Assalammualaikum.
Ramai cakap skin Mellya cantik. Depa tak tau Mellya ni kekadang ditumbuhi jerawat jugak. Satu perkara yang Mellya tak suka pasal jerawat ialah PARUT. Parut tak yah cakapla banyaknya dekat pipi, concealer satu benda paling penting bagi Mellya haha. Kesan parut jerawat tu memang susah sangat nak hilang kadang tu sampai berbulan-bulan, bertahun-tahun tak hilang. Dulu waktu zaman sekolah, Mellya banyak tumbuh jerawat kat dahi. Pipi clean and clear masa zaman sekolah. Diploma muka jarang-jarang tumbuh jerawat. Masuk degree, yang dekat dahi sembuh, parut setitik pun tak dak (ramai terkejut sebab parut Mellya memang hilang), tapi melarat jerawat kat pipi pulak huhuhu
Sekarang ni, jerawat masih ada cuma waktu-waktu tertentu bila hormon perempuan tak stabil. Haha parut tu lah yang ketegaq betul tak mau nak hilang! Due to my eagerness to make this year a year to clear my acne and scars, i spent my time to search everything about acne scars. So here's what i am currently practicing. muahaha (Latest post: Mell hilangkan parut guna SKIN 1004: Madagascar Centella Asiatica 100 Ampoule)
Cara Mellya Menghilangkan Parut Jerawat
Dengan Lebih Cepat
Vitamin E
Banyak article yang cakap vitamin E sangat bagus untuk penyembuhan parut dan membaiki tisu kulit. So Mellya beli Vitamin E Garden of Eden Natur E Scar Serum ni dekat Aeon Wellness, kalau tak salah mahal jugak, dalam lingkungan RM 80+. Tapi disebabkan semangat berkobar-kobar nak muka bebas parut, sanggup. haha sebotol ni boleh tahan lama jugak, sekarang dah masuk 3 bulan dah. Vitamin E ni Mellya pakai seluruh muka, sikit ja sebab dia oil. Nanti Mellya buat review khas untuk Garden of Eden Natur E ni. Setakat ni sangat puas hati dengan scar serum ni, parut yang timbul and agak berlubang tu ada perubahan sikit.
Acne & Scar Treatment and Whitening Sendayu Tinggi
Yang ni dah tube ke-dua. Sapu seluruh muka terutama area pori besar. Nampak kesan dia lebih awesome dekat parut jerawat baru and reduce size pori. Harga pun boleh tahan murah around RM 30+ untuk 15 g. Nanti Mellya buat review khas untuk acne cream ni jugak ye.
Hiruscar Post Acne
Yang ni pun sangat best sapu dekat jerawat and parut. Harini sapu esok boleh nampak area tu macam kering (ada setengah tak suka, tapi Mellya suka sebab dia mengeringkan jerawat tu). Satu tube 10g je harga dah RM 30+. haha tak pa janji berkesan. Review khas coming soon.
Scrub
Kerap-keraplah pakai scrub atleast 3 times a week. Bila kita scrub, dead skin cells semua bye-bye, and area parut tu lagi cepat nak bersalin kulit dan faded. Mellya suka pakai scrub St Ives Oatmeal and Freeman. Nanti Mellya share scrub yang Mellya pakai tu ya.
Lemon dan Madu
Yang ni Mellya belum cuba lagi, katanya tak sesuai untuk yang berkulit sensitif. Lepas cuci muka dengan air suam and pencuci muka, perah lemon dan ambil kapas, sapu perahan lemon tu seluruh muka. Tunggu beberapa minit dan bilas. Lepas tu sapu kat muka madu manuka dekat area parut sebelum tidur. Lemon juice tu ada setengah orang jadikan sebagai toner, okay jugak. By the way, ada juga orang guna tea tree oil untuk heal jerawat and scars, tapi Mellya tak sesuai so tak dapat nak try that method.
Air
Minum air secukupnya untuk menghidrasi kulit. Bila kulit sentiasa lembap dan dihidrasi, lagi cepat lah proses penyembuhan parut berlaku. Masalah nak bagi rajin minum air ni yang paling payah. haha Mellya sebotol besar je pun tak boleh nak habis, macam mana nak minum air 3 liter sehari? Aduhai..
So these ends my post for today. Mesti ramai kan nak cepat-cepat hilangkan parut jerawat? Mellya dah set tahun ni memang tahun healing and cure. ahaha sebab.... doakan ye! hahaha agaknya sapalah yang dapat teka sebab apa. By the way, sebenarnya cara paling cepat ialah jangan gatal-gatal picit jerawat macam Mellya, and time parut tengah baru tu, cecepat la cari jalan bagi dia heal. Jangan biar lama, parut lama susah nak hilang tau.
Post ni bukan sponsored post ye. Semua perbelanjaan sendiri hahaha
Mellya dah share cara Mellya, macam mana hampa bagi hilang parut dengan cepat pulak? ❤
THANK YOU SHARE! nanti nak baca review pasal scrub st ives oatmeal, tak terbeli lagi sbb takut tak sesuai. huhu
ReplyDeletesemalam cari garden of eden dekat guardian takde, tak sangka dekat aeon wellness ada jugak, nanti nak cari lah. Thanks mellya! :D
ReplyDeletemcm mane? parut jerawat berlubang hilang jgak ke?
Deletejerawat tak ada. Tapi bila sebijik dia naik nak hilang tu sebijik tu punya la payah.. sakit plak tu..
ReplyDeleteBaru mama tau. Tq for sharing
ReplyDeleteThanks for the tips :) I punya parut jerawat banyak gila haha https://aninashyqinlife.blogspot.my/2018/02/lets-go-jets-from-small-town-girls-to.html
ReplyDeleteAduh tarikh kahwin dah dekat, tapi bukan parut jerawat muka je, jerawat badan pun ada. Stress...Makin stress makin membiak pulak. Adeh.
ReplyDeletejadi maksudnya mmg serum garden of eden tu berkesan la yer untuk hilangkan parut jerawat berlubang?
ReplyDelete