What's Hot

Saturday 27 October 2018

Hunter Killer 2018 Movie Review & 3 Sebab Korang Wajib Tengok

Assalammualaikum.
Hi readers! Lama gila Mellya tak buat movie review kan. haha So baru-baru ni Mellya for the first time ever, dijemput untuk attend premiere movie screening dekat Sunway Carnival Mall (kat situ ada GSC). So tajuk movie tu ialah "Hunter Killer" and at first Mell macam curious gak la, best ke cita ni and worth it ke nak pi tengok on working days (besala keja kan, balik kira nak hadap katil ja lol). But then fikir, alaahhh bukan senang nak dapat invitation macam ni, so why not?

Hunter Killer

sumber Google
Directed by Donovan Marsh , Hunter Killer based on novel; Firing Point by Don Keith & George Wallace, sebuah movie bergenre action thriller (durasi 2 jam) yang dilakonkan oleh Gerard Butler, Gary Oldman, Micheal Nyqvist, Common dan Toby Stephens. Movie ini telah ditayangkan di pawagam GSC bermula 25 October 2018. Memang menarik sebab buat pertama kalinya Mell berpeluang menonton movie yang berkaitan dengan kapal selam. haha sebelum ni banyak movie action atas kapal terbang, kereta tu memang selalu lah kan..
sumber Google
Kisah bermula apabila sebuah kapal selam US bernama Tampa Bay yang telah hilang ketika berada di perairan berdekatan Russia. Pelik dengan kejadian menimpa Tampa Bay, Captain Joe Glass hasil lakonan Gerald Butler telah diarahkan oleh RA John Fisk (Common) untuk pergi menyiasat kejadian tersebut bersama kapal selam USS Arkansas dan kru anak kapalnya, yang dinamakan sebagai Hunter Killer.
sumber Google
Pada waktu yang sama, sekumpulan Navy SEAL yang diketuai oleh Liutenant Bill Beaman (Toby Stephens) dan diikuti oleh anak buah nya,  Devin Hall, Matt Johnstone,  dan juga Martinelli (dia ni agak clumsy and slow compared to the others, maybe masih baru dalam team tu kot haha) turut diamanahkan untuk menyiasat base tentera marin Russia di Polyarny. Apa yang mengejutkan ialah Menteri Pertahanan Russia, Dmitri Durov telah menawan beberapa body guard Presiden Zakarin (Presiden Russia) termasuk Presiden tu sendiri, jelas menunjukkan tengah berlaku rampasan kuasa.
sumber Google
Untuk mengelakkan perbalahan antara dua negara, Kapten Joe dan kumpulan Navy SEAL tersebut telah diarahkan untuk menyelamatkan Presiden Zakarin.
sumber Google
Hasil pemerhatian Captain Joe Glass, dia mendapati bahawa Tampa Bay telah karam akibat diserang turpedo yang dipercayai daripada pihak Russia. Dia juga menemui sebuah bangkai kapal selam yang lain milik Russia bernama Konek yang telah karam akibat khianat (internal sabotage). Mereka kemudiannya diserang oleh sebuah kapal selam Russia yang menyorok dibawah iceberg, namun berjaya menghapuskan kapal selam tersebut. Ada mangsa yang terselamat di dalam kapal selam Russia itu, Captain Joe bertindak berani untuk menyelamatkan mangsa untuk dijadikan tawanan dan mangsa tersebut ialah Captain kapal yang bernama Sergei Andropov (dia sangat disegani oleh tentera marin Russia) bersama dua lagi anak kapal.
sumber Google
Bill Beaman dan anak buah nya membuat intipan sebelum akhirnya disedari oleh pihak Russia, dan cuba ditangkap namun tak diketemui. Martinelli telah terkena tembakan, menyukarkan lagi keadaan mereka untuk meyelamatkan Presiden Zakarin. Beaman kemudiannya membuat keputusan untuk pergi menyelamatkan presiden tanpa Martinelli. 
sumber Google
Captain Joe cuba memujuk Captain Sergei untuk beri kerjasama dalam usaha menyelamatkan Presiden tersebut (kawasan perairan Russia di penuhi dengan periuk api dan pengesan bunyi yang boleh mengancam keselamatan mereka). Adakah Sergei akhirnya bersetuju untuk beri kerjasama? dan apakah nasib Beaman dan anak buahnya? Martinelli? Kalau berjaya menyelamatkan Zakarin, adakah mereka dapat melepaskan diri dari tentera Russia dengan kuasa yang dimiliki Zakarin dan Captain Sergei? Banyak detik-detik cemas dalam movie ni, especially ketika Hunter Killer telah terjejas teruk akibat terkena serpihan tembakan turpedo milik Rusia.
sumber Google

Nak tahu apa kesudahan Hunter Killer? 

Mellya memang bagi 5 out 5, ada 3 sebab kenapa Mellya cakap korang kena tengok movie ni. 1st, story line the best, tak boring, tak slow, padat. Even though pelakon dia Mell tak kenal pun, tapi lakonan diorang memang mantap. 2nd, watak Captain Joe yang sangat cool orangnya. Korang kena tengok cara dia fikir, find solution and lead team dia. Cara dia deal dengan Captain Sergei yang at first macam tak percayakan dia. Next, korang dapat tengok sendiri macam mana keadaan dalam kapal selam, risiko dan bahaya bekerja dalam bidang tu. Memang beranilah!

Jadi jangan lupa pergi pawagam berdekatan untuk tonton movie ni tau! 
Memang thumbs up #hunterkiller team! ❤ 

1 comment:

  1. Ini reviews yang ketiga Mrs. A baca pasal Hunter Killer tapi berbeza sangat reviews masing-masing ada kata best ada kata boring.
    Confused Acik

    ReplyDelete