What's Hot

Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Tuesday, 25 June 2019

6/25/2019 10:54:00 pm

Durian Lovers, Here Comes “Durian Fiesta All You Can Eat” Buffet, Lexis Suites Penang!

Assalammualaikum.
[PROMOSI TELAH TAMAT!] Hey durian lovers! Ada ke penggemar buah durian dalam kalangan pengikut blog Mellya Crayola ni? haha Korang mesti tak sangka Mell suka buah durian kan.. haha Dulu zaman kanak-kanak, suka sangat makan durian sampai demam-demam haa (suka sangat sampai berulas-ulas makan, badan panas kalut la cari kain basah letak kat dahi muahaha). Biasalah budak-budak kan, tak berapa nak cerdik sangat hihihi Oh ya, so Mellya actually nak cerita tentang pengalaman Mellya menghadiri buffet Durian di Lexis Suites Penang baru-baru ni. Mellya tak pernah join mana-mana buffet Durian ya, baru kalini tergerak nak join dan buffet Durian ni dinamakan sebagai “Durian Fiesta, All You Can Eat” value buffet.
Okay untuk makluman korang suma, buffet Durian di Lexis Suites Penang ni lain daripada yang lain tau. Buffet durian ni memang khas untuk mereka yang booking sekadar untuk makan durian je (minimum 10 orang setiap sesi) and MEMANG main priority hanya untuk makan durian, pelbagai jenis durian! (sengaja ulang dua kali sebab nak bagi korang rasa teruja hahahaha)
Kalau betul korang suka durian, korang mesti tau kan terdapat pelbagai jenis durian yang ada (yang famous amos lah… dengan rasa and bau nya yang bergabung meletop!), dan menariknya di Lexis Suites Penang, korang berpeluang untuk mencuba 10 jenis buah Durian yang terkenal dengan keenakan nya! (Balik Pulau kan boleh kata famous sebab berlambak durian). Antaranya ialah durian “Musang King”, “Ang Hae”, “Hor Lor”, “Kapli”, “Cheh Phoay Kia”, “D11”, “D14”, “Chen Phoay 15”, “Kun Poh” dan juga “Ang Bak Kia”.
Oh ya, mesti ramai confused kan dekat mana diorang buka buffet ni sebab durian kan tak boleh bawak masuk dalam hotel ngeh ngehhh ~ Actually diorang buat buffet durian open air gituuu… dekat beach front hotel Lexis. So you all boleh le makan durian selama 2 jam dekat tepi pantai sambil ditemani dengan bunyi desiran pantai, angin… air laut… haha Memang happening!
Tengah tengok uncle ni kupas durian hehe
Sempat je amik gambar dulu haa
Berselera tak haha
So they all ada provide pulut and gula merah untuk kita makan dengan buah durian tuu. Kalau korang rasa nak makan pulut makan le, kalau tak nak… makan je durian tuh sampai lebam hehehe Oh yaaa jangan risau takut tercekik, diorang ada provide drinking water jugak untuk korang minum haha
Nak makan pun amik gambar lagi 
Kami geng durian lol
Berapa harga untuk masuk buffet ni? Setiap sorang akan dikenakan RM118 sahaja tau (ni harga nett, tiada cas tersembunyi dah okay!) lepas tu korang boleh makan durian sampai licin, sampai muak. Hehehe Jadi kalau korang berminat, silalah hubungi Lexis Suites Penang di contact yang tertera dibawah atau scan bar code yang Mellya sertakan diakhir entry ini. Korang kena booking at least sehari sebelum tau untuk set tarikh and timing yang sesuai. Hihi Kalau korang in house, boleh je approach reception Hotel Lexis Suites Penang ni untuk booking slot makan durian korang hihi
Qr code in case korang nak book slot durian laju laju hihi

Guys so this ends my little talks. Shout out to Durian lovers yang ada di Penang, jangan lepaskan peluang ni tau! Bukan senang nak merasa durian sepuluh jenis macam haha
Lexis Suites Penang
28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Tel: 04-6282888

Sunday, 27 January 2019

1/27/2019 01:18:00 pm

HAVE Herbal Spray , Spray Pelbagai Manfaat Istimewa dari Dr Sheikh Muszaphar, Angkasawan Malaysia


Assalammualaikum.
HAVE Herbal Spray

Hi korang! Ada yang selalu ada masalah sakit-sakit badan? Migrain? Mempunyai masalah kulit atau masalah resdung? Mellya selalu migrain. Bila banyak kerja kat office mulalah sakit kepala. Dah tu satu kerja pun tak dapat nak buat. Kadang-kadang pagi-pagi gatal hidung, bersin memanjang. Yang ada masalah resdung mesti korang ada simptom ni jugak kan. Tu belum bab jerawat lagi. Kadang tu salah makan, siap sedia lah pipi tu haa. Baru-baru ni, sajalah Mellya survey dekat instagram, mana tau terjumpa ointment yang serasi dengan masalah Mellya ni dan akhirnya terjumpa lah satu instagram jual herbal spray, namanya Have Herbal Spray.
HAVE Herbal Spray
Have Herbal Spray ni diperkenalkan oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia pertama. 

HAVE Herbal Spray

HAVE herbal spray produk tempatan yang berupaya merawat pelbagai masalah luaran. Diperbuat daripada 10 bahan herba iaitu Ekstrak Safron, Estrak Gaharu, Ekstrak Minyak Kayu Putih, Ekstrak Habbatussauda, Ekstrak Minyak Argan, Ekstrak Daun Pudina, Ekstrak Limau Purut, Estrak Halia Bara, Estrak Minyak Kelapa Dara, Ekstrak Halia menggunakan kaedah nano teknologi, HAVE herbal spray kini kian mendapat tempat dihati penggunanya tau. Mendapat kelulusan JAKIM dan KMM, HAVE herbal spray dipercayai selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur, 5 tahun dan ke atas untuk merawat pelbagai masalah luaran.
Setiap botol berharga RM 44.90(sm) dan RM47.90(ss) mengandungi 12ml 

Sesuai untuk digunakan bagi merawat masalah luaran, HAVE herbal spray banyak manfaatnya. Antara masalah luaran yang boleh dirawat ialah, terseliuh, lenguh pinggang, sakit sendi, gatal kulit, panau, kurap, stress, pening kepala, migrain, sakit gusi, sakit gigi, resdung dan juga selesema.

Cara penggunaan: 

Sembur dan sapu di tempat yang bermasalah, sapu sehingga rata. Hanya boleh dipakai untuk kegunaan masalah luaran sahaja. Tapi kalau tertelan, tak membahayakan kerana HAVE herbal spray diperbuat daripada herba yang tidak membahayakan. Juga boleh digunakan pada bayi, tapi cuma sapu tipis bersesuaian dengan tubuh bayi.

My Honest Review:

Sejuk dan berangin, bau nya sangat segar (bau macam gula-gula hacks hitam kalau tak salah mell hahaha). Alhamdulillah sejak pakai HAVE herbal spray ni, sakit kepala migrain kurang dah tak perlu makan panadol cuma kekadang je kena makan jugak (bila dah teruk sangat lah lol). Sometimes Mellya juga sapu kawasan yang lenguh, bila kerja di office memang selalu lenguh belakang sebab duduk terlalu lama. Senggugut tak payah cerita lah. Sepanjang sebulan Mellya cuba HAVE herbal spray ni, Mellya suka sangat and rasa tak rugi cuba. Ingatkan sebotol kecik ni tak dapat tahan sebulan, rupanya tak perlu banyak, beberapa titik je pun dah cukup untuk sapu dan merawat area yang bermasalah. Boleh pulak share dengan family bila travel sebab size nya yang kecil dan mudah dibawa.

Selain masalah yang Mellya hadapi tu, ramai juga yang review HAVE herbal spray juga boleh merawat sakit gigi, gusi, melecur, gout, stress, jerawat, gigitan serangga, rambut gugur, dan lain-lagi. 

HAVE Herbal Spray
Antara testimoni HAVE herbal spray.
HAVE Herbal Spray
Menarik bukan? Kalau korang berminat untuk cuba juga bolehlah order secara terus dengan menghubungi team HAVE disini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi team HAVE herbal spray di contact yang Mellya sediakan di bawah ya. Thanks for reading ❤

HAVE Herbal Spray
HAVE Herbal Spray
Telefon: 06 675 7413
Website: https://have.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/have.malaysia/

Sunday, 4 March 2018

3/04/2018 09:07:00 pm

Menabung ASB Secara Online Guna Maybank2u


Asalammualaikum.


