What's Hot

Friday, 26 May 2017

5/26/2017 01:11:00 pm

Kenangan Berpuasa



Assalammualaikum.


Esok puasa?? Cepat gila masa berlalu. Rasa macam baru ja masuk tahun baru haha Esok mula la hari pertama kita puasa kan. Malam ni ramai-ramai kita pegi solat terawih kat masjid (haha harap-harap tahun ni aku pegi la terawih). Tahun lepas Alhamdulillah berjaya puasa penuh, tahun ni kalau boleh nak juga puasa penuh. haha ingat lagi kecik-kecik selalu dapat duit bila puasa penuh, sekarang dah besar, ada lagi ke duit raya ? 

Cer tengok cover photo entry ni. hahah itu lah calon PM nanti hihi Kurus? Memang dari kecik lagi Mellya kurus melidi. Tapi sekarang gemuk la sikit, sikit ja.. haa Pertama kali Mellya start puasa masa umur 5 tahun. Biasalah time tu puasa pun nak cakap puasa betul-betul tak sangat. Hahah satgi korek hidunglah.. pi minum air lah.. makan gula-gula seketul la.. haha tapi okay la tu kan? at least belajar jugak nak puasa.

Masa umur 6 tahun tu kira okay sikit la. haha boleh lah puasa memang penuh sebab Abah janji nak bagi duit raya banyak. Nampak kan mata duitan waktu tu. Kecik-kecik dah tau nilai duit. Masa tu jugak Mellya memang jenis suka menabung. So kalau bab duit ni, sanggup buat apa saja. 

Pengalaman curi-curi makan tak pernah, tapi curi-curi minum air sejuk dalam peti ais banyak kali haha time tu puasa, cuaca panas yang amat sangat. And Mellya pulak baru balik sekolah. Tak mampu bertahan, bukak peti sejuk, gulp minum. Kakak Mellya yang ternampak kejadian tu ugut-ugut nak bagitau mama and abah Mellya. hahaha 

Cukup ragam waktu itu, masa pertama kali puasa ingatkan kentut pun boleh batal puasa. Memang jenoh menahan kentut. Last-last tanya abah, " Kalau posa, tak boleh kentut ke? Macam mana kalau tak tahan? " Adoyai... hahaha soalan apakah yang aku tanya waktu tu...  

Time berbuka, Mellya memang orang pertama bersusun ke tempat makan. Hampar newspaper lama atas lantai, hidang makanan terus duduk bersila depan hidangan feveret Mellya iaitu murtabak. Muahaha senang nak capai. Habit Mellya masa awal puasa tu, selalu termakan terus. Waktu kecil la, kalau sekarang macam tu lagi... Mau kena lempang.. Tapi waktu tu tak dela makan sampai kenyang, adala satu suap. Termasuk sesuap tapi selalunya berjaya diselamatkan abah Mellya. hahaha kecoh satu rumah time tu, soh cepat-cepat pegi keluarkan balik. Nampak kan betapa lapar sampai termakan sebelum masuk waktu.. 

Dulu masa kecik puasa memang best. And suasana puasa tu memang terasa. Sekarang ni tak sangat dah, mungkin sebab dah besar-besar semuanya. And budak zaman sekarang rasanya dah tak kisah sangat sogok dengan wang ringgit. Sogok dengan gajet, lagila effective kot. haha Apa-apa pun, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat rakan-rakan blogger yang membaca hihihi ❤

Wednesday, 24 May 2017

5/24/2017 10:00:00 am

Blog Mellya Berjaya Cuit Google Adsense !



Assalammualaikum.

Adsense

Try baca tajuk entry ni lagi sekali hehehe Macam tak percaya ja kan? Tulaaa Mellya lagi la tak percaya haa haha tak sangka usaha bulan ni akhirnya berjaya jugak cuit hati Adsense. Macam korang ada baca kan before ni Mellya ada upload post pasal blog maintenance bulan May, nak focus habis-habisan untuk update semula entry-entry lepas yang kebudak-budakan (sekarang pun masih budak-budak ehem..). Bagaikan mimpi, dapat email Adsense yang menyatakan blog ini dah berjaya !

Blog Mellya Berjaya Cuit Google Adsense !

Tips Adsense
Mesti tertanya-tanyakan macam mana nak dapat approval Google Adsense kan ? Nak kata senang tak jugak. Memang susah pun especially kalau kita ada banyak entry tapi lebih kepada gambar, penulisan sedikit. Sebab tu Mellya sekarang ada post yang di"published" tak sampai seratus lagi. Sebab Mellya dah draftkan kesemua entry-entry pendek dan merapu. haha Ni salah satu strategi nak apply Adsense tau. Kalau yang baru nak start blogging better start focus on criteria-criteria ni, mana tau nanti korang teringin nak apply Adsense, cepat sikit approve. 

Tips kedua, lebihkan penulisan, berbanding gambar. Ya Mellya banyak juga letak gambar sebelum ni. Jadi Mellya terpaksa edit lebih kurang 200 posts terdahulu (ada juga yang Mellya buang je) untuk menambahbaik penulisan. Kalau boleh setiap post atau entry mestilah sekurang-kurang 300 atau 400 patah perkataan. Lebih pun tak pa tapi jangan lah sampai beribu perkataan. Jumlah atau bilangan perkataan tu dah cukup untuk korang apply Google Adsense. 

Waktu nak apply ni jugak, Mellya tak join mana-mana giveaway. Prasan tak? haha sebenarnya tahan je hati ni tak nak join sebab nak dapatkan Adsense. Ni dah dapat macam nak join je...

Andai kata korang mengiklankan iklan lain, mention tajuk dia Advertise here, Advertisement atau apa-apa saja yang menunjukkan itu ialah iklan. Jangan lupa jugak untuk pasang iklan Adsense walaupun belum diluluskan. Barulah Adsense tengok betapa bersemangat nya kita nak apply Google Adsense. Mellya pun pasang iklan Adsense lebih kurang 2 minggu, sekarang baru diluluskan sebab actually dah banyak kali Mellya apply tapi tak lulus. First time apply kejap je boleh dapat result lulus atau tak, second, third, fourth attempt.. makin banyak kali apply, makin lama la nak dapat result. 

Selain daripada apa yang Mellya senaraikan dekat atas ni, macam biasalah ramai blogger ada mention betapa pentingnya bahagian author, about me, sitemap dan lain-lain. Pentingkan juga bahagian ni sebab salah satu punca Adsense tak lulus ialah kurang maklumat mengenai penulis

Rasa nya setakat ni dulu entry kali ni. hehe Huish tak boleh happy sangat, buatnya dia tarik balik nangis berlagu pilu pulak kita. Anyway, thanks Adsense sebab akhirnya awak terima saya jadi salah seorang suri blogger. hihi Moga Allah murahkan lagi rezeki Mellya lepas ni. Ni yang semangat nak blogging ni. Btw ini ialah auto post, Mellya sekarang dekat Dengkil uruskan pendaftaran adik bongsu ke Asasi TESL UiTM Dengkil. Adik kesayangan la katakan, mana boleh tak pegi ❤

Tuesday, 23 May 2017

5/23/2017 10:00:00 am

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan



Assalammualaikum.

