What's Hot

Thursday 21 November 2019

Mohon Kebenaran Berkahwin Melalui SPPIM Kedah


Assalammualaikum.
Photo by Pixabay from Pexels
Hi readers. Sekarang dah bulan November, and Mellya pun memang tengah busy dah bulan ni. haha Macam tak percaya pun ada, status dah nak bertukar. Title Miss tu dah nak tukar ke Mrs okay! OH myyy! So back to the main purpose of this entry, okay this entry gonna be short short short. Sebab Mell saja-saja je rajin terlebih nak post entry ni muahaha Actually at first Mell nak akad dekat Seberang Jaya. So kena isi online ye zaman sekarang dekat sini >> e-Munakahat. Secara ringkas nya, both lelaki ngan perempuan kena isi form masing-masing. Si lelaki kena submit dulu untuk dapatkan kebenaran berkahwin, dah lulus si perempuan akan submit form diorang pulak sekali dengan surat kebenaran si lelaki. Oh yea, jangan lupa HIV test. Untuk yang Penang, borang boleh print kat sini
Mell dari nak buat di Seberang Jaya, dah bertukar ke Lunas, Kedah. haha so borang pun kena tukarlah. Kalau Kedah, procedure dia lain tau iaitu melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM). So Mell copy sikit nk explain pasal sistem baru ni, Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat. Soo, senang gakla sebab isi online haha
List Klinik Kesihatan area Penang
Back to Ujian Saringan HIV, korang boleh pi mana-mana Klinik Kesihatan berdekatan. Free je pun. And nak check pun kejap gila. haha Tempoh sah laku result HIV tu 6 bulan, so plan wisely la ek. haha Borang ni kalau yang dekat Penang, asing form dia dari form untuk permohonan nikah. Tak macam dekat SPPIM, form HIV test tu ada sekali dalam form yang minta kebenaran nikah tu. Means that after isi suma, then dia akan kuar pdf yang ada attached sekali form untuk HIV test tu. So make sure bawak form tu untuk tandatangan doctor Klinik Kesihatan yang korang pegi tu k.
Syarat Mohon Online
Done dengan HIV and isi borang online, ada section di mana korang kena minta tandatangan kariah kawasan masing-masing. Dah dapat tandatangan tu and dah dapat surat kebenaran nikah pihak lelaki, baru lah korang bawak pegi pejabat Agama, Mell pegi pejabat agama Kulim sebab stay dekat Kulim hihi.. At first Mell pegi hantar ingatkan kena interview, Alhamdullillah tak kena. muahaha Just submit sekali dengan sijil kursus kahwin, jumpa dengan pendaftar nikah, then dia akan bagi date untuk korang pick up borang kebenaran nikah nanti. Macam Mell diorang bagi date seminggu selepas submit. Boleh je hantar wakil tolong amik kan surat kebenaran nikah tu. Oh ya, Mell kena bayar RM 50 (RM10  tu utk bayar permohonan nikah, RM40 tu rasanya untuk kad nikah nanti kot).
Makesure amik tandatangan Jurunikah/Kariah
Harini dah dapat surat kebenaran nikah dah. hehe So korang yang nak nikah dah tu, makesure jangan terlalu awal or terlalu lambat isi form nih. Tapi tak pe, once korang dah dapat surat kebenaran nikah, surat tu valid 90 hari. hihi okay, see you guys in the next entry! Tak nak karang panjang-panjang nanti tak da orang baca lol ❤

5 comments:

  1. Thanks for your sharing 😊 have a nice week...

    ReplyDelete
  2. banyak juga prosedurnya. semoga dipermudahkan segala urusan Melly :)

    ReplyDelete
  3. tahniah. welcome to the club! hehe moga sakinah mawaddah wa rahmah ke akhirnya

    ReplyDelete
  4. Good sharing Mell. Semoga urusan bakal pengantin dipermudahkan.

    ReplyDelete
  5. nice sharing.sekarang borang semua online kan.. semoga urusan perkahwinan dipermudahkan

    ReplyDelete