What's Hot

Wednesday 24 May 2017

Mellya Crayola dan Google Adsense!



Assalammualaikum.

Try baca tajuk entry ni lagi sekali hehehe Macam tak percaya ja kan? Tulaaa Mellya lagi la tak percaya haa haha tak sangka usaha bulan ni akhirnya berjaya jugak cuit hati Adsense. Macam korang ada baca kan before ni Mellya ada upload post pasal blog maintenance bulan May, nak focus habis-habisan untuk update semula entry-entry lepas yang kebudak-budakan (sekarang pun masih budak-budak ehem..). Bagaikan mimpi, dapat email Adsense yang menyatakan blog ini dah berjaya !

Blog Mellya Berjaya Cuit Google Adsense !

Tips Adsense

Mesti tertanya-tanyakan macam mana nak dapat approval Google Adsense kan ? Nak kata senang tak jugak. Memang susah pun especially kalau kita ada banyak entry tapi lebih kepada gambar, penulisan sedikit. Sebab tu Mellya sekarang ada post yang di"published" tak sampai seratus lagi. Sebab Mellya dah draftkan kesemua entry-entry pendek dan merapu. haha Ni salah satu strategi nak apply Adsense tau. Kalau yang baru nak start blogging better start focus on criteria-criteria ni, mana tau nanti korang teringin nak apply Adsense, cepat sikit approve. 

Tips kedua, lebihkan penulisan, berbanding gambar. Ya Mellya banyak juga letak gambar sebelum ni. Jadi Mellya terpaksa edit lebih kurang 200 posts terdahulu (ada juga yang Mellya buang je) untuk menambahbaik penulisan. Kalau boleh setiap post atau entry mestilah sekurang-kurang 300 atau 400 patah perkataan. Lebih pun tak pa tapi jangan lah sampai beribu perkataan. Jumlah atau bilangan perkataan tu dah cukup untuk korang apply Google Adsense. 

Waktu nak apply ni jugak, Mellya tak join mana-mana giveaway. Prasan tak? haha sebenarnya tahan je hati ni tak nak join sebab nak dapatkan Adsense. Ni dah dapat macam nak join je...

Andai kata korang mengiklankan iklan lain, mention tajuk dia Advertise here, Advertisement atau apa-apa saja yang menunjukkan itu ialah iklan. Jangan lupa jugak untuk pasang iklan Adsense walaupun belum diluluskan. Barulah Adsense tengok betapa bersemangat nya kita nak apply Google Adsense. Mellya pun pasang iklan Adsense lebih kurang 2 minggu, sekarang baru diluluskan sebab actually dah banyak kali Mellya apply tapi tak lulus. First time apply kejap je boleh dapat result lulus atau tak, second, third, fourth attempt.. makin banyak kali apply, makin lama la nak dapat result. 

Selain daripada apa yang Mellya senaraikan dekat atas ni, macam biasalah ramai blogger ada mention betapa pentingnya bahagian author, about me, sitemap dan lain-lain. Pentingkan juga bahagian ni sebab salah satu punca Adsense tak lulus ialah kurang maklumat mengenai penulis

Rasa nya setakat ni dulu entry kali ni. hehe Huish tak boleh happy sangat, buatnya dia tarik balik nangis berlagu pilu pulak kita. Anyway, thanks Adsense sebab akhirnya awak terima saya jadi salah seorang suri blogger. hihi Moga Allah murahkan lagi rezeki Mellya lepas ni. Ni yang semangat nak blogging ni. Btw ini ialah auto post, Mellya sekarang dekat Dengkil uruskan pendaftaran adik bongsu ke Asasi TESL UiTM Dengkil. Adik kesayangan la katakan, mana boleh tak pegi ❤

25 comments:

  1. beshnye dah kena diapproved huwaaa sara punya ni dh berminggu tunggu huhu btw thanks share those tips

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Mellya. Happy for u.

    ReplyDelete
  3. tahniah mellya... welcome to the club.. jom jana pendapatan dgn adsense. :)

    ReplyDelete
  4. Wah, bestnya nak buat jugak!

    ReplyDelete
  5. wah tq..Hsna pun baru nak belajar berblog ekceli..mohon tunjuk ajar..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Mellya...Akhirnya dapat jugak awak cuit google adsense.. =)

    ReplyDelete
  7. tahniah mellya! rasa macam berminat je nak apply google adsense tapi i dont know why i haven't gotten to it just yet haha. bila dah betul2 ready nnt baru apply kot. btw, thanks utk tips2 mellya tu! so helpful ❤

    Lenne Zulkiflly Blog

    ReplyDelete
  8. yay welcome to the club sis hikhik :*

    ReplyDelete
  9. Ramai dah dapat. CR tak apply semula bila dah direject haritu.

    ReplyDelete
  10. tahniah mellya...saya tak dapat-dapat
    JanjiKita

    ReplyDelete
  11. thanks semua! nah kiss seketul heheh 😘

    ReplyDelete
  12. alhadmulillah tahniah Mellya.. fuhh bukan senang nak senang ni nak dapatkan adsense :D

    ReplyDelete
  13. Congrats Mellya..
    Semoga bertambah lagi rezeki Mellya dgn AdSense.. 😍

    ReplyDelete
  14. Eh tahniah2..
    Mellya, maksudnya kalau nk letak iklan lazada. Label advertisement tu kt iklan lazada tu jela kan. Adsense biar je. Btul tak?

    ReplyDelete
  15. jom join GA ni. Dapat gambar polaroid free free je. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/05/giveaway-july-2017.html

    ReplyDelete
  16. kesabaran membuahkan hasil haha..

    ReplyDelete