What's Hot

Tuesday 25 June 2019

Durian Lovers, Here Comes “Durian Fiesta All You Can Eat” Buffet, Lexis Suites Penang!

Assalammualaikum.
[PROMOSI TELAH TAMAT!] Hey durian lovers! Ada ke penggemar buah durian dalam kalangan pengikut blog Mellya Crayola ni? haha Korang mesti tak sangka Mell suka buah durian kan.. haha Dulu zaman kanak-kanak, suka sangat makan durian sampai demam-demam haa (suka sangat sampai berulas-ulas makan, badan panas kalut la cari kain basah letak kat dahi muahaha). Biasalah budak-budak kan, tak berapa nak cerdik sangat hihihi Oh ya, so Mellya actually nak cerita tentang pengalaman Mellya menghadiri buffet Durian di Lexis Suites Penang baru-baru ni. Mellya tak pernah join mana-mana buffet Durian ya, baru kalini tergerak nak join dan buffet Durian ni dinamakan sebagai “Durian Fiesta, All You Can Eat” value buffet.
Okay untuk makluman korang suma, buffet Durian di Lexis Suites Penang ni lain daripada yang lain tau. Buffet durian ni memang khas untuk mereka yang booking sekadar untuk makan durian je (minimum 10 orang setiap sesi) and MEMANG main priority hanya untuk makan durian, pelbagai jenis durian! (sengaja ulang dua kali sebab nak bagi korang rasa teruja hahahaha)
Kalau betul korang suka durian, korang mesti tau kan terdapat pelbagai jenis durian yang ada (yang famous amos lah… dengan rasa and bau nya yang bergabung meletop!), dan menariknya di Lexis Suites Penang, korang berpeluang untuk mencuba 10 jenis buah Durian yang terkenal dengan keenakan nya! (Balik Pulau kan boleh kata famous sebab berlambak durian). Antaranya ialah durian “Musang King”, “Ang Hae”, “Hor Lor”, “Kapli”, “Cheh Phoay Kia”, “D11”, “D14”, “Chen Phoay 15”, “Kun Poh” dan juga “Ang Bak Kia”.
Oh ya, mesti ramai confused kan dekat mana diorang buka buffet ni sebab durian kan tak boleh bawak masuk dalam hotel ngeh ngehhh ~ Actually diorang buat buffet durian open air gituuu… dekat beach front hotel Lexis. So you all boleh le makan durian selama 2 jam dekat tepi pantai sambil ditemani dengan bunyi desiran pantai, angin… air laut… haha Memang happening!
Tengah tengok uncle ni kupas durian hehe
Sempat je amik gambar dulu haa
Berselera tak haha
So they all ada provide pulut and gula merah untuk kita makan dengan buah durian tuu. Kalau korang rasa nak makan pulut makan le, kalau tak nak… makan je durian tuh sampai lebam hehehe Oh yaaa jangan risau takut tercekik, diorang ada provide drinking water jugak untuk korang minum haha
Nak makan pun amik gambar lagi 
Kami geng durian lol
Berapa harga untuk masuk buffet ni? Setiap sorang akan dikenakan RM118 sahaja tau (ni harga nett, tiada cas tersembunyi dah okay!) lepas tu korang boleh makan durian sampai licin, sampai muak. Hehehe Jadi kalau korang berminat, silalah hubungi Lexis Suites Penang di contact yang tertera dibawah atau scan bar code yang Mellya sertakan diakhir entry ini. Korang kena booking at least sehari sebelum tau untuk set tarikh and timing yang sesuai. Hihi Kalau korang in house, boleh je approach reception Hotel Lexis Suites Penang ni untuk booking slot makan durian korang hihi
Qr code in case korang nak book slot durian laju laju hihi

Guys so this ends my little talks. Shout out to Durian lovers yang ada di Penang, jangan lepaskan peluang ni tau! Bukan senang nak merasa durian sepuluh jenis macam haha
Lexis Suites Penang
28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: 04-6282888

5 comments:

  1. I dont know this fruite😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. Ya ampunnnn... Seronok tengok durian bergolek-golek depan mata.
    Lagi indah kalau semua, kita yang punyaaa...
    Hihihi.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar durian mmg feveret la!! buffet omg xle byg la boleh mkn tnpa henti!! why penang why?? hahaha nice sharing sis n btw done foolow back tq!! :)

    ReplyDelete
  4. Sesuai buat penggemar dan juga hantu durian

    ReplyDelete