Hi semua. Haritu Mellya ada share cara menabung dengan money checklist. Alhamdulillah walaupun tak konsisten, (Hanya Allah yang tahu betapa susah nya nak menabung ni) Mellya dah berjaya practice money challenge tu. Yeay hahah Mellya menabung bila Mellya ada extra money je but still according to the amount needed. So disebabkan keinginan nak menabung membuak-buak sejak akhir-akhir ni, Mellya main "duit kutu" dengan kawan, dan juga menabung ASB secara online guna Maybank2u. haha banyak method sebenarnya kalau betul-betul korang nak menyimpan.

Sebelum daftar ASB/ASNB dalam Maybank2u, korang kenalah ada akaun ASNB/ASB dengan Maybank2u. Hehe Dah ada dua tu, boleh la login Maybank2u korang tu. Done login, Buka bahagian "Investment"

Pilih "ASNB Unit Trust"


Click "Add" Tick pada bahagian "Declaration"


Pilih "ASB"

Then korang isi apa yang patut. Ada yang tak tahu membership id atau membership no? Kalau dah lama tak update buku ASB, silalah pegi ASB and update, daftar secara online pun boleh. Macam Mellya tak bapa reti ni, pegi lah dekat ASB, makcik security guard tu ajar guna computer dekat ASB tu utk daftar. hahah balik, just login dekat rumah. After dah isi segala mak nenek, relax sat. Lepas step ni, dia akan tanya TAC no yang dihantar ke phone korang, and tunggu 3 hari bekerja sampai keluar status "ACTIVE", korang dah boleh mula menabung ASB secara online. 


Lepas ni, kalau nak transfer duit ke ASB, buka je bahagian "Investment" > "ASNB Unit Trust" > Pilih account korang yang dah didaftar tu. Dia akan tanya berapa nak transfer lah, tac no lah.. macam biasa.. Nak tahu berapa balance ASB korang, boleh check secara online guna ASB Online atau bawa je buku ASB ke counter ASB yang terdekat. 


Sekian entry ringkas malam ini. Selamat menabung ! ❤

Tuesday, 23 May 2017

5/23/2017 10:00:00 am

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan



Assalammualaikum.

FOR HER

Tiba-tiba bercerita pasal hadiah untuk girlfriend. Adakah ini tanda-tanda Mellya sudah berpunya and ini ialah entry request hadiah? hahaha Eh tak.. Mellya memanglah, pernah lah kot ada kisah cinta beruk tapi cinta mati memang tak ada lagi buat masa sekarang. Nak cakap tak ada pengalaman tu macam menipu sangat lah. Salah satu benda yang paling Mellya tak suka waktu "berkaseh" ialah time nak beli hadiah birthday ( Mellya bagi hadiah time birthday je, kalau saja-saja nak bagi hadiah memang tak la, i'm not jenis sweet-sweet okay... ). Mellya memang tak pandai langsung pilih hadiah. Of course lah hadiah untuk lelaki, tak kan perempuan pulak kan. Kalau perempuan senang sangat, apa yang Mellya suka, mustahil depa tak suka.. nama pun sama-sama perempuan.

So dulu, time nak bagi hadiah dekat lelaki memang sangat confused. Pernah je Mellya pegi belikan teddy bear dekat ex masa sekolah dulu. hahah What the heck?? Bila fikir balik sekarang patutnya dia belikan aku teddy bear, aku belikan dia jam. Ni tak, terbalik masa tu. Aku dapat jam dia dapat teddy. Entah apala nasib bebear yang aku bagi dekat dia tu hahaha dengar cita ada lagi. 

Memandangkan Mellya tak nak lah orang buat kesalahan membeli hadiah ni, baik Mellya share hadiah untuk girlfriend yang guarantee tak akan mengecewakan. haha Yang lelaki i don't know, but this one for sure ladies confirm suka sampai guling-guling.

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan 

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan

#1 Make up or Shopping !

Rasanya kalau dapat make up jarang orang perempuan bersedih kecewa. Bersedih nangis kegembiraan banyak agaknya haha But the problem is ada setengah cerewet, so better kalau nak bagi hadiah make up apa kata bawak dia pegi shopping sekali, biar dia pilih. Yang ni confirm tak kecewa! 

#2 Teddy bear

Yea right, perempuan suka sungguh benda comel and fluffy. Jarang perempuan tak suka teddy ni. Mellya tak dela peminat teddy, but kalau orang bagi teddy i might be the happiest person too. haha Okay tiap malam tido peluk, gusti and terajang teddy tu haa. 

