What's Hot

Tuesday 9 May 2017

Cara Terima Wang Melalui Western Union



Assalammualaikum.


Hi readers. Baru-baru ni Mellya jual game yang Mellya mention dalam entry sebelum ni. Haha sebab jual, sayang nak bagi free. So Mellya jual dekat seorang lelaki Indonesia nih. And menggunakan perkhidmatan Western Union. 


Proses tak susah sangat. Lepas dah negotiate harga, Mellya cuma perlu bagi nama, no kad pengenalan, negara dan alamat rumah. So selepas dia cakap dia dah buat transaction, pastikan dia bagi receipt pengiriman wang, MTCN code dan juga total kiriman wang untuk memudahkan korang untuk membuat tuntutan wang melalui mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan Western Union.

So, Mellya pergilah ke Bank. Ingatkan boleh la nak cash out. Tapi rupanya susah. Dia minta invoice bagai. Then Mellya pun pergilah ke pejabat pos berdekatan. Di pejabat pos lagi mudah rupanya.


photo credit to : http://adeqrifqi.blogspot.my/2012/10/mudah-dengan-western-union.html

Korang akan diberi sekeping borang macam dalam gambar ni, and perlu isi detail selengkapnya. Selain MTCN code and total, korang kena tau first name and last name si pengirim juga tau. Kata abang pos tu, kalau nama tak betul, tak lulus kena buat lain. And lagi satu jangan simpan lama-lama, sebab boleh tahan at least 40 days kalau tak salah Mellya. 

Dalam borang tu korang wajib isi nama, alamat, negara, poskod, hubungan dengan penghantar, warganegara, tarikh, no fon dan lain-lain detail peribadi selain tujuan transaksi. 

However, kadang-kadang server down, terpaksala juga Mellya ulang alik dua tiga kali baru boleh cash out. Jadi total yang Mellya terima secara bersih RM 260 seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah.

Mudah kalau berurusan dengan pejabat pos, kalau dengan bank sudahla beratur tunggu turn. Pastu pulak banyak benda dia minta. Tak taula pula kalau dekat bank lain, orang tak kena. Maybe orang bank tu diskriminasi Mellya ni ke. hahaha

Nak berurusan melalui Western Union lagi ke? Hmm kalau banyak, tak pelah kalau seciput je tak berbaloi ulang alik pejabat pos tu haa. 3 kali jugala Mellya ulang alik pejabat pos untuk cash out duit tu. Apapun mudah je sebenarnya urusan terima duit melalui Western Union ni. Korang boleh search mana tempat yang sediakan perkhidmatan ni, lebih mudah pergi je pejabat pos, confirm ada. 




9 comments:

  1. Wahhh thank you for the info. Tak pernah lagi guna western union ni. Baru tahu cemana nak guna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. save it for future reference :) ur welcome !

      Delete
  2. leceh jugak rupanya kan. kalau dekat sini pos malaysia pun kena beratur panjang. nak kerja cepat selesai cuma satu je. datang awal huhuhu!

    ReplyDelete
  3. hi there :) nice blog and neat ((thumbs up))

    ReplyDelete
  4. berguna ni di masa hadapan.buat masa skrg tak ada la nak buat urusan tu

    ReplyDelete
  5. Pengalaman nie.. Kadang-kadang bank memang rumit sikit.. Bukan kata urusan western nie, urusan lain pun..

    ReplyDelete
  6. Camtu rupanya guna western union ni. tapi kami kat sini pejabat pos sentiasa penuh so prefer bank lagi.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  7. kita sebagai penerima,nk kene bagi nombo ic,alamat dan nama pada si pengirim duit tu ke?

    ReplyDelete