Menabung Dengan Money Saving Checklist - A box of Crayon

Latest

Sunday, 14 January 2018

Menabung Dengan Money Saving Checklist



Assalammualaikum.


Tahun ni Mellya dah berumur 25 tahun. Macam tak percaya je dah tua. haha rasa macam sama je, tak da perubahan tapi dari segi muka maybe lah makin kedut ehhh hehehe So dalam banyak-banyak azam tahun baru Mellya, satu ni memang ongoing punya must do. Apa dia? Simpan duit. Sebelum ni Mellya ada share Cara Untuk Menabung Yang Sangat Efektif Bagi yang belum baca, silakan. hehe entry kalini tercetus lepas tengok entry Mai pasal planner yang viral tu. Bahagian yang paling menarik minat Mellya ialah bahagian "Saving Challenge". 

Money Saving Checklist


Apa sebenarnya dimaksudkan dengan money saving checklist ni? Actually ianya satu jadual atau lebih kita kenal sebagai checklist untuk ditanda, setiap kali kita menyimpan duit kita tick lah satu persatu. Hehe menarik kan?  

Kelebihan 'Money Saving Checklist'
- Boleh set target yang dikehendaki 
- Bina disiplin diri
- Simpan duit lebih teratur
- Capai target on time

Senang je nak buat checklist ni. Jom tengok cara-cara buat 'Money Saving Checklist'

Set target total akhir yang korang inginkan. For example, Mellya nak simpan RM 2600 dalam masa 52 minggu atau 365 hari. Untuk secara mingguan, setiap minggu Mellya kena simpan RM 50. Kalau secara harian, setiap hari Mellya kena simpan RM 7.20.

Draft kan jadual anda. Benda penting yang wajib ada dalam checklist bagi memudahkan rujukan korang ialah calendar 2018, column minggu/hari, tarikh deposit, total, balance, column tick. Nak buat cantik-cantik boleh design sendiri, kalau malas download je dari Uncle Google mesti banyak ada hehe

So bawah ni ada contoh calendar and checklist Mellya. Mellya buat size A5 je. Kecik comel senang nak paste dalam buku. hehe Kalau korang nak letak atas meja or paste dekat board, buatla besar sikit. Bagi nampak clear hahah


Calendar untuk rujukan.

365 hari untuk RM 2600
52 minggu untuk RM 2600

Simple kan? hehe Korang boleh lah buat macam ni jugak. Calendar Mellya buat guna Photoshop, Checklist Mellya guna Words je. Mulanya nak letak background kaler-maler tapi nak print tu sayang pulak ink hahaha so end up tukar jadi putih je. Kalau korang nak boleh drop email untuk Mellya share. Malas nak upload google drive haha

So tahun baru ni jom la sama-sama menyimpan. Mellya dah pasang angan nak try yang RM50 per week tuh. Every week terus transfer RM 50 ke ASB. haa kalau letak dalam tabung ada pulak tangan ni mengorek time-time bernafsu hihihi Kbye! ❤


14 comments:

  1. Muda lagi 25 tahun ni. Tapi sangay bagus at this age dah ada kesedaran nak simpan duit.
    Thank you for sharing melly

    ReplyDelete
  2. Caiyooo.. Huhu bila i nak menjadi.. Tunggu setel hal hal umah dulu lah. Nice sharing

    ReplyDelete
  3. klaudapat seminggu 50 tu mmg best tapi liez tak kerja... harap duit belanja suami je... so dpt simpan 100 sebulan pun kira ok...

    ReplyDelete
  4. Eh eh nampak nama diseru, haha. Banyak juga tu target Mellya tahun ni, All The Best! Kalau plan betul2 ikut memang insyaAllah semua menjadi.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing sis! nice tips ^^ lepas ni bolehlah teguhkan azam nak menabung! :)

    ReplyDelete
  6. Cara yg mudah utk menabung.. Tq for sharing

    ReplyDelete
  7. Ciktie pun teringin nak buat jugak tapi risau jugak karang bocor hehe

    ReplyDelete
  8. Okey jugak kalu ada checklist nie..Nice sharing Mellya..

    ReplyDelete
  9. wahh bestnyerrr..nak jugak la softcopynyer... mane tau blh paksa diri menabung cara disiplin..hehe.. kite nak la sis..emel kat saya julsjulie80@gmail.com..

    tq sis :)

    ReplyDelete
  10. terbaik. hehehe. boleh guna jugak ni :D

    ReplyDelete
  11. satu bulan rm200.. nice sharing mellya.. berguna untuk mereka nak berjinak dalam menyimpan duitn ni. :)

    ReplyDelete
  12. Tarot pon dah lama mengamalkan budaya menabung ni

    Singgahlah sini,
    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete