Assalammualaikum
Masyarakat Korea seringkali menjadi sebutan dalam kalangan wanita-wanita segenap dunia disebabkan oleh kecantikan dan kesihatan kulit wajah mereka yang tidak dapat dinafikan. Kebanyakan beauty guru's sendiri juga telah mencadangkan dan mempraktikan 10 langkah penjagaan kulit masyarakat Korea untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat seperti wanita Korea. Selain daripada itu, masyarakat Korea juga mengamalkan diet sihat yang sememangnya membantu mengekalkan keremajaan kulit mereka!
10 langkah ajaib penjagaan kulit harian masyarakat Korea !
Cleansing Water atau Cleansing Oil
Dua bahan ini berfungsi untuk membersihkan wajah daripada sisa makeup. Masyarakat Korea sangat mementingkan konsep double cleansing, ( iaitu dua cucian, menggunakan cleansing water/oil dan seterusnya pembersih wajah). Keliru nak pilih cleansing water atau cleansing oil untuk kulit? Baca sini.
Foaming Cleanser/Pembersih Wajah
Selepas menanggalkan makeup menggunakan cleansing oil/water, adalah lebih baik untuk mencuci wajah daripada sisa yang tertinggal menggunakan cleanser yang sesuai dengan jenis kulit.
Scrub
Pastikan korang scrub wajah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mengelakkan daripada pori tersumbat. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menanggalkan sisa kotoran, sel kulit mati dan sisa makeup yang terperangkap didalam liang pori.
Toner
Pilih toner yang bersesuaian dengan wajah untuk stabilkan atau mengembalikan pH kulit korang.
Essence dan Serum
Sebelum serum, gunakan essence (lebih ringan, kurang pekat sesuai untuk merawat kulit dan mengembalikan sel kulit) terlebih dahulu. Ia juga membantu untuk melembapkan kulit. Serum kandungan lebih thick membantu untuk mengecilkan pori, mengurangkan kemerahan pada kulit, mengurangkan kedutan dan juga merawat jerawat.
Mask
Gunakan mask sekurang-kurangnya 2 kali seminggu selama 15 minit. Ia membantu untuk melembapkan dan menegangkan kulit.
Krim Mata
Penting untuk melindungi kawasan paling sensitif pada wajah. Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan sembap.
Krim Muka atau Pelembap, SPF
Krim muka, pelembap dan SPF untuk maintain kelembapan kulit, dan melindungi daripada sinaran UV. Kulit terlalu kering boleh menyebabkan jerawat.
Bukan je dari segi penjagaan kulit, diet pun orang Korea jaga tau ! Antara hidangan yang orang Korea suka makan ialah:
Kimchi
"Kimchi is a fermented Korean dish made of cabbage and seasoned with garlic, sugar, hot pepper and salt."
Kebaikan: Mengandungi lactic acid, lactobacillus (bacteria sebagus bacteria dalam yogurt yang baik untuk digestive system), vitamin C dan beta carotene yang baik untuk skin elasticity, mengurangkan jerawat, melambatkan penuaan dan melembapkan kulit.
Boricha
"Barley tea, or boricha, as Koreans call it, is made by adding roasted barley to water and bringing it to a boil."
Kebaikan: Mengandungi antioxidant yang boleh melambatkan proses penuaan. Menghalang gigi rosak dan mulut berbau.
Seaweed Soup
"It's made by soaking seaweed in beef or seafood stock, and seasoned with soy sauce, salt, garlic and sesame oil. "
Kebaikan: Kandungan Omega 3 yang sangat baik untuk kulit.
Banyak sebenarnya tips orang Korea ni. Diorang dari kecil lagi dah diasuh and dididik untuk jaga penampilan diorang. Harap-harap lepas cuba tips ni muka I flawless macam orang Korea. haha ❤
wah! lepas ni boleh amalkan rutin ni, baru cantik macam artis kpop
ReplyDeleteJom jom heheh tapi mellya bila rajin je 😂
Deletesuka tengok muka orang koreaa ... cantik kulit diorang
ReplyDeleteKan? Kulit cantik sihat je pun dah syukur , ni jerawat sampai ke skrg dok tumbuh lagi heheh
DeleteHahahha tak sangka kimchi tu banyak khasiat sebab tak suka makan kimchi. cuka dia banyak sangat
ReplyDeleteTau xpe! Haha xsangka kan!
DeletePenjagaan wajah di atas semua sis amalkan kecuali toner sebab allergic tapi kulit x gebu spt mereka sebab terdedah panas matahari 😥..
ReplyDeleteKimchi pun sis suka 😋😉