FOR HER

Tiba-tiba bercerita pasal hadiah untuk girlfriend. Adakah ini tanda-tanda Mellya sudah berpunya and ini ialah entry request hadiah? hahaha Eh tak.. Mellya memanglah, pernah lah kot ada kisah cinta beruk tapi cinta mati memang tak ada lagi buat masa sekarang. Nak cakap tak ada pengalaman tu macam menipu sangat lah. Salah satu benda yang paling Mellya tak suka waktu "berkaseh" ialah time nak beli hadiah birthday ( Mellya bagi hadiah time birthday je, kalau saja-saja nak bagi hadiah memang tak la, i'm not jenis sweet-sweet okay... ). Mellya memang tak pandai langsung pilih hadiah. Of course lah hadiah untuk lelaki, tak kan perempuan pulak kan. Kalau perempuan senang sangat, apa yang Mellya suka, mustahil depa tak suka.. nama pun sama-sama perempuan.

So dulu, time nak bagi hadiah dekat lelaki memang sangat confused. Pernah je Mellya pegi belikan teddy bear dekat ex masa sekolah dulu. hahah What the heck?? Bila fikir balik sekarang patutnya dia belikan aku teddy bear, aku belikan dia jam. Ni tak, terbalik masa tu. Aku dapat jam dia dapat teddy. Entah apala nasib bebear yang aku bagi dekat dia tu hahaha dengar cita ada lagi. 

Memandangkan Mellya tak nak lah orang buat kesalahan membeli hadiah ni, baik Mellya share hadiah untuk girlfriend yang guarantee tak akan mengecewakan. haha Yang lelaki i don't know, but this one for sure ladies confirm suka sampai guling-guling.

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan 

Hadiah Untuk Girlfriend Yang Memang Tak Mengecewakan

#1 Make up or Shopping !

Rasanya kalau dapat make up jarang orang perempuan bersedih kecewa. Bersedih nangis kegembiraan banyak agaknya haha But the problem is ada setengah cerewet, so better kalau nak bagi hadiah make up apa kata bawak dia pegi shopping sekali, biar dia pilih. Yang ni confirm tak kecewa! 

#2 Teddy bear

Yea right, perempuan suka sungguh benda comel and fluffy. Jarang perempuan tak suka teddy ni. Mellya tak dela peminat teddy, but kalau orang bagi teddy i might be the happiest person too. haha Okay tiap malam tido peluk, gusti and terajang teddy tu haa. 

#3 Bunga

Cliche sangat bagi bunga. Tapi apa boleh buat, perempuan memang suka bunga. Kalau nak lagi best, hubungan erat, sweet sawit muwit, bukan birthday pun bagi jugak. Memang berbunga jugak lah hati girlfriend. haha

#4 Perfume atau set penjagaan diri

Yang ni Mellya memang selalu lah hadiahkan dekat Mama time birthday or Mother's Day. Tapi tengok jugak, kalau setiap kali sambut beli, yang lelama tak habis lagi.. Macam mana pulak haha 

#5 Chocolate

Chocolate ni bukan chocolate yang berharga singgit dua tu tau. Yang ni yang berpuluh ringgit haha Kalau orang yang jenis suka makan macam Mellya ni elok sangat lah. Bagi chocolate pun dah cukup bahagia dah. 

Actually, lima contoh ni tak bermakna ini je apa yang perempuan mahukan. Perempuan sebenarnya nak rasa dihargai, diorang bukannya nak sangat hadiah tu. haha So conclusion is Perhatian and Ambil Berat ialah Hadiah TERBAIK untuk seorang perempuan. 

Tanda Perhatian : Ayat bunga-bunga and ingat tarikh penting

Hahah this one rasa nya typical girls memang particular bab ni. Tapi bagus jugak kan, asalkan ayat bunga ada, ingat tarikh penting tu dah cukup membahagiakan hati seorang perempuan. So Good luck ! ❤

Monday, 22 May 2017

5/22/2017 08:00:00 pm

Sunshine Blogger Award - Sayidah Napisah | Zizie Zack


Assalammualaikum.

Sunshine Blogger Award - Sayidah Napisah | Zizie Zack


Alhamdulillah sekali lagi dicalonkan hahah actually dah lama sangat ni postpone mengarang. Disebabkan soalan nya yang sangat lah banyak, agak mencabar bila nak jawab. The Sunshine Blog Award is given to “bloggers who positively and creatively inspire others in the blogosphere“.Thanks blogger Sayidah dan Zizie atas kesudian untuk tag Mellya. 😄 Ada beberapa soalan yang dikemukakan oleh sis berdua ni, sebelum tu jom tengok rules untuk peserta Sunshine Blogger Award ni dulu ;

Here are the RULES
  • Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog 
  • Answer the 11 questions sent by the person who nominated you 
  • Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions 
  • List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog. 

Tagged by Sayidah

1. Lagu apa yang paling anda suka & layan sekarang ni? (boleh lebih dari satu)
I want something just like this... du du du du du duuuuu.. haha dengan lagu all time low... low... low...

2. Teringin nak travel kat mana? Kenapa di sana?
Teringin nak pegi Australia je. Tak tau kenapa. Rasa macam nak tinggal terus kat situ hahaha

3. Lebih rapat dengan mak atau ayah?
Abah, even though selalu kena marah, tapi nak mintak apa-apa mintak kat abah gerenti dapat. heheh

4. Time sekolah dulu, subjek/ mata pelajaran apa yang paling anda suka? Sebab?
Bio and Sejarah tapi tak ingat dah pun hahaha eleh bio tu minat je tapi spm dapat b ja 😂

5. Pernah tak rasa putus asa dalam hidup? Bilakah?
Pernah! Waktu dapat result spm yang tak berapa gempak iaitu 5A je hahah Time tu rasa macam putus asa gila-gila lah.

6. Apakah kata-kata perangsang/motivasi yang selalu anda kata pada diri sendiri when things get tough in your life?
Sabar Mellya sabar.. dugaan.. sabar sat ja.. haha tu ayat selalu terdetik dalam hati.

7. Posisi favourite bila nak tidur?
Mengiring peluk bantal peluk heheh

8. Tajuk buku/novel yang paling latest/last anda baca?
ALAMAK... Soalan yang sangatlah cepu emas sebab Mellya tak membaca sangat haha

9. 5 perkara yang anda TERINGIN SANGAT SANGAT nak buat sebelum umur mencecah 50 tahun [bucketlist/wishlist]
5 perkara for sure melibatkan parents, family. And travel dengan kawan-kawan.

10. Nyatakan hobi pelik yang anda buat tapi orang lain tak buat atau jarang-jarang buat.
Hm hobi? lol I dont know. Rasa macam tak ada hobi pelik. Benda yang selalu buat ialah scroll ig, main game, tengok movie. Hobi yang mendatangkan faedah jauh sekali hahah

11. What do you think of my blog? sincerely eh jawab hehehe.
Blog yang sangat berinformasi dan padat. haha one of my favourite blog. 

Tagged by Zizie

1. Tell me about yourself. I want to know more about you.
Mellya asal Penang. Bila dah kenal banyak cakap, pastu mood swing. haha

2. Dah berapa lama korang blogging? Dan apa pengalaman best korang sepanjang blogging. "Dapat ramai kenalan" tidak dibenarkan. Hee.
Hmm kalau ikutkan lama dah, but kalau ikut usia blog ni dah nak masuk one year. Pengalaman paling best bila menang giveaway hahah

3. Top 3 in your bucketlist.
Haa yang ni boleh baca dekat wishlist Mellya. Rasanya pasal kerja and sambung belajar,

4. Your bestfriend. If you don't have any single human as your BFF, anything can lah.
My bestfriend is my phone lol I cant live without my phone. Without phone tak boleh nak contact my human bff haha

5. 5 things that you most treasure.
Hm phone, laptop, make up, another two..... tak tau dulu masa zaman suka Kim Soo Hyun adalah mengumpul barang-barang Faceshop sebab ada muka dia, sekarang dah tak minat dah haha

6. Last movie that you watched? Recommended or not?
Last movie Grace cita bunuh-bunuh Siam. Tak best langsung. Not recommended. Tengok kat Tv ja haha

7. Makanan yang you craving sangat sekarang! Yes , right now!
Right now im craving for lamb chop. Urghhh

8. What makes you had an adrenaline rush? Aku hempuk sape jawab benda tak senonoh kang.
Adrenaline rush? HAHAH hmm waktu jumpa crush la kot. Sapa tu?