#3 Bunga

Cliche sangat bagi bunga. Tapi apa boleh buat, perempuan memang suka bunga. Kalau nak lagi best, hubungan erat, sweet sawit muwit, bukan birthday pun bagi jugak. Memang berbunga jugak lah hati girlfriend. haha

#4 Perfume atau set penjagaan diri

Yang ni Mellya memang selalu lah hadiahkan dekat Mama time birthday or Mother's Day. Tapi tengok jugak, kalau setiap kali sambut beli, yang lelama tak habis lagi.. Macam mana pulak haha 

#5 Chocolate

Chocolate ni bukan chocolate yang berharga singgit dua tu tau. Yang ni yang berpuluh ringgit haha Kalau orang yang jenis suka makan macam Mellya ni elok sangat lah. Bagi chocolate pun dah cukup bahagia dah. 

Actually, lima contoh ni tak bermakna ini je apa yang perempuan mahukan. Perempuan sebenarnya nak rasa dihargai, diorang bukannya nak sangat hadiah tu. haha So conclusion is Perhatian and Ambil Berat ialah Hadiah TERBAIK untuk seorang perempuan. 

Tanda Perhatian : Ayat bunga-bunga and ingat tarikh penting

Hahah this one rasa nya typical girls memang particular bab ni. Tapi bagus jugak kan, asalkan ayat bunga ada, ingat tarikh penting tu dah cukup membahagiakan hati seorang perempuan. So Good luck ! ❤

Tuesday, 10 January 2017

1/10/2017 08:00:00 pm

Cara Handle Orang Yang Bersikap Negatif terhadap Kita



Assalammualaikum.


credit : https://img.memesuper.com/bb3a982fcf58e3886c48568eab6ca1bf_seven-times-it-really-sucked-sharing-a-name-with-taylor-swift-taylor-swift-meme-haters_500-332.jpeg

Apa maksud bersikap negatif? Maksud bersikap negatif ialah setiap perilaku kita di balas secara negatif melalui percakapan dan perbuatan. Sebagai contoh mengkritik,  mengumpat, menunjukkan perilaku tidak menyenangi dan lain-lain lagi. Memang banyak orang yang suka berkelakuan negatif, and kita terpaksa hadap semua tu. Ada saja salah di mata orang walaupun tidak salah.

Punca sikap negatif

Ada banyak punca seseorang bersikap negatif terhadap kita. Ada yang disebabkan oleh hasad dengki, kurang menyenangi kita, dan kurangnya perhatian. Orang yang macam ni sebenarnya kekurangan rakan disebabkan oleh sikapnya sendiri.

Cara handle orang yang bersikap negatif?

#1 Ubah perspektif dan cara penerimaan terhadap kenegatifan

Ambil kata-kata mereka yang negative itu and think about it in a positive way. Sebagai contoh; kau ni bodoh. Ambil kata-kata buruk tu secara positif; oh.. aku tak cukup pandai, so kena belajar lebih lagi. Memang susah, orang yang penyabar je mampu buat macam ni. Tapi kita kenalah belajar menerima untuk menjadi lebih baik. Jadikan ia sebagai salah satu cara yang menaikkan semangat kita untuk terus berjaya.

#2 Tak perlu berbalah dan berbalas comment

Jika haters lebih gemar meninggalkan comment negatif di social media korang, abaikan. Delete semua komen negative dari otak fikiran. Fikir benda lain lagi bagus. Fikirkan komen-komen positif daripada penyokong mu. Haters gonna hate for sure so be strong.

#3 INGAT tiada siapa pun yang tahu perasaan kita

Ingat yang mereka tak berada di tempat kita. Sebagai mangsa, buktikan yang diri kita lebih matang daripada mereka. Bersikap professional dan jangan cepat melenting.

#4 Fikir je diorang tu maybe tak ada life!

Maksud disini, tak da keja nak dibuat selain mencari kesalahan orang lain. And be thankful, ucap terima kasih dekat orang-orang ni sebab mereka sudi luangkan masa untuk stalk gerak geri kita. haha macam paparazzi stalk retis gitu. Glam uols.

#5 Don't take it seriously


Tak perlu ambil serious atas komen negatif haters. Anggap komen itu adalah perantaraan, teguran dari Allah untuk menjadikan kita seorang yang lebih matang dan postif.

Semua orang tak sempurna, and tak lari daripada melakukan kesilapan. And tak semua dapat terima cara kita, jadi kita kenalah sabar. Doakan semoga orang-orang yang membenci kita dilembutkan hati. Mungkin teguran sinis itu tanda mereka ambil berat terhadap kita. Who knows ? ❤