What's Hot

Saturday 20 July 2019

Kulit Sihat dan Makeup Tahan Lebih Lama dengan Argania, Local Skincare Berasaskan Minyak Argan


Assalammualaikum.

Haloo readers. Masih ingatkan korang dengan posting Mell di Instagram beberapa minggu yang lalu mengenai product baru yang Mell telah cuba before Raya haritu? haha Ala tak ingatla tu... or korang rasa cam banyak je kan product Mellya cuba baru-baru ni? haha Cubanya bukan kerap cuma posting nya agak mengambil masa disebabkan oleh kekangan masa. By the way, maafkan Mell sebab terlalu lama ambil masa untuk share review mengenai product local seperti yang tertera di tajuk entry Mell ini iaitu Argania. Jadi untuk entry kali ni, Mellya ingin review 4 skincare product Argania yang telah menjadi pilihan ramai terutama golongan wanita (lelaki pun ada yang pakai Argania tau).

Argania  Pure Natural

So kalini Mellya berpeluang untuk mencuba Argania Multi-action Cream Cleanser (Facial Wash), Argania Aquaceutical  Facial Mist, Argania Light, dan juga Argania Wonder Oil
Argania Multi-action Cream Cleanser (Facial Wash) (60 ml @ RM 50) Cleanser khas yang diformulasikan untuk memastikan kulit wajah bersih, segar dan tidak menghadapi irritasi atau ketidakselesaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit iaitu normal, berminyak, kombinasi, kering dan sensitif, ianya menghapus kotoran dan sisa makeup, atau pencemaran pada kulit wajah tanpa meninggalkan kesan negatif pada kulit. Kandungan utama iaitu minyak Argan dan Hyaluronic Acid memastikan kulit wajah sentiasa lembap. Cleanser Argania ini didatangi dalam bentuk botol (pump) , jadi masalah untuk "leaking" kurang bila Mell pakai Cleanser Argania ni. Tinggal picit je kan.
Texture cleanser ringan dan cleanser ini baunya sangat menyenangkan, bau lavender soft-soft je (mungkin sebab ingredients nya semua berasaskan bahan natural dan tiada perfume digunakan sebagai bahan di dalamnya, mereka menggunakan lavender oil untuk menghasilkan bau yang menenangkan). Sabun buih juga tidak berlebihan, jadi kulit tak terasa kering selepas bilas.
Lepas bilas muka pun rasa soft and lembap disebabkan oleh kandungan minyak Argan dan Hyaluronic Acid!
Argania Cold Pressed Moisturizing Oil aka Wonder Oil (30ml @ RM 50) diperbuat daripada 100% minyak argan asli , kaya dengan Vitamin E untuk kulit yang extra glowing. Sesuai untuk dijadikan sebagai pelembap harian bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, kering dan sensitif, ianya membantu memberi lembapan yang secukupnya pada kulit. Antara kebaikan pada kulit ialah, mengurangkan jerawat, mencegah parut dan gatal-gatal, wajah lebih berseri, membantu pertumbuhan kening dan bulu mata, merawat masalah tona kulit tidak sekata, merawat kulit kasar, mencegah kulit kusam dan membantu masalah kulit seperti eczema. 
Texture bukan terlalu thick, rasa macam memang pakai minyak lah ye. Tak tau nak describe haha Memandangkan Mell tak berapa menggemari pakai oil dekat muka jadi Mell sapu sikit je. Tapi walaupun sikit, hasilnya quite satisfying! So Mell ada juga sapu dekat tangan sebab tangan Mellya sometimes nampak dry, and it kinda works on my skin. Maybe kalau amalkan kulit dan tak jadi dry. Cuma the oil at the begining, Mell rasa kurang selesa sebab tak minat pakai oil. haha
Argania Wonder Oil juga boleh dipakai pada badan dan rambut.
Argania Aquaceutical Face Mist(60 ml @ RM 50) ialah mist yang menyegarkan kulit secare instant dengan sekali semburan je. Mell selalu bawak dalam beg, sebab yela... sometimes muka rasa kering kan. Super convenient, dalam kereta pun boleh pakai. Mengandungi minyak Argan, air mawar dan minyak Bergamot, ianya sesuai untuk pelbagai jenis kulit iaitu normal, berminyak, kombinasi, kering dan sensitif. Antara kebaikan Argania Aquaceutical Face Mist ni ialah melembap dan menyegarkan kulit, boleh dipakai sebelum makeup dan selepas makeup untuk menghasilkan makeup yang lebih menyerlah.
Suka sangat sebab boleh bawak kemana saja!
Argania Light (30ml @RM63) dihasilkan dengan gabungan minyak Argan dan Lavender serta Bergamot. Ianya mudah meresap dan membantu untuk melembapkan kulit dan membantu mempercepatkan proses menghasilkan sel kulit baru. Sesuai untuk kulit yang berminyak, kering dan sensitif, antara kebaikan Argania Light ini ialah melembap, memperbaiki tona kulit, mengecilkan size pori, wajah lebih berseri, mengurangkan garis halus dan kedut di wajah, dan boleh dicampur bersama foundation untuk makeup yang lebih cantik.
Texture hampir sama dengan Argania Wonder Oil tetapi Argania Light ini lagi best sebab bau Lavender nya yang soft, sangat menyenangkan bila pakai. Jadi, Argania Light ni selalu juga Mellya bawak dalam beg ke mana-mana. Bila kulit rasa kering dan ingin rasa bau wangi sikit, sapu je Argania Light ni haa
Overall, i definitely fell in love with the face mist and Argania Light sooo much! Dulu memang tak berani cuba pakai minyak pada wajah, tapi bila dah try Argania, terus tersuka. So korang yang belum cuba, boleh lah cuba Argania sekarang. Nanti ada kesempatan Mell share video makeup Mell menggunakan product Argania ni. Untuk maklumat lanjut mengenai product, korang boleh visit link dibawah ni ya. Thanks for reading ❤

Instagram: https://instagram.com/arganiahq
Facebook: https://www.facebook.com/ArganiaHQ/
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCUXlXYXEj6iO2061I7a-VzQ

5 comments:

  1. Minyak Argan memang banyak khasiat kan.. bagus untuk kulit

    ReplyDelete
  2. Cantikny skin Mell.

    Bila kulit sihat dan cantik. Senang nak makeup.

    Banyak juga produk dari Argania ni ya

    Done follow sini

    ReplyDelete
  3. sweetnya pakagingnya. mell memang cantik dah. bertambah berseri lepas ni.

    ReplyDelete