9. Are you away from your family? If yes, tell me your hardship. #teamanakperantau
No! Dok kat umah haa. Adik beradik semua tak de, cek ja dok umah skarang. Teringin beno nak merantau.

10. Take a photo of inside your purse/wallet. Messy or not.. Heh.
hahaha alamak yang ni tak dapatlah. sebab jawapan nya sememang messy. Penuh dengan kertas resit yang entah bila terselit, kumpul tanpa sedar.

11. I know you barely know me. Just want to hear others opinions about me. Hahaha.
Hmm sis ni outgoing person agak nya haha

So that's all for now. Thanks for the tag. Sekali lagi maafkan saya tak dapat nak memenuhi syarat untuk tag sesiapa dalam award kalini. Nak baca previous post Sunshine Blogger Award boleh check di Sitemap. Btw, jemput singgah blog dua blogger hebat ni ya ❤

Saturday, 20 May 2017

5/20/2017 12:42:00 pm

Sayat.me Application Untuk Mengutuk dan Dikutuk?



Assalammualaikum.


credit: http://socialmaharaj.com/wordpress/wp-content/uploads/2017/04/sayatmeMeme.png

Makin lama makin bercambah application-application menarik. haha viral sana-sini. Mellya ni boleh dikatakan kategori tak begitu tahu sangat pasal apps yang tular di social media ni. Haritu FaceApp yang mengubah muka macam-macam tu, Mellya memang tak terjebak.. tapi yang latest Mellya prasan ialah Sayat.me ni.. memang menarik minat Mellya.. Dok heran juga amenda lah sayat.me. 

Sayat.me ialah satu application yang membolehkan orang menulis pendapat peribadi terhadap diri kita. Contoh macam kita sign up application ni, create personal url, nanti orang anonymously akan kritik or memberi pandangan terhadap diri kita melalui application tu. Kira macam kritik la kan? Contoh Mellya, awak ni sombong. hahaha tu kritikan yang tak pedas lah kan. Boleh lagi nak dijadikan contoh. Then korang bacalah yang mana kritikan yang best, yang tak best tu abaikan jela. And segala kritikan tu private, korang boleh pilih untuk share atau tidak ke public. Tapi bagi pandangan korang, adakah application ni bagus untuk digunakan?

Sekadar suka-suka

Application ni kalau digunakan secara suka-suka, rasanya tak ada masalah. Biasalah orang zaman sekarang memang suka mengkritik. Bila ada application ni kalau tak puas hati sangat or nak tegur sangat, guna application ni bagus jugak. Tak perlu lagi nak kritik dekat gambar orang, nak malukan orang segala. Kalau tengok sisi positif, ada juga kebaikan nya.

Cyber bullying

Sayat.me Application Untuk Mengutuk?

Kewujudan application macam ni kadang-kadang boleh menyebabkan cyber bullying. Pagi ni waktu Mellya search tentang application kritik mengkritik ni, muncul satu berita di luar negara, seorang pelajar 15 tahun bunuh diri selepas dibuli dalam application Sayat.me ni >> https://www.thesun.co.uk/news/3598152/george-hessay-suicide-say-at-me-app-yorkshire/. 
Jadi, kesan negatif nya terbukti bila berlaku kes-kes macam ni.

Bagi Mellya, application macam ni tak sesuai untuk yang masih belum boleh berfikiran matang dan yang tak boleh menerima kritikan. Ada baik nya had kan limit umur pengguna. Mungkin pandangan orang berbeza, tak salah nak ikut trend. Dan bukan juga salah founder application ni, diorang pun tak boleh nak control attitude setiap pengguna mereka. Every thing depends on the person itself and humanity ❤

Friday, 19 May 2017

5/19/2017 10:37:00 am

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser Review



Assalammualaikum.

Cosmoderm Malaysia

Hi readers. Kalau korang selalu follow up blog Mellya, mesti tahu Mellya ada masalah jerawat bila nak dekat period kan? Jerawat memang suka tumbuh especially area rahang and pipi. Dua minggu clear, satgi dua minggu tumbuh balik. haha Tak sempat merasa muka licin.. sob sob.. Jerawat yang suka tumbuh area rahang ni actually disebabkan masalah hormon. Tapi disebabkan muka Mellya ada masalah berminyak juga, so Mellya pun search moisturiser yang sesuai untuk oily face. Sebabnya, Sendayu Tinggi buat masa sekarang belum ada moisturiser khusus untuk muka yang berjerawat.

Cosmoderm ni memang dah boleh cakap famous dalam kalangan blogger. Tapi Mellya tak rasa nak cuba pun. Sampai lah satu masa adik Mellya cuba Cosmoderm Tea Tree Oil Moisturiser ni. Muka dia yang selalu tumbuh jerawat dah tak tumbuh jerawat lagi tau. 

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser Review

Sesuai untuk yang berkulit jerawat dan berminyak, Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ni yang berkotak warna hijau. Ada banyak lagi jenis sebenarnya tapi disebabkan muka Mellya jenis oily baik focus yang ni je. Pelembap bebas minyak Cosmoderm ni sangat sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit sensitif. Jenis water-based, memang sangat mudah meresap ke kulit. Selain boleh control sebum, ia juga memutihkan, melembapkan dan melicinkan kulit. Siap ada SPF 15 lagi.

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser Review
The ingredients

Satu tube 50ml Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ni berharga RM 20 je. Mellya beli dekat Guardian. Kalau dekat Lazada pun RM 20. Memang murah kan. Masa beli tu excited gila nak cuba. haha

Zero Paraben/SLS/SLES, Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ni juga selamat digunakan, bertaraf GMP dan tak animal cruelty. 

Antara kandungan yang ada dalam Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser. Hyaluronic acid pun ada babe patutlah muka rasa tegang je hahah

Okey ni lah rupa moisturiser tu. Warna putih and berbau tea tree for sure.

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser Review

Cara penggunaan:

Selesai cuci muka dan sapu toner, sapukan Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ke seluruh muka dengan rata. 

What i felt:

Muka jadi cerah lepas pakai. haha tak pasti sebab Mellya apply terlebih banyak atau memang macam tu. Refreshing. And pori slowly dah semakin kecil (satu lagi masalah Mellya, pori terbuka). 

Repurchase?

Yes beli lagi kot. Harga pun murah. Selagi Mellya tak jumpa moisturiser yang sesuai untuk kulit, i definitely gonna use this for now. Bukan tak okay, okay je but tak berapa suka texture dia. Tak pasti lah mungkin Mellya terpakai banyak or sebenarnya memang kena apply sikit je kan. haha and kalau tengok ingredients dia pun ada yang macam tak okay sangat untuk kulit contoh fragrance. but the result is not bad. Jerawat kurang, muka cerah semacam. Yang Mellya best ialah pori-pori makin mengecil. Boleh nampak la effect after pakai moisturiser ni. 

Note: Mellya tak guna full range Cosmoderm, cuma pakai moisturiser ni je sebab Mellya dah ada pencuci yang lain. However setakat ni tak ada masalah bila campur product. But depends lah on your skin too, ada setengah tu muka dia fragile and sangat sensitive. A slight changes akan menyebabkan breakout yang sangat teruk. Nak tahu sesuai ke tak sesuatu product tu, cuba apply pada kawasan seperti dagu or rahang atau mana-mana yang bila ada breakout occur sebab tukar product tu tak nampak. Kira macam test dulu lah, if okay baru apply pada muka.

So, I give it 🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟

How was it? Harap-harap review ni bergunalah untuk sesiapa yang tengah mencari moisturiser sesuai untuk kulit berminyak and bermasalah. Good luck ! ❤

Good news untuk yang nak cuba set jerawat Cosmoderm ! Di Lazada, setiap pembelian barangan Cosmoderm RM 100 akan dapat free shipping. Tamat 30th June 2017.


*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

Friday, 12 May 2017

5/12/2017 10:30:00 am

My Appreciation Post and Short Review



Assalammualaikum.


Tujuan entry ini ialah sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan blogger yang sentiasa support and hadiahkan Mellya sesuatu sepanjang Januari hingga Mei ni. haha Mellya ni jarang sekali menang giveaway, entah kenapa maybe tak da luck sangat kot. Mungkin luck dari segi lain InsyaAllah haha Actually banyak juga souvenirs yang Mellya dah received and ada yang Mellya pakai selalu pun, tapi tak berkesempatan nak review pengirimnya. haha maafkan!



Passport Holder by Mummy Ayu >> https://mummyayu.blogspot.my/
Sis Mummy Ayu hadiahkan Mellya sebuah passport holder warna baby pink ! Happy nya rasa tengok, tak sabar nak guna tau.. Sis ni sekarang menetap dekat Thailand. Once in a while dia akan balik Malaysia. Seronoknya boleh berhijrah kan? Sis ni banyak menceritakan tentang lifestyle dekat sana. So kalau korang rasa nak chit chat dengan sis ni boleh lah singgah blog sis lepas ni. hehe

Notebook by Mya Farisha >> http://www.myafarisha.com/
Notebook ni memang comel. Memang asalnya nak beli notebook, tuptup dapat pulak notebook sis Mya Farisha bagi. Save ongkos. haha Buku ni sekarang dah macam belacan Mellya lunyai. Segala mak nenek Mellya catat, sangat berguna. Mellya selalu la jugak singgah blog sis ni, banyak informasi yang dikongsikan. Pasal beauty? Lifestyle? Hiburan? Review? Cari je dekat ruangan search blog sis ni, macam-macam ada.


Souvenir dari Korea by Ana Suhana >> bajetciputselerabesar.blogspot.my/
Bestnya la haii bila sis Ana cakap nak bagi souvenir. heheh comel tau hadiah yang dia bagi.. Sampai sayang Mellya nak guna. Tapi at last kepit kuku comel tu Mellya pakai juga, sebab cari kepit kuku tak jumpa haha Sis ni suka travel tau. Kalau nak cari review hotel ke, restoran ke.. or tempat yang best untuk korang lawati, haa bolehlah baca dekat blog sis ni. Part makanan tu yang tak tahan, menyelerakan betul tengok makanan sis ni snap. heheh

Bookmark by Ajussix >> https://ajussix.blogspot.my
Haa sis ni sempoi. Mellya bukanlah gemar baca buku, tapi bila sis ni bagi penanda buku rasa bersemangat sikit nak baca, walaupun semput-semput baca. haha Rajin sis ni buat handicraft bookmark simple ni lipat-lipat je dah comel hihi. Sis ni banyak berkongsi lifestyle di blog. Hihi sis ni friendly tau rugi tak kenalan dengan dia.


Pencil case, Books and A Watch by Sviors >> http://realsviors.blogspot.my/
The best gift rasanya. hahah Mellya suka gila jam yang Svior bagi tu. Rasa cam stylo sangat jam tu. Tau tak Mellya siap pakai pegi konvokesyen haritu tau, and till now selalu pakai jam tu. Padahal jam Zalora yang baru beli tu ada je, tak pakai dok dalam kotak je haha berkenan sangat jam nya... Buku pun dapat tau, rasa bertuah sangat masa ni. hihi tak sangka menang.. Dapat pulak parcel tepat-tepat hari birthday Mellya, hahah rasa macam dapat hadiah birthday pulak. Sis Svior ni selalu buat giveaway, korang nak jugak kena rajin singgah blog sis ni. Cita-cita Kpop pun banyak heheh

So buat masa ini yang ni je dulu appreciation post kalini. Thanks again tau. Suka sangat dengan gift yang korang bagi tu. hehe Moga dimurahkan lagi rezeki uols yang murah hati Amin. Yang dah baca entry ni jemput lah singgah blog diorang ye,, and jangan lupa singgah blogger yang dalam senarai bloglist Mellya kat bawah tu  ❤

Thursday, 11 May 2017

5/11/2017 09:27:00 am

Blue Sky Tag: 11 shades of me



Assalammualaikum.

Blue Sky Tag: 11 shades of me

Baru-baru ni Mellya di tag untuk challenge Sunshine Blogger Award. Masih ada dua set soalan belum dijawab, dah ditag dengan yang ini. haha Rules Blue Sky Tag dan Sunshine Blogger Award rupanya sama je, tanya 11 soalan untuk dijawab oleh mangsa tag. hihi

This is the rules:
🌸 Answer their 11 questions
🌸 Tag 5 people
🌸 Give them 11 questions to answer

11 soalan pertama oleh Messarah : 
http://messarah.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-11-of-me.html 

1) Kalau ada banyak duit, benda paling penting korang nak buat apa? Ceritakan.
Kalau Mellya banyak duit, yes Mellya nak buka business sendiri hahaha sebab Mellya memang suka sangat bab business ni. Benda apa yang Mellya nak jual, beauty products/makeup/clothing. Bila dah makin masyuk, for sure lah nak belanja family dari segala segi hehehe

2) Siapa idola korang? Kenapa?
Idola? Idola dari segi mana ya... Kalau ikutkan memang banyak idola Mellya ni. Mellya pun xpasti yang mana paling menjadi idola.

3) Dah berapa crush korang pernah ada ahahagagaga setakat ni.
Banyak ! Crush memang banyak hahaha Antaranya Top kumpulan Big Bang. Dulu sampai tahap mimpi lah. Tapi sekarang dah move on heheh

4) Subjek paling killer time sekolah menengah dulu?
Subject paling lemah semangat chemistry dengan physics. Hahah Jangan tanya kenapa pleaseee?

5) Perkara paling jahat korang pernah buat masa zaman sekolah?
Masa duduk asrama, pernah tak pegi perjumpaan padahal pengawas asrama waktu tu. Haha and ada la memori paling melucukan waktu buat jahat tu. hahaha tapi yang penting tak kantoi. 

6) Ada pengalaman bekerja di mana-mana? Senaraikan.
Ada je, Mellya start keje part time since diploma masa cuti semester. Cashier, waitress, promoter tu memang selalu sangatlah. Paling best promoter, tapi paling memenatkan jugak lah promoter. haha sebab kena angkat kotak berat nak mampus sampai tangan bermuscle wakaka

7) Paling suka baca buku genre apa and senaraikan buku-buku best yang korang pernah baca.
Buku? hahaha tak rajinla baca buku.. kalau baca pun, yang mana orang cakap best bacala.. Nak senaraikan pun tak dapat lah, sebab orang tak rajin membaca kan hihi

8) Apa impian korang yang dah lama dipendam tapi sampai sekarang masih belum tercapai or hampir tercapai?
Hmmm banyak sangat tak tersenarai disini. Tapi kalau nak tau jugak boleh tengok wishlist Mellya dekat bahagian About Me. hehe

9) 5 facts tentang diri sendiri. 
5 facts about me : Boleh baca dekat previous post
http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/11/five-facts-about-me.html

10) Target nak pergi haji tahun bila? *ni doa ni jgn memain hahaha
Target waktu tu maybe umur 45. haha Amin moga tercapai lah.

