What's Hot

Thursday 30 August 2018

Tanggal Makeup Lebih Mudah dengan Imaan Suci Wipes


Assalammualaikum.
Hey readers. Ramai yang dah tahu betapa pentingnya membersihkan wajah lepas makeup untuk mengelakkan pori-pori tersumbat yang kemudiannya boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam, bermasalah atau ditumbuhi jerawat.  Selain micellar water, Mellya juga pengguna setia wet tissue untuk cuci makeup antaranya Oatmeal Therapy Calmia, dan juga wet tissue yang dibeli di Guardian. Bila on-the-go, malas la nak bawak kapas muka and micellar water sekali. haha berat noo... Makeup saja dah bapa kilo nak letak dalam beg.. hehe

A post shared by Fhatin Amelia (@fhatinamelia) on

Baru-baru ni, Mellya diperkenalkan dengan Imaan Suci Premium Wet Tissue keluaran Imaan World. Mellya dah lama teringin nak cuba Imaan Suci Wipes ni, bila dah diberi peluang untuk cuba, cepat-cepat grab. Mengandungi argan oil, aloevera dan vitamin E, ia nya sangat sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif. Jom tengok antara kebaikan bahan-bahan yang terkandung di dalam Imaan Suci Wipes ni:

Imaan Suci Premium Wet Tissue

Packaging "butterfly" theme sangat memikat hati

Iman Suci Premium Wet Tissue ini berfungsi sebagai pembersih solekan (deep cleansing) dengan tambahan formula minyak argan yang membantu membersih dan melembapkan kulit pada satu masa. Senang dibawa kemana saja, tanpa memberatkan beg! Wuduk dan solat jadi lebih mudah sebab kita dapat remove makeup hanya menggunakan wet tissue ni. Diuji oleh dermatologist, ia juga tidak mengandungi alcohol, lembut pada semua jenis kulit dan selamat digunakan. Best kan?
Ingredients Imaan Suci Wipes

Antara kandungan penting Imaan Suci Premium Wet Tissue;
Argan oil: Melembapkan kulit, anti penuaan, anti jerawat, menegangkan kulit
Aloevera: Lambatkan proses penuaan, mengurangkan kesan parut, anti-oksida, anti-bacteria
Vitamin E: Membersihkan kotoran sel-sel mati, mengurangkan kesan parut

Cara menggunakannya:

Tarik wet tissue dan sapukan pada wajah
Hanya buka sticker pelekat dan tarik keluar wet tissue. Tutup seal dengan betul untuk mengekalkan kelembapan tissue. Sapu pada wajah yang ingin dibersihkan. Ia juga untuk menyegarkan kulit.

My Honest Review:


Yeay dah jumpa wet tissue yang tak perlu lagi Mellya pakai cleanser untuk deep cleansing bila travel. Wet Tissue Biasa, muka masih ada kotoran. Wet Tissue Imaan, tak perlu lagi bersihkan wajah guna cleanser!Pakai wet tissue Imaan ni saja dah cukup untuk tanggalkan makeup Mellya. Bagi yang nak travel tak nak bawak micellar and cleanser bila singgah solat, boleh lah pakai wet tissue Imaan ni, memang best. Bau pun menyenangkan and muka rasa lebih fresh and clean! Well recommended.

Texture 3D Honeycomb untuk better cleansing

So amacam best kan? Bagi yang masih mencari wet tissue untuk mencuci makeup dengan sempurna bolehlah cuba Imaan Suci Wet Tissue. Setiap packet Imaan Suci Premium Wet Tissue macam Mellya ni mengandungi 10 keping tissue bagi setiap pack (3pack) berharga cuma RM 20 dan sekotak (18pack) cuma RM 120. Selain Imaan Suci Premium Wet Tissue (Argan, Vitamin E dan Aloevera), Imaan juga ada 3 jenis wet tissues yang lain iaitu  Imaan Suci Wipes Facial (Aloevera Vitamin E) khas untuk yang mempunyai kulit kering dan sensitif, Imaan Feminine Wipes, tisu lembap untuk zon intim wanita yang mempunyai asas daun sireh & mawar (Daun Sireh merupakan sumber asli yang mengandungi anti septik mematikan kuman dan antioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat. Berkhasiat mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman. Pati mawar juga bertindak sebagai penyeimbang PH dan memberi rasa nyaman dan sejuk pada kulit) dan Imaan Family Wipes (tisu untuk travel, dan kegunaan baby).


Mana nak dapatkan wet tissue Imaan Suci Wipes ni? Korang boleh dapatkan di sini http://www.imaanworld.com.my/ atau hubungi contact dibawah:
Alamat: No 3A-08 , D' Pandan Avenue 3, Taman Pandan Mesra, 68000 Ampang
Mobile: 019 286 2828
Email: inquiry@imaanworld.com
Website: https://www.imaanworld.com/
Facebook: https://www.facebook.com/imaansuciworld/
Instagram: https://www.instagram.com/IMAAN.SUCI.WORLD
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UChCJ0bgtXWdnbwWhkN3NBKw/videos

4 comments:

  1. mudahnya tanggal make up..:)

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try lah beli, sebab kalau pergi jalan2.. senang sikit nak remove makeup tiap kali solat..

    ReplyDelete
  3. Kak liez mmg guna suci wipes utk rwmove makeup.. mmg senang tanggal dan kulit xkering

    ReplyDelete
  4. Best pakai tisu ni, saya jadi agent pun sebab sedap pakai. Kalau nak repeat boleh pm saya fb page tanggal. Makeup Sepantas 10 saatsaat

    ReplyDelete