What's Hot

Friday 31 August 2018

Nak Pergi Sabah Stay Oriental Hotel


Assalammualaikum.


Apa khabar semua? Harapnya korang semua sihat belaka. Kalau korang tengah baca artikel ni maksudnya korang ada niat nak pergi bercuti kan? Haa jangan tipu tauu, tapi kalau tak pun apa salahnya nak baca kan. Haha teruskan baca tau. Actually, Mellya memang dah lama pasang angan-angan nak ke Sabah. Tu yang sampai dah ter"search" hotel dekat sana. Muahaha (tak salah survey awal hihi). So kalau dah baca tu harap dapat bagi manfaat kat korang. Jadi kepada sesiapa yang ada plan nak ke Kota Kinabalu disebabkan ada hal kerja ataupun nak pergi bercuti, ada satu hotel under recommendation Mell, nama hotel tu adalah Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu
So kat mana location hotel ni rasa-rasa? Dah tentu Mell yang tulis artikel ni mestilah mell yang kena bagitau kan, haha maaf saja nak panjang lebar sikit artikel ni, so hotel ni located lebih kurang 4 km daripada airport Kota Kinabalu. Lokasinya strategic sebab dekat dengan shopping mall IMAGO, korang jalan kaki je kalau nak pergi bershopping. Nanti bawa la duit lebih sikit sebab mesti korang nak kena beli apa-apa kat KK kan supaya korang leh ingat balik pengalaman korang nanti. 


Hotel ni boleh check in pada pukul 2 petang, dan check out pada pukul 12 tengah hari. So kalau sampai awal korang boleh lah singgah ke IMAGO shopping mall sementara nak isi masa lapang korang. Tapi kalau taknak so masa awal-awal sebelum korang booking tu carilah flight yang sampai nanti nak dekat pukul 2. Boleh je bila korang sampai terus check in and rehat kejap sebelum nak continue aktiviti korang lepas tu. Aku faham kadang-kadang tu bawak beg besar macam nak masuk AF, beg macam troli tu kan, tapi Mell confident lah korang bawak mesti kosong sebab korang nak penuhkan beg tu dengan barang yang akan korang beli nanti. Hahaha. 


Staff kat sini friendly yang amat (tahap fuyyohh!), diorang akan sambut korang macam korang ni keturunan raja Cuma takdelah karpet kuning or payung so korang jangan lebih-lebih lak nanti. Senyuman diorang tak lekang di bibir and receptionist dia operate selama 24 jam, so kalau korang nak lepak lobby tengah-tengah malam jangan takut sebab staff diorang ada. Selain tu diorang ada servis laundry so kalau korang stay lama, biasanya yang stay lama ni sebab ada kerja sana so korang boleh gunakan servis basuh baju. Takkan nak dating jauh-jauh korang nak bawak washer machine kan? Atau nak basuh tangan, mana ada tempat nak jemur nanti. Orang dating bercuti korang sibuk nak wat kerja rumah lak nanti so rugi la masa. 

Lounge

Cafe Oriental

Dalam hotel ni juga ada restoran so kalau nak makan tu senang sangat. Kalau malas nak keluar dari bilik pun ada room service. Mudah dan selesa untuk cater korang selama korang nak stay sini. Nak bawak satu family pun sesuai kat hotel ni sebab ada outdoor pool, kalau korang nak ajak anak-anak korang have fun. Time nil ah baru dapat bonding bersama family. Selain tu ada juga spa untuk manjakan diri korang dan juga fitness center yang wajib korang try. Hotel ni juga ada free wifi so senang untuk korang nak buat kerja ataupun nak online tanpa guna data korang yang berharga tu. Awesome kan. 

Seminar

Kalau korang ada plan nak cari tempat untuk staff company korang bercuti pun hotel ni ada sediakan conference room atau seminar untuk tempat korang buat aktiviti. Kalau korang nak buat dinner or wedding reception kat sini pun boleh tau! Lagi best kalau dapat bercuti ramai-ramai kat Sabah. Mell berani cakap yang hotel ni pasti akan memuaskan hati korang sebab rating dia dari orang yang pernah stay pun agak tinggi. Recommended kalau korang ada plan nak pergi ke KK nanti. So apa lagi, install la apps Traveloka dan book online terus. Senang dia macam korang baca ABC. Selamat pun selamat. So apa tunggu lagi, kalau rasa takde idea nak pergi mana, apa kata korang pergi ke KK dan stay kat Sabah Oriental Hotel ni. So Selamat menyambut Hari Kebangsaan and Enjoy your holiday peeps ❤

Sabah Oriental Hotel
Wholly owned by Crystal Crown Hotel (Sabah) Sdn. Bhd
Lorong Kemajuan 88000
Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia.

P/s: Semoga seketul Mellya jugak dapat jejak Sabah nanti hihi 

2 comments:

  1. macam best je. ekin pun sebenarnya ada pasang angan2 nak ke sabah.. hihi

    ReplyDelete
  2. cantek tempat ni, btw banyak jugak kemudahan, and nice view jugak, ty for the info, blog walking ni nampak n nak komen skit, btw ur blog nice keep it up :)

    ReplyDelete