. Product vegan, and selamat. Mellya selalunya beli contour palette dengan liquid eyeshadow jenama Catrice. Dia punya loose powder pun sangat best.

Overall, 3 product ni memang sangat sesuai untuk korang yang nak jinak2 dengan makeup tapi nak make sure budget is under control. Tiga-tiga product ni memang famous dekat drugstores, cuma Catrice and Essence susah sikit nak cari certain places lama sangat masa dia amik untuk restock. Maybe disebabkan product ni limited and overseas? haha however, 3 brand ni je Mellya yakin kualiti and harga dia sangat best. First brand that i tried ialah Silky Girl and the rest sampai lah pakai pulak Sendayu Tinggi.

So korang plak? Masa memula makeup dulu, brand apa jadi pilihan?  ❤

Latest
Next Post

About Author

A Penang blogger, currently working as a freelance writer. For collaborations, feel free to contact me via email fhatinameliamusa@gmail.com. Leave some comments too ❤

5 comments:

  1. Eh mellya, dah la post masa yang sama, pendapat pun sama, hahaha. Mai pun kalau makeup berat baru pakai dollskin.

    Setuju sangat pasal makeup affordable + berkualiti untuk beginner ni. Tak payahlah start dengan mahal2. Yang penting janganlah pulak pi try yang fake kat pasar malam tu, jahanam kulit nanti.

    Catrice best, nasib Aeon BM ada, haha.

    ReplyDelete
  2. Kak ana walaupun tak reti make up tapi kalau ke Watson atau Guardian mesti termenung depan alat2 make up ni especially rak lipstik. Colorful. Meriah hidup rasanya 😊

    ReplyDelete
  3. Seronok bila beli brg yg kita suka...

    ReplyDelete
  4. box make up tu tak tahan pink2 gtu..

    ReplyDelete
  5. cantiknya box makeup tuuuuu. fav color

    ReplyDelete