11) Rajin bukak apa je? (email/twitter/blog/fb/insta/youtube/etc) *bagi link/username sekali huhu
Instagram paling Mellya suka buka, bukan Mellya post apa-apa pun, cuma suka tengok gambar-gambar orang. haha jamu mata.. Link : https://www.instagram.com/fhatinamelia

Soalan kedua ditag oleh : 
https://missobsesi.blogspot.my/2017/05/the-blue-sky-tag-fatina-mudz.html

💘 What is your childhood ambition?
When i was a child, Mellya nak jadi stewardess. haha sebab rasa macam best sangat boleh travel merata-rata. Pastu, majority stewardess ni semua cantik-cantik, so dulu Mellya nak cantik sebab tu la nak jadi stewardess ahahaha

💘 What are you the best at?
The best at nagging, sulking.. annoyed people tapi kalau buat kerja buat betul-betul. Kalau minat, minat betul-betul. haha

💘 What are you absolutely bad at?
Nak jadi seorang yang serious memang susah. And then Mellya memang tak ingat jalan. kalau tanya jalan nak kemana-mana, better tanya Mr Waze. heheh

💘 What inspire you to blog?
Not sure... hahaha kawan-kawan blog maybe.

💘 What type of blog (niche) that you love to read?
Beauty and Lifestyle Blog

💘 Your favorite skin care product?
Bio Essence, Sendayu Tinggi and currently Cosmoderm macam best jugak

💘 You are early bird @ night owl?
Both. kalau kena bangun awal Mellya bangun awal.. Kalau boleh bangun lambat, bangun la lambat. haha Paling awal Mellya bangun kul 4 pagi. Paling lewat bangun pukul 10pagi.. haha Shhh rahsia nih. 

💘 You enjoy official music video @ lyric video when listening to a song in youtube?
lyric video sebab boleh nyanyi sekali

💘 Someone you loves @ someone who loves you? Who will you choose, why?
Secara theory orang cakap kita mesti pilih orang yang sayangkan kita, tapi hakikatnya memang susah untuk lupakan orang yang kita sayang. hahaha So kalau Mellya, Mellya pun tak pasti.. Sebab belum berlaku dalam hidup Mellya, belum sampai masanya untuk memilih. 

💘 Your definition for 'a good blog'.
Neat, Not too long entry, clear fonts, good information.

So thanks pada yang tag Mellya, Mayy Jie dan Saghah. Unfortunately Mellya tak ikut syarat sepenuhnya untuk tag sesiapa. haha Ampun kan saya kalau ada kekurangan dalam entry ni heheh Muchas Gracias, Adios amigos ❤

Wednesday, 10 May 2017

5/10/2017 10:07:00 am

Soalan Ujian Bertulis Penolong Pendaftar N41 UiTM


Assalammualaikum.



Seperti dijanjikan dalam previous post, http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/05/persediaan-ujian-bertulis-penolong.html Mellya nak share "Soalan Ujian Bertulis Penolong Pendaftar N41" yang Mellya hadapi baru-baru ni. Mak aii dalam banyak-banyak spot questions cuma beberapa je yang masuk. haha Tapi ya memang soalan objektif iaitu 80 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. Waktu Mellya pergi tu ada dua location berbeza dekat UiTM Shah Alam. Bilangan calon di DATC sahaja mencecah 900+ orang. Belum campur di Kompleks Sukan dan di Puncak Alam. haha 

80 soalan objektif
1 jam
Mesti Bawa: Surat, IC, Pen, Pensel 2b, pemadam, kalkulator

So soalan dia memang banyak lah. Masa jawab pun berdebar je hahah mula tu kalkulator dalam beg. Sekali tengok de kira-kira, nasib baik penjaga tu bagi amik kalkulator dalam beg. haha

Antara soalan yang dia banyak tanya dalam tu, ialah soalan mengenai UiTM. Memang boleh kata banyak lah. haha Mellya pun satu, sepatutnya focus juga tentang UiTM, tengok sekali lalu je sebab tak expect nak keluar kan. Dok risau masuk soalan HR banyak.

Tentang UiTM
-motto
-bilangan fakulti
-bilangan kampus
-kampus terbaru
-kampus menerusi Private funding initiative
-bila ITM kepada UiTM
-Tarikh batu asas UiTM Shah Alam diletakkan
-Bilangan pelajar dianggarkan tahun 2020
-Warna logo UiTM
-Modul tadbir urus UiTM
-Akta 173
-Modul transformasi UiTM slogan
-1UiTM Multisistem
-E-learning: Blended learning, Massive Open Online Courses etc

Kira-kira
-dalam 5- 6 soalan (boleh guna kalkulator)

-Jenis-jenis cuti
-Waktu bekerja dan lebih masa
-Rumah Pegawai Perubatan berdekatan tempat bekerja, dipanggil apa
-Kecuaian sehingga menyebabkan kehilangan aset UiTM, tindakan terhadap pesalah
-Baru disahkan jawatan tapi mahu berhenti kerja, apa tindakan seharusnya dilakukan
-Panjar Wang Runcit
-Arahan perbendaharaan: Sebut harga, tender, dan lain-lain

-Majlis Raja-Raja
-Sultan Muhammad Canselor UiTM yang ke berapa
-Siapa mempengerusikan mesyuarat dalam kalangan Majlis Raja-Raja
-Siapa bertanggungjawab jaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera
-Tugas Parlimen
-Takrif Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
-Ciri-ciri asas sebuah negara
-Kenapa dasar ekonomi baru diwujudkan
-Komoditi-komiditi Malaysia yang dulu

Current issues - Isu Pulau Batu Putih, NKRA, Dasara Pandang ke Timur, Dasar transformasi nasional - NBOS, 1Malaysia

And banyak lagi lah. Tak sempat nak ingat semuanya. Tapi Mellya nasihatkan korang baca jela semua tentang majikan korang macam kes Mellya ni, Mellya patut focus on UiTM too lol, and topic dalam Lantikan dan Kenaikan Pangkat, Elaun dan Kemudahan dalam Perkhidmatan, Cuti, Peraturan Pegawai Awam, Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan, Perubatan, Waktu bekerja dan leibh masa, dan lain-lain. Perintah-perintah Am, Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, Arahan Perbendaharaan, Panduan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor, Arahan Perkhidmatan, Akta Acara Kewangan. Try cari buku panduan peperiksaan am kerajaan. So Good luck ! 

Tuesday, 9 May 2017

5/09/2017 03:24:00 pm

Cara Terima Wang Melalui Western Union



Assalammualaikum.


Hi readers. Baru-baru ni Mellya jual game yang Mellya mention dalam entry sebelum ni. Haha sebab jual, sayang nak bagi free. So Mellya jual dekat seorang lelaki Indonesia nih. And menggunakan perkhidmatan Western Union. 


Proses tak susah sangat. Lepas dah negotiate harga, Mellya cuma perlu bagi nama, no kad pengenalan, negara dan alamat rumah. So selepas dia cakap dia dah buat transaction, pastikan dia bagi receipt pengiriman wang, MTCN code dan juga total kiriman wang untuk memudahkan korang untuk membuat tuntutan wang melalui mana-mana tempat yang menyediakan perkhidmatan Western Union.

