What's Hot

Friday 23 March 2018

Idea Hadiah Perkahwinan Bermakna dari Printcious


Assalammualaikum.


Tahun ni banyak pulak Mellya dapat jemputan majlis perkahwinan dari kawan-kawan. Yelah, di usia macam Mellya ni ramai dah memilih untuk berumahtangga, cuma Mellya je belum-belum sampai seru. Haha

Nak raikan pengantin memang lah best, dapat makan nasi kenduri. Tapi bab nak bagi hadiah special buat pengantin memang selalu jadi masalah. Bukan apa, confused nak bagi hadiah apa yang sesuai, kalau boleh nak bagi sesuatu yang bermakna buat mereka. Bukan setakat kawan-kawan je yang confused, Mellya pun nak juga bagi hadiah yang bermakna untuk kawan-kawan yang jodoh nya dah sampai awal haha. Jadi Mellya pun fikir, why not bagi something yang orang boleh guna and boleh dikenang sampai bila-bila. Google dan google, yes dah jumpa! Nak tahu apa dia?



Jadi, sekarang setiap kali depa tanya dekat Mellya, mesti Mellya teringat sesuatu yang sering Mellya dengar tentang feedback serta perkhidmatan design hadiah yang baik. Teringat apa? Printcious lah! Sebelum tu, buat pembaca Mellya, Mellya nak share sedikit info mengenai Printcious dekat korang nih.

Pernah tak korang dengar pasal laman web Printcious ni? Kalau belum, Printcious ialah sebuah laman online dimana korang boleh design sendiri photo gifts korang dalam bentuk cushion, mug, t-shirt, puzzle dan lain-lain. Haa hadiah perkahwinan paling bermakna, mestilah hadiah yang ada gambar pasangan yang diraikan tu kan?


Antara photo gifts yang boleh korang design di Printcious

Hadiah perkahwinan yang bermakna mestilah hadiah yang bersifat personal, sesuatu yang boleh disimpan sebagai kenangan selamanya. Di Printcious, korang boleh tengok idea wedding gifts yang sememangnya sangat membantu kita yang kekadang confused nak bagi apa. So entry kalini Mellya nak share beberapa gifts dari Printcious yang selalu jadi pilihan Mellya bila Mellya nak hadiahkan sesuatu dekat kawan-kawan Mellya yang berkahwin.

T-Shirt
T-Shirt! T-Shirt ni boleh lah si pengantin pakai dan simpan buat kenangan kan. Korang boleh design sendiri T-Shirt korang mengikut citarasa. Printcious juga sediakan design percuma yang korang boleh edit. Lebih special kalau design nama si pengantin sekali. Harga serendah RM 39.90 je tau. Sebab sekarang ada discount 30%.


Mug
Mug sebagai wedding gifts ramai yang dah buat tapi memang rare letak gambar pengantin dekat mug kan? Di Printcious, korang boleh design mug korang sendiri. Harga pun murah, cuma RM 25.90 je lepas discount.


Bantal Comel
Nak lagi sweet apa kata korang bagi bantal comel ni pun best jugak kan. Harga RM 39.90 setiap satu. Harga asal RM 57 tau jangan lepaskan peluang discount 30%.


Canvas
Canvas yang boleh digantung di dinding juga hadiah yang menarik untuk si pengantin. Ada tiga saiz yang disediakan di Printcious; 12" x 8" / 30cm x 20cm (RM 56.90) , 18" x 12" / 45cm x 30cm (RM 94.10) dan 24" x 16" / 60cm x 40cm (RM 134.90). Cuma tambah RM 8.40 untuk pemegang canvas.

Macam mana dengan idea hadiah perkahwinan dari Printcious ni? Mudah sebenarnya dengan Printcious. Yang tak berapa nak kreatif macam Mellya boleh gunakan template atau design sedia ada, bagi yang kreatif boleh je nak design hadiah sendiri. Lepas ni tak perlu lah pening kepala cari hadiah perkahwinan lagi dah. Boleh lah design je hadiah sendiri di Printcious. Harga pun berpatutan. Dah ramai yang gunakan perkhidmatan Printcious, korang bila lagi?

Oh ya, sebelum terlupa, kalau korang mencari wedding door gifts terbaik, jangan lupa hubungi mereka ya. Atau kalau korang nak menarik perhatian tetamu yang datang ke majlis korang, jangan lupa tempah sewa wedding photo booth di hari perkahwinan korang. Baru lah havoc, gerenti ramai yang berselfie masa tu haha

Untuk maklumat lebih lanjut;



2 comments:

  1. Sekarang dah mudah nak beli hadiah, tempah dari rumah jer...

    ReplyDelete
  2. haritu beli hadiah utk kawan kat sini lah :D

    ReplyDelete