What's Hot

Saturday 9 September 2017

Jangan Tangguh Bayar Hutang PTPTN !



Assalammualaikum.

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist

Selepas beberapa lama berhibur dengan duit gaji, tuptup dapat email PTPTN suruh bayar hutang. Actually lama dah dapat email reminder tapi kali ni bila tengok total makin berlambak, mak aiii scary pulak rasa hahahah Mellya pernah je bayar before ni tapi stop sebab dok ikut cakap kawan, bayar pun tak de guna kalau ada tunggakan. Last-last haa sekarang tudia lagi banyak. Nak tunggu ada duit bayar lump sum memang angan-angan jela kan. Ini lah akibat tangguh bayar hutang PTPTN!

Untung lah ada kawan dekat PTPTN. At least tak dela Mellya ketaq lutut sangat dok fikir nak kena pegi office PTPTN tu. Dia cakap kalau degree dah boleh start bayar, kita boleh mintak buat jadual bayaran baru. Mellya penerima JPA tapi semester pertama Mellya menggunakan PTPTN, jadi adalah hutang degree satu semester. Tapi memandangkan degree tak kena bayar lagi, kawan Mellya tu cakap bayar je monthly macam biasa tapi bayar lebih daripada biasa untuk cover tunggakan. For example monthly kena bayar RM 131.25, tapi korang bayarlah RM 500 ke or RM 1000 ke depends on tunggakan korang.. untuk cover.

Nak bayar pun senang je sekarang. Banyak cara boleh.

Perbankan Internet

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist


Mellya guna Maybank. Caj bank yang dikenakan RM1.06.
http://www.ptptn.gov.my/docs/Bayaran-Balik-On9/manual_pembayaran_mbb2u.pdf

1. Layari laman web Maybank Berhad http://www.maybank2u.com.my/
2. Masukkan Login ID dan Password anda
3. Pilih Bill Payment 
4. Pilih Make a one-off payment/ favourite payment (sekiranya telah masukkan sebagai favourite)
5. Pilih Education & Education Loans 
6. Klik Continue
7. Pilih PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan 
8. Klik Continue
9. Masukkan maklumat 

  • Amaunt: 
  • Ic No:
  • Letter of offer no : (no pinjaman/ no surat tawaran) 
10. Klik Continue
11. Pastikan bayaran kepada adalah betul 12.Klik Request bagi permintaan TAC Number 
13. TAC Number akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank 14. Masukkan TAC Number tersebut dalam ruangan berkenaan 
15. Klik Confirm 
16. Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran

Jom Pay

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist

1. Kemudahan bayaran secara online melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.
2. Klik untuk 40 bank terlibat
3. Dapatkan Biller Code dan Ref-1. Klik di sini.
4. Klik di sini untuk panduan bayaran.

My Pay PTPTN

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist

Caj dikenakan RM 0.53.

1. Bayaran balik dan penambahan deposit SSPN-i secara online dengan menggunakan mobile web.
3. Klik di sini untuk panduan bayaran.
4. Klik di sini untuk panduan 'Add to Home Screen' (pautan pantas) myPay ke telefon pintar.

So amacam? Mana satu pilihan korang? Mellya guna Jom Pay, rasa macam lebih mudah. haha Pastu kita boleh buat monthly cut off tau kalau guna Maybank. Means that kita boleh set on certain date, akan automatic payment made to PTPTN, amount kita set la berapa and until when potongan nak dibuat. Setiap bayaran yang dibuat melalui online ni, akan diupdate at least 3 hari waktu bekerja. Lebih selamat kalau korang simpan bukti bayaran korang. Alaaa segalanya di hujung jari. hihi ❤

3 comments:

  1. Thank you!
    Bagus perkongsian ni..
    Sgt bermanfaat..

    Sng la nk bayar ptptn lps ni klik klik je..xyah ssh g kaunter

    http://spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hutang, kena langsai, walau bernasur-ansurr gituu,
    goodluck eh !

    ReplyDelete