So, Mellya pergilah ke Bank. Ingatkan boleh la nak cash out. Tapi rupanya susah. Dia minta invoice bagai. Then Mellya pun pergilah ke pejabat pos berdekatan. Di pejabat pos lagi mudah rupanya.


photo credit to : http://adeqrifqi.blogspot.my/2012/10/mudah-dengan-western-union.html

Korang akan diberi sekeping borang macam dalam gambar ni, and perlu isi detail selengkapnya. Selain MTCN code and total, korang kena tau first name and last name si pengirim juga tau. Kata abang pos tu, kalau nama tak betul, tak lulus kena buat lain. And lagi satu jangan simpan lama-lama, sebab boleh tahan at least 40 days kalau tak salah Mellya. 

Dalam borang tu korang wajib isi nama, alamat, negara, poskod, hubungan dengan penghantar, warganegara, tarikh, no fon dan lain-lain detail peribadi selain tujuan transaksi. 

However, kadang-kadang server down, terpaksala juga Mellya ulang alik dua tiga kali baru boleh cash out. Jadi total yang Mellya terima secara bersih RM 260 seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah.

Mudah kalau berurusan dengan pejabat pos, kalau dengan bank sudahla beratur tunggu turn. Pastu pulak banyak benda dia minta. Tak taula pula kalau dekat bank lain, orang tak kena. Maybe orang bank tu diskriminasi Mellya ni ke. hahaha

Nak berurusan melalui Western Union lagi ke? Hmm kalau banyak, tak pelah kalau seciput je tak berbaloi ulang alik pejabat pos tu haa. 3 kali jugala Mellya ulang alik pejabat pos untuk cash out duit tu. Apapun mudah je sebenarnya urusan terima duit melalui Western Union ni. Korang boleh search mana tempat yang sediakan perkhidmatan ni, lebih mudah pergi je pejabat pos, confirm ada. 




Monday, 8 May 2017

5/08/2017 11:10:00 am

Sedap Sangat ke Milo Energy Cube?



Assalammualaikum.


Abaikan tangan lidi and kedut tuh hahah Semalam Mellya singgah GM Klang. Saja niat hati nak menjamu mata. haha GM kan famous jual barang-barang borong nih. Memandangkan balik awal semalam ujian bertulis tu, kami singgah lah ke sini kejap. MasyaAllah, memang ramai haa. Berpusu-pusu manusia. Parking tingkat 8, memang tak pernah parking setinggi tu. Sapa yang drive? Of course abah Mellya, kalau Mellya memang tak sampai ke puncak haa.. haha Memang ramai gila lah manusia semalam dekat GM tu. Entah apa yang di shopping tak pasti. 

So Mellya sempat round satu block je. Sampai ke tingkat bawah sekali. Ternampak Milo Energy Cube yang viral sangat dekat Instagram tu. Sepuluh biji kecil RM 4.70. Perghhhhh mahal gila. Beli la jugak sebab nak rasa, sedap sangat ke sampai viral tu. (Biskut Gery pun Mellya beli sekotak besar tu, yang tu memang dah yakin and pasti sedap gila kalau cicah teh o panas haha).

Milo ni memang banyak yang minat meratah kan? Try makan dengan roti gardenia. Sedap! Kalau bancuh air milo, letak serbuk milo, bubuh susu pekat and kacau. Then letak air panas. Minum. Tapi tak kacau milo yang dekat bawah tu sebab nak meratah. hahaha kalau makan milo saja confirm kena marah ngan mama sebab pertama Milo cepat habis, second kata nya nanti sembelit hahah yeke?


Net weight per cube : 2.75g

Tadaa... comel kan energy cube ni. Tak tahulah dari negara mana energy cube ni datang. tapi dekat packaging tulis from Nigeria. hahaha entah la betul ke idok. 

Sedap Sangat ke Milo Energy Cube?

Okay honestly, Mellya rasa macam tak ada beza pun dengan Milo Nuggets tuu. Cuma Milo energy cube ni dalam bentuk cube and lebih cute. 

Nothing special bagi Mellya. haha entahla maybe Mellya ni tak de perasaan agaknya. But okay la buat orang yang suka meratah milo tu, elok makan energy cube ni. Daripada meratah milo tin tu.

Where to get them?

Lazada, Shopee, 11streetmy, and online shop dekat Instagram memang banyak yang jual Milo Energy Cube ni so kalau nak makan pegi lah cari haha Nak cari kat normal market tak de kot, sebab Energy Cube ni jual dekat negara luar je especially area Africa tuh. Harga pulak, pandai-pandailah korang cari, ada yang RM 40+ sepeket ada lah dalam 100 biji ada jugak mencecah RM 50+. Bila nak shopping online ni kena rajin survey harga lah, tengok mana yang mahal and murah. 

Repurchase?

Tak kot, sebab nothing extraordinary. Kalau nak makan, beli Milo nuggets pun okay. hahaha sama je lebih kurang sama rasa. So no intention to repurchase. 

Tak tahulah kenapa viral, maybe viral sebab diorang memang peminat tegar milo kot. hahaha so soalan kepada sedap sangat ke Milo Energy Cube tu.. my answer is Bolehla... 

So harini kembali ke rutin biasa. And salah satunya, edit blog simple template. ❤

Thursday, 4 May 2017

5/04/2017 03:39:00 pm

Citrine by Adore Hainz


Assalammualaikum.


Baru-baru ni Mellya ada review satu product local yang sangat “daebak” iaitu Citrine by Adore Hainz. Yang belum baca boleh baca di SINI.  Ramai yang tanya Citrine tu apa. Tak pe, Mellya dengan berbesar hatinya akan kongsikan sedikit info mengenai Citrine ni.

Citrine adalah minuman kesihatan yang tinggi dengan antioksida serta diperkaya dengan vitamin dan mineral yang diadun secara istimewa untuk kesihatan dan kecantikan semula jadi pengamal Citrine.

SIAPA YANG MEMERLUKAN CITRINE?

  • ·         Mereka yang tidak mahu cepat kedut
  • ·         Mereka yang tersalah pakai product
  • ·         Mereka yang berkulit kusam
  • ·         Mereka yang mempunyai parut degil
  • ·         Mereka yang mempunyai masalah pori-pori besar dan tersumbat
  • ·         Mereka yang mempunyai masalah jeragat
  • ·         Mereka yang mempunyai kulit yang kasar dan kering
  • ·         Mereka yang kurang bertenaga

KENAPA MESTI CUBA CITRINE?

Dah agak mesti ramai yang ingin tahu kenapa mesti cuba Citrine ni. Continue baca entry ni.

Sebagai supplement kesihatan
Energy booster
Sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak - sebagai milk booster
Astaxanthin dalam Citrine 6000x ganda lebih hebat berbanding Vit C
Melembab dan lembutkan kulit agar sentiasa segar sepanjang hari
Kesan pemutihan seluruh badan 30x ganda dengan selamat
Membersihkan dalaman
Merawat bibir kering dan mengelupas
Memudarkan jeragat & jerawat degil
Menghilangkankan parut, kesan berlubang
Menanggalkan bintik hitam
Meningkatkan pertumbuhan sel kulit baru
Menutup liang pori terbuka dan warna kulit lebih rata & sekata
Menjadikan rambut sihat, lebat, hitam berkilau

APA KAH KANDUNGAN CITRINE?

Tiada merkuri dan tiada bahan larangan. Hanya ramuan ikhlas yang ingin dikongsikan oleh founder Citrine dengan pengguna supaya ramai yang mendapat manfaat dengan izin Allah swt.  Antara kandungan CITRINE ialah;

Collagen yang menjadikan kulit cantik, lembut, sihat, dan muda. Rambut juga semakin kuat. Mango menghalang cancer, mengurangkan kolesterol, mengurangkan pori-pori tersumbat dan jerawat, penglihatan yang baik dan meningkatkan system imun dan penghadaman. Astaxanthin anti-inflammatory, mengurangkan kedutan dan melembapkan kulit. Vitamin c untuk immunity, sunburn dan parut degil. Selain mencerahkan kulit. Olive leaf menghalang masalah sembelit, mengurangkan chances untuk mendapat penyakit serta Tomato anti-cancer dan masalah jantung, hati dan juga nutroxsun melindungi kulit daripada radiasi.

MCM MANA CITRINE BERTINDAK?

Hadis Rasulullah S.A.W "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" (Hadis riwayat muslim)

Zaman sekarang ni, susah untuk  kita "kurangkan makan". Jadi untuk membantu mengatasi perut/usus daripada mendapat penyakit, 7 bahan semulajadi dalam CIRTRINE dirumus khas untuk "mencuci" kotoran dan atasi bakteria jahat dalam perut dan usus kita. Bila bakteria dan kotoran dah terhapus, so penyakit tiada.

Bila perut kita dah lawas, secara automatik nya badan akan segar dan tenaga pun banyak. Bakteria-bakteria dan penghadaman yang bermasalah adalah punca terjadi jerawat, bintik hitam, jeragat. Bila diatasi, InsyaAllah semua tu pun boleh hilang dengan Citrine.

So kalau korang berminat nak cuba, boleh la contact Sis Ain, sangat friendly tau.

Untuk order boleh whatsapp ke:
0162806962 – Sis Ain
0174032915
Atau order melalui FB:
Citrine by Adore Hainz
Atau DM ke Instagram:
citrinebyadorehainz

Mellya menyediakan perkhidmatan Review. Untuk maklumat lanjut, whatsapp 0189830500.

5/04/2017 12:59:00 pm

Persediaan Ujian Bertulis Penolong Pendaftar UiTM



Assalammualaikum.

Minggu yang lalu Mellya terima email dan sms daripada pihak UiTM. Awal tahun haritu ada mohon kerja dekat web UiTM. And sekarang baru ada panggilan ujian bertulis Penolong Pendaftar UiTM N41. Ujian bertulis ni kalau pass barulah akan dipanggil interview. Wah bab ujian ni Mellya memang rasa lemah semangat. haha Sebab tak tahu nak study apa. Search pulak tak banyak information terkini yang Mellya dapat. Tak ada post mengenai jawatan dan ujian bertulis ni. Lagi cuak la Mellya dibuatnya.

Lokasi exam Mellya, UiTM Shah Alam. Kalau ada yang nak exam situ juga ahad ni, good luck lah ye. Kita cuba jela, mana tau ada rezeki. Kalau tak dipanggil interview pun nanti, at least dapat pengalaman. So, Mellya nak kongsilah apa yang Mellya tengah study. 


Ni haa bukunya.... Buku Panduan Peperiksaan Am Kerajaan. haha pinjam buku kawan Mama Mellya. Soalan objektif or subjektif Mellya pun tak pasti jugak. haha Baca jela weh. Tapi Mellya tak baca satu buku ni, baca bab yang simple sikit jela. Agak-agak masuk bab yang mana. Bab yang Mellya rasa susah untuk faham memang tak sentuh dah. Sebab nak habiskan satu buku ni memang tak sempatlah, boleh jadi pening gak baca banyak sangat. Btw, buku ni pun silibus lama, jadi baca ala kadar jela. Kena Google juga. Pasrah jela.

So antara topic yang Mellya jumpa sorang sis ni suggest dekat web dia, Mellya lupa pula link blog dia but sokay lah, ada benda yang Mellya tambah-tambah juga ni dalam list. So masuk ke tidak tak pastilah ya, kalau tak masuk jangan marah, at least we try haha

  • Study web ini >> https://pendaftar.uitm.edu.my/
  • Lantikan, Gaji, Penamatan Kerja, Persaraan
  • Peranan/Tanggungjawab
  • Cuti, jenis-jenis cuti
  • Surat - Menyurat/ Pengurusan surat rasmi
  • Menulis minit
  • Fail-memail
  • Memelihara rekod-rekod kerajaan
  •  Akta 173 & Akta 153
Elaun, peraturan pegawai awam, kemudahan yang pegawai kerajaan dapat mcm perubatan, rumah, bangunan pejabat, OT, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, baca lah kalau rajin. Sebab tu antara topic yang ada jugak dalam buku ni. Kalau korang nak tanya mana nak dapatkan buku ni sorry la ya, Mellya tak pasti lah mana boleh dapat buku ni. Lagi pun buku ni outdated. Nanti try cari kedai buku yang besar-besar, maybe ada la kot. Tapi korang boleh je search dalam google topic-topic ni semua. Cari yang latest punya information. So good luck guys! Mellya pun tak tau nak study apa ni. huhu Mind to share apa yang korang search, kongsi la sikit dekat ruang comment. Boleh kita tukar-tukar info untuk Ahad ni. 

InsyaAllah dah settle nanti Mellya update soalan sebenar yang Mellya dapat sebab sharing is caring. haha lagipun, boleh jadi rujukan di masa hadapan. Doakan Mellya boleh jawab ya , sedih gak la sebab kena pass ujian bertulis Penolong Pendaftar UiTM N41 ni baru panggil interview huhu kalau interview teruskan senang untuk orang yang tinggal jauh ni..Kalau ada rezeki adalah kan ❤

Wednesday, 3 May 2017

5/03/2017 10:00:00 am

Tutorial : Memasang Sitemap dengan Mudah



Assalammualaikum.

Tutorial : Memasang Sitemap dengan Mudah

Anyeong Hi semua, tenggelam timbul Mellya ni kan. Macam Chipsmore kejap ada kejap tak ada. Actually ada, cuma tengah uruskan sesuatu. Perasan tak blog Mellya berbaju baru? Lepas edit blog Aku Seorang Perantau haritu terus rasa macam rindu Simple Template. So kali ini Mellya berbaju Responsive tapi Simple Template. haha tak faham? Buat-buat faham je. 

Macam yang diperkatakan sebelum ni, Mellya memang tengah bersemangat nak rombak balik blog Mellya ni. Tengok tu header pun tak siap lagi. haha Kalau korang singgah blog Mellya ni tengah berserabut, jangan sampai pening-pening pula ya. Sebelum ni Mellya ada share tips menjadikan blog lebih SEO friendly. Dan Alhamdulillah ramai yang cakap dah berjaya capai 100% SEO lepas check di web chk.me. Ada yang belum baca and try ye? Boleh buka and cuba tips-tips tu dekat sini.

Tutorial Memasang Sitemap dengan Mudah ni actually Mellya refer dekat sebuah blog Indonesia >> http://www.hog-pictures.com/2016/03/mengatasi-sitemap-custom-domain-error.html . So kalau korang rasa nak cuba buat sitemap boleh la try coding yang disediakan blogger ni. 

Kenapa kena ada Sitemap?

Sitemap memudahkan carian article. Ada dua jenis sitemap iaitu dalam bentuk html untuk manusia, xml untuk search engine. Tutorial atas ni hanyalah untuk dalam bentuk html. Kalau xml, korang boleh je google memang banyak applications untuk generate xml sitemap. Contoh web ni : www.xml-sitemaps.com Kalau korang tengah aim Adsense, sitemap penting tau untuk  lulus haha Cepat buat.

Sitemap memudahkan pembaca untuk lihat apa yang ada di blog korang. Tak perlulah nak check blog archive atau buka tag entry korang satu persatu.

Tutorial : Memasang Sitemap dengan Mudah


Tutorial : Memasang Sitemap dengan Mudah

Contoh sitemap Mellya. Tak cantik kan? haha tapi still teratur and senang nak dicari. Dah disediakan dalam label-label, jadi korang just search je label tag entry. Article yang terbaru akan ada perkataan New! disebelahnya. Cara ini lebih mudah untuk kita cari article berbanding search di bahagian blog archive.

So kalau korang nak pasang sitemap macam Mellya, boleh lah ke blog http://www.hog-pictures.com/2016/03/mengatasi-sitemap-custom-domain-error.html. InsyaAllah berhasil. ❤

Tuesday, 2 May 2017

5/02/2017 10:00:00 am

Namecard Gogoprint Malaysia - Satisfied !


Assalammualaikum.

Masihkah kau ingat Gogoprint? Tak ingat baca di sini >> Gogoprint Malaysia. Haa actually dah lama beno sampai namecard and giftcard Mellya yang diprint melalui Gogoprint. Estimated date sepatutnya 23/3/2017. Guess what, dah sampai 21/3/2017, 2 days earlier. lol Mellya dahla tak ada dekat rumah, phone pulak tak de line, untungla jiran rumah ada. Dia yang tolong ambilkan haha Fast service lah Gogoprint nih! At first bila jiran cakap ada barang sampai, Mellya pun heran bila pula beli barang haha konon mula tu ingatkan ada hadiah surprise laa. 


My old name card pun actually ada banyak lagi dalam 90+ keping. Card tu memang suruh orang design + printing, 100 keping. Tapi card tu ada alamat web my previous blog, mellyareenza.blogspot.my yang telah lama bersemadi, jadi tak dapat nak selamatkan card tu. Memanglah cantik cute gila sebab ala-ala princess gitu, tapi tak boleh pakai dah huhu


Back to these new cards, best sangat!  So these are my cards, haha simple jeeee. Biasalah orang tak creative nak buat card. Ambil yang free template je haha dahla fast delivery, printing quality pun ohsem! No regrets guna service Gogoprint.  Mellya pilih kertas laminate glossy kalau tak salah so that bila kena air pun card ni tak rosak. Lepas tu pegang pun card dia smooth and licin je heheh So lepas ni bolehlah Mellya selit-selit name card. hahaha orang utara cakap, CIWI. hahaha action lebih , bajet famous blogger gitu 😅😅

Jadi for those yang rasa nak print card jugak, bolehla try Gogoprint. Memang murah, good quality and fast service. Bukan senang nak dapat 3 package (murah,bagus,cepat) nih hehe Memang tak tipu lah ! Pas ni kalau Mellya buat giveaway, bolehlah nak selit card kat korang. hihi Excited tak kahkahkah. 

Puas hati? Sangatlah berpuas hati ! ❤

Sedikit tentang Gogoprint Malaysia

Gogoprint baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada October 2016 yang lalu selepas kejayaan besar di Thailand. Dengan harga yang sangat berbaloi dan kualiti printing yang sangat "ohsem", macam-macam jenis printing service yang Gogoprint offer untuk pelanggannya antaranya ialah business card, flyers, banners, table tent, letterhead, postcard dan lain-lain lagilah! Dahla service tiptop, penghantaran pun PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut dan ingin menempah boleh layari :
Email : info@gogoprint.com.my
Phone : 03-2856 0791


Monday, 1 May 2017

5/01/2017 10:00:00 am

Blog Monthly Maintenance - May 2017


Assalammualaikum.


Salam Isnin semua. Baru-baru ni Mellya dah announce pemenang Giveaway Pertama Ravishing Obsession. Dah puas ucap tahniah, harini mention lagi. haha By the way perasan tak iklan Nuffnang dah tak ada dalam blog Mellya Crayola? Perasan kan? Ke korang tak perasan pun haha Mellya memang dah merajuk dengan Nuffnang. Sebab apa? Sebab dia suka tenggelam timbul. Pastu income tak masyuk-masyuk. Dah merajuk ni, Mellya pasang jela iklan 8share. So korang kalu sudi click-click la sikit hehe 

Back to main topic, Mellya rasa sementara masih ada kelapangan ini nak buat blog maintenance lah. Each month, akan ada satu post untuk Monthly Maintenance Mellya Crayola. Banyak sangat entry-entry yang pendek and useless perlu dibuang. Entry yang menjadi people's hunt pun ada tapi Mellya rasa perlu diperbaiki dari segi penulisan. Tahu tak penulis blog yang baik akan selalu update penulisan-penulisan yang lepas supaya mengikut peredaran masa? Haha macam professional writer pulak kan nasihat ni. 

So my goals for blog maintenance kali ini:


  • Remove articles yang mengarut
  • Update gambar and information terbaru articles lama
  • Lengthen my articles
  • Focus keywords
  • Check broken links
  • Focus on achieving Google Adsense
Banyaknya goals kali ni haha Tak semua Mellya akan capai bulan ni. Yang pasti bulan May ni Mellya nak focus remove articles and update information terbaru articles lama-lama tu. Lain-lain goals tu kalau berjaya capai Alhamdulillah. 

Kenapa perlu blog maintenance?

Sebab macam Mellya mention tadi, information yang kita share mestilah up-to-date. Bila up-to-date, barulah pembaca dapat information yang tepat. Bila kita ada information yang tepat, lebih banyak orang akan baca blog kita terutama visitors baru. Dalam masa sama kita sebenarnya dah berjaya improve SEO ranking dan visitors blog. Blog maintenance bukan setakat tukar template blog jadi responsive, tapi dari segi penulisan yang kita share tu actually adalah maintenance jugak. 

  • Up-to-date
  • New Visitors
  • Seo Ranking

Cara Melakukan Blog Maintenance

First thing korang kena buat ialah identify problems. Cuba belek blog korang, from A to Z. Apa yang korang rasa tak memuaskan hati. Selain daripada blog appearance. Check berat tak blog korang. Kalau berat, apa puncanya. Banyak sangat tak iklan dalam blog? Kalau banyak, macam mana nak bagi blog korang tak padat dengan iklan. Post entry, identify post entry paling banyak hit, dengan paling kurang hit. 

Kalau korang rasa tak nak kumpul banyak-banyak masalah sebulan baru nak perbaiki, boleh juga buat daily check atau weekly check. Nak memudahkan lagi kerja, apa kata korang buat checklist. Kalau korang rasa tak pandai nak buat checklist ni, boleh je google. Banyak sangat blog maintenance sheets free untuk korang download. Kalau nak buat sendiri pun boleh juga.



Yang ini ialah contoh checklist simple yang Mellya buat guna Canva. hehe Senang je kalau nak design sendiri boleh la buka Canva and tengok sendiri macam mana buat. Nak download boleh open image in new tab atau click button download di atas dalam bentuk pdf. 

So Mellya harap tips blogging ni sedikit sebanyak membantu blogger baru macam Mellya. Kita kalau nak berjaya dalam dunia penulisan, kenalah rajin belajar, timba ilmu untuk improve. Hangat-hangat tahi ayam macam Mellya ni jangan diamalkan haha tak baik tau.

Boleh baca blogging tips yang lain di sini