What's Hot

Saturday 10 November 2018

Zulqaas Phytonutrients Serum Review : Serum Muka Terbaik


Assalammualaikum.
Siapa yang tak mahu muka yang cerah, licin dan sihat kan? Baru-baru ni, Mellya telah diperkenalkan dengan produk serum natural dari Zulqaas Official iaitu Zulqaas Phytonutrients Serum. Rasanya dah ramai yang tahu tentang jenama yang kian meningkat naik sejak akhir-akhir ni di media sosial. Keberkesanan nya telah diperakui oleh banyak pengguna wanita, jadi Mellya mengambil kesempatan ini untuk mencuba sendiri produk serum ini untuk di review buat tatapan pembaca Mellya. 

Fungsi asas ZULQAAS Phytonutrients Serum yang kaya dengan 10 plants extract 
BRIGHTENING + HYDRATING + ANTI-AGING
Zulqaas Phytonutrients Serum telah diasaskan oleh Dr As Zulqa, yang mempunyai berkelulusan Ph.D dalam Halal (Kosmetik) Industri, dari salah sebuah Universiti Awam Malaysia. Produk ini telah pun mendapat notifikasi dari KKM (NOT180503209K) dan dijamin selamat. Produk ini juga berasaskan bahan natural, vegan, halal dan tidak diuji pada haiwan (animal cruelty free). 
Phyto (tumbuh-tumbuhan) dan nutrients bermaksud serum ini dihasilkan menggunakan nutrients dari tumbuh-tumbuhan, extract tumbuhan yang memberi banyak kebaikan pada kulit. Mengandungi 10 sxtract tumbuhan aktif yang mempunyai fungsi anti-oksida, anti-radical, anti-radang, dan anti-tyrosinase (membantutkan enzim yang menyebabkan kulit gelap).

Zulqaas Phytonutrients Serum mengandungi 15ml setiap botol yang bersize sederhana, mudah dibawa kemana saja. Berharga cuma RM 78 setiap satu (sekarang ada harga promosi di Shopee!). Merupakan serum pertama di Malaysia yang menggunakan chia seed untuk fungsi mencerah, melembap dan mengurangkan kesan penuaan pada wajah. Jom baca antara kebaikan bahan yang terkandung di dalam Zulqaas Phytonutrients serum ni: 

CHIA SEED mengandungi 7x ganda Vitamin C berbanding buah oren, sangat bagus untuk menghidratkan, melembapkan juga dalam masa yang sama berupaya mencerahkan kulit muka secara selamat. 

LICORICE ROOT melindungi kulit dengan menyerap sinar UVA dan UVB yang merbahaya pada kulit. Ekstrak licorice membantu mencerahkan kulit muka, mengatasi masalah kulit kusam, tona kulit tidak sekata & jeragat nipis.


MORUS ALBA tumbuhan antioksida yang tinggi Vitamin C, dapat membantu mencerahkan kulit muka, mengatasi masalah kulit kusam, tona kulit tidak sekata & jeragat nipis.

ROSEHIP OIL mengandungi nutrients 'fatty acid', Vitamin A, Vitamin C & Vitamin E yang membantu mengatasi kulit kusam & jeragat nipis juga berupaya mencerahkan kulit.

CHINESE SKULLCAP ekstrak kaya dengan flavonoid seperti Baicalin yang boleh melambatkan proses penuaan, menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan halus di wajah & sesuai untuk awet muda. Juga mengandungi Rosemary, Tea Tree, Chamomile, Centella, Japanese Knotweed yang baik untuk masalah jerawat, merawat, mengurangkan kerengsaan, dan melawan radikal bebas. 

Cara penggunaan: Selepas bersihkan wajah, sapukan serum Phtonutrients Zulqaas ni seluruh wajah pagi dan malam. Boleh juga dijadikan sebagai makeup base.
Review: Texture ringan , serum water based yang sangat mudah meresap ke dalam kulit. Mellya memang suka sangat sebab dia tak melekit langsung macam sesetengah jenis serum yang lain.  Lepas hampir seminggu penggunaan, Mellya dapat rasakan wajah Mellya lebih lembap dan lembut berbanding sebelumnya. Makeup juga lebih sekata dan tahan lebih lama. Selain itu, jika nak dibandingkan dengan serum-serum lain yang agak mahal disebabkan oleh ciri-ciri vegan, natural dan animal cruelty free, serum Zulqaas ni jauh lebih murah dan mudah untuk didapati.

Antara testimoni berjaya Zulqaas Phytonutrients Serum



Salah satu serum terbaik yang pernah Mellya cuba. Korang nak try jugak ? Dimana nak dapatkan produk serum terbaik Zulqaas Phtonutrients Serum ini? Korang boleh dapatkan di https://zulqaas.avana.asia atau hubungi team Zulqaas secara terus di contact yang tertera dibawah ya:

Website: https://www.aszulqa.com
Blog: https://www.aszulqa.com/blog
FB Page: https://www.facebook.com/ZulqaasOfficial/
IG official: https://www.instagram.com/zulqaas/
IG testimonial: https://www.instagram.com/zulqaas.testimonial/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCxCjBuZPSJ4VFXhgyykJJiA

